Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Nak Tukar MyKad Baru? Ini 40 Lokasi Boleh Siap Hari Sama, Tapi Bukan Semua Orang Perlu Tukar
MyKad baru generasi terkini diperkenalkan pada 16 September 2026 dengan reka bentuk baharu, teknologi cip dipertingkat dan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri sebelum ini. Pengeluarannya bermula secara berperingkat pada 17 September bagi meningkatkan keselamatan dokumen pengenalan diri serta mengurangkan risiko pemalsuan dan penyalahgunaan identiti.
Namun, adakah semua rakyat Malaysia perlu segera menukar kad lama kepada versi terkini? Ini perkara penting yang perlu anda tahu.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.
MyKad baru ada 53 ciri keselamatan!
MyKad baru tampil dengan susun atur berbeza, termasuk gambar pemegang di sebelah kiri, manakala cip dipindahkan ke bahagian belakang.
Nombor kad pengenalan 12 digit dan maklumat peribadi pemegang pula tidak berubah.
Antara perubahan terpenting ialah peningