Definisi
Apakah sindrom kelesuan kronik?
Sindrom kelesuan kronik (CFS) adalah sejenis gangguan rumit yang dikategorikan oleh keletihan melampau yang tidak dapat dijelaskan dari sudut perubatan.
Keletihan ini mungkin bertambah buruk dengan aktiviti fizikal atau mental, tetapi tidak bertambah baik dengan rehat.
Ia kekal lama dan membatasi keupayaan anda untuk melakukan aktiviti harian biasa.
CFS juga boleh dirujuk sebagai encephalomyelitis myalgic (ME) atau penyakit intoleransi penggunaan tenaga sistemik (SEID).
Walaupun CFS/ME dan SEID berkongsi simptom utama; kelesuan kronik, penyakit-penyakit ini bagaimanapun mempunyai maksud yang berbeza.
Sindrom kelesuan kronik mungkin juga wujud disebabkan lebih daripada satu keadaan.
Punca-punca CFS tidak dapat difahami dengan baik. Beberapa teori termasuklah jangkitan virus, tekanan psikologi atau gabungan faktor.
Disebabkan tiada sebab tertentu telah dikenalpasti, dan kerana banyak penyakit lain juga menghasilkan gejala yang sama, CFS boleh menjadi sukar untuk didiagnosis.
Tiada ujian untuk CFS, jadi doktor anda perlu mengetepikan sebab-sebab lain untuk keletihan anda.
Apakah kekerapan Sindrom Kelesuan Kronik?
Sindrom Kelesuan Kronik biasanya terjadi pada wanita berbanding lelaki dan tanpa mengira usia.
Ia boleh diuruskan dengan mengurangkan faktor risiko anda. Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah tanda-tanda sindrom kelesuan kronik?
Sindrom kelesuan kronik mempunyai lapan tanda-tanda utama:
- Keletihan;
- Hilang ingatan atau tumpuan;
- Sakit tekak;
- Kelenjar limfa membesar di leher atau ketiak;
- Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan;
- Sakit yang bergerak dari satu sendi ke sendi yang lain tanpa bengkak atau kemerahan;
- Sakit kepala jenis baru, corak atau tahap kesakitan
- Tidur tetapi lesu;
- Keletihan yang melampau berlangsung lebih daripada 24 jam selepas senaman fizikal atau mental.
Individu-individu kadang-kadang dipengaruhi oleh CFS dalam persekitaran, dengan tempoh perasaan menjadi buruk tetapi kemudian menjadi baik semula.
Simptom-simptom ini ada masanya akan hilang sepenuhnya. Walaubagaimanapun, ia masih mungkin boleh terjadi semula kemudiannya (berulang).
Kitaran peredaan dan berulang ini boleh menyebabkan kesukaran untuk menguruskan gejala anda.
Mungkin terdapat beberapa simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan mengenai simptom-simptom ini, sila rujuk doktor anda.
Bilakah saya patut berjumpa doktor saya?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda.
Tubuh setiap orang bertindak dengan cara berbeza. Berbincang dengan doktor apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Keletihan boleh menjadi tanda kepada banyak penyakit, seperti jangkitan atau gangguan psikologi.
Secara umumnya, berjumpa doktor anda jika anda mempunyai keletihan yang berterusan atau berlebihan.
Punca
Apakah yang penyebab sindrom kelesuan kronik?
Para saintis tidak mengetahui apa yang menyebabkan sindrom kelesuan kronik.
Ia mungkin merupakan kombinasi beberapa faktor yang menjejaskan mereka yang lahir dengan kecenderungan gangguan tersebut.
Beberapa faktor yang telah dikaji termasuklah:
- Jangkitan virus: Disebabkan sesetengah orang mengalami sindrom kelesuan kronik selepas mengalami jangkitan virus, penyelidik mempersoalkan samada sesetengah virus mungkin mencetuskan gangguan tersebut. Virus yang mencurigakan termasuklah virus Epstein-Barr, virus herpes manusia 6 dan virus leukemia tikus. Tiada kaitan muktamad yang ditemukan.
- Masalah sistem imun: Pesakit sindrom ini mengalami sedikit penurunan dalam sistem imun, tetapi tidak jelas apakah masalah ini sudah cukup untuk menimbulkan gangguan ini.
- Ketidakseimbangan hormon: Mereka yang mengalami sindrom kelesuan kronik juga kadang-kadang mengalami kadar darah hormon yang tidak normal dalam hipotalamus, kelenjar pituitari atau kelenjar adrenal. Namun kaitan keadaan ini dan sindrom masih belum diketahui.
Faktor-faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya terhadap sindrom kelesuan kronik?
Terdapat banyak faktor risiko untuk sindrom kelesuan kronik, seperti:
- Umur: Sindrom kelesuan kronik boleh berlaku pada mana-mana peringkat usia, tetapi ia biasanya terjadi pada mereka yang dalam usia 40-an dan 50-an.
- Jantina: Lebih ramai wanita menghidapi sindrom kelesuan kronik berbanding lelaki, tetapi ini mungkin kerana wanita lebih cenderung melaporkan gejala mereka pada doktor.
- Tekanan: Kesukaran menguruskan tekanan boleh menyumbang kepada perkembangan sindrom kelesuan kronik.
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah sindrom kelesuan kronik didiagnosis?
Tiada satu ujian dapat mengesahkan diagnosis sindrom kelesuan kronik.
Ini kerana gejala sindrom kelesuan kronik menyamai banyak masalah kesihatan yang lain, jadi anda mungkin perlu bersabar ketika menunggu diagnosis.
Doktor anda perlu mengasingkan beberapa penyakit lain sebelum mendiagnosis sindrom kelesuan kronik. Ini termasuklah:
- Gangguan tidur: Kelesuan kronik boleh disebabkan oleh gangguan tidur. Kajian tidur boleh menentukan samada rehat anda diganggu oleh gangguan seperti apnea tidur obstruktif, sindrom kaki gelisah atau insomnia.
- Masalah perubatan: Keletihan adalah gejala biasa dalam beberapa keadaan perubatan, seperti anemia, diabetes dan tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme). Ujian darah boleh membantu dalam mengenalpasti punca utama.
- Isu-isu kesihatan mental: Keletihan juga merupakan gejala pelbagai masalah kesihatan mental, seperti kemurungan, kebimbangan, gangguan bipolar dan skizofrenia. Kaunselor boleh membantu menentukan samada salah satu masalah ini menyebabkan keletihan anda.
Untuk memenuhi kriteria diagnostik sindrom kelesuan kronik, atau encephalomyelitis myalgic, anda mesti mempunyai keletihan yang tidak dapat dijelaskan, selama enam bulan atau lebih, dengan sekurang-kurangnya empat tanda dan gejala seperti berikut:
- Hilang ingatan atau tumpuan;
- Sakit tekak;
- Kelenjar limfa membesar di leher atau ketiak;
- Sakit otot yang tidak dapat dijelaskan;
- Sakit yang bergerak dari satu sendi ke sendi yang lain tanpa bengkak atau kemerahan;
- Sakit kepala jenis baru, corak atau tahap kesakitan yang baru;
- Tidur tetapi lesu;
- Keletihan yang melampau berlangsung lebih daripada 24 jam selepas senaman fizikal atau mental.
Sebaliknya, untuk diagnosis penyakit intoleransi penggunaan tenaga sistemik (SEID), anda mesti mempunyai tiga gejala berikut:
- Keletihan yang tidak dapat dijelaskan;
- Keletihan ekstrem yang berlangsung lebih daripada 24 jam selepas senaman fizikal atau mental;
- Tidur tetapi lesu.
Dan sekurang-kurangnya salah satu daripada kedua-dua gejala ini:
- Kecacatan kognitif;
- Pening dan kepala terasa ringan.
Kelesuan kronik bukan gejala terpencil tetapi melibatkan banyak keadaan kesihatan lain. Dalam kes-kes sedemikian, istilah yang mungkin lebih baik digunakan ialah “keletihan multifaktoral kronik.’
Bagaimana sindrom kelesuan kronik dirawat?
Disebabkan sindrom kelesuan kronik menjejaskan individu dengan pelbagai cara, rawatan anda akan disesuaikan dengan kumpulan gejala anda.
Rawatan simptom-simptom mungkin termasuk ubat-ubatan tertentu:
- Antidepresan: Ramai orang yang mempunyai sindrom kelesuan kronik juga tertekan. Merawat kemurungan boleh memudahkan anda menghadapi masalah yang berkaitan dengan sindrom kelesuan kronik. Beberapa dos antidepresan yang rendah juga dapat membantu membaiki tidur anda dan melegakan kesakitan.
- Pil tidur: Jika rawatan sampingan, seperti elakkan kafein, tidak membantu anda berehat lebih baik pada waktu malam, doktor anda mungkin mencadangkan preskripsi bantuan tidur.
Tiada penawar yang diketahui untuk sindrom kelesuan kronik, dan rawatan yang paling berkesan untuk sindrom kelesuan kronik masih tidak diketahui.
Walau bagaimanapun, ada bukti bahawa beberapa kepelbagaian pendekatan boleh membantu:
- Tetapkan had anda sendiri: Kekalkan aktiviti anda pada tahap yang sama. Jika anda melakukan terlalu banyak aktiviti pada hari-hari baik anda, anda mungkin mempunyai hari yang lebih buruk.
- Latihan berperingkat: Untuk meningkatkan fungsi harian, anda memerlukan latihan berperingkat. Kajian terdahulu menunjukkan bahawa senaman berperingkat adalah rawatan yang berkesan dan selamat, tetapi bukti kajian ini tetap terhad. Ahli terapi fizikal boleh membantu menentukan jenis latihan yang terbaik untuk anda. Orang yang tidak aktif kerap kali bermula dengan pelbagai gerakan dan latihan regangan untuk beberapa minit sehari. Bermula perlahan, kenaikan tambahan dalam aktiviti kemudiannya berlaku pada berminggu-minggu ke berbulan-bulan seterusnya. Jika anda keletihan pada keesokan harinya, ini bermakna anda telah melakukan aktiviti pada kadar terlampau banyak. Kekuatan dan daya tahan anda akan bertambah baik apabila anda secara beransur-ansur meningkatkan kesungguhan latihan anda dari semasa ke semasa.
- Kaunseling psikologi: Bercakap dengan kaunselor boleh membantu anda menentukan pilihan-pilihan bagi merawat sindrom kelesuan kronik yang membebankan anda. Tingkatkan kawalan dalam hidup anda agar dapat mengubah penampilan anda. Terapi perilaku kognitif dan strategi pengurusan diri adalah antara yang paling membantu.
Bukan semua orang yang mengalami keletihan kronik yang teruk dan kelesuan selepas berusaha- keletihan yang keterlaluan atau keletihan mental selepas aktiviti fizikal atau mental yang pernah diterima- bertindak balas terhadap rawatan dengan cara yang sama.
Mereka yang mempunyai peluang yang lebih baik untuk sembuh, lebih cenderung untuk kurang mengalami gangguan, kurang fokus pada gejala-gejala, mematuhi program kaunseling dan melakukan aktiviti mengikut kemampuan diri.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang boleh membantu saya menguruskan sindrom kelesuan kronik?
Berikut merupakan gaya hidup dan rawatan sampingan yang mungkin membantu anda mengatasi sindrom kelesuan kronik:
- Mengurangkan tekanan: Buat perancangan untuk mengelakkan atau menghadkan terlebih kerja dan tekanan emosi. Benarkan diri anda setiap hari untuk berehat. Ini mungkin bermakna belajar bagaimana untuk mengatakan tidak tanpa rasa bersalah.
- Mengubah tabiat tidur: Tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Hadkan tidur siang dan elakkan kafein, alkohol dan nikotin.
- Tahu kemampuan diri anda: Kekalkan aktiviti anda pada tahap yang sama. Jika anda terlalu banyak bekerja pada hari-hari baik anda, anda mungkin mempunyai hari yang lebih buruk.
Banyak terapi alternatif telah dipromosikan untuk sindrom kelesuan kronik. Sukar untuk menentukan samada terapi ini berfungsi, sebahagiannya kerana gejala sindrom kelesuan kronik sering dikaitkan dengan mood dan boleh berubah dari hari ke hari.
Sakit yang dikaitkan dengan sindrom kelesuan kronik boleh dibantu dengan:
- Akupunktur;
- Mengurut;
- Yoga atau tai chi.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, berunding dengan doktor anda bagi mendapatkan penyelesaian terbaik untuk anda.
[embed-health-tool-bmi]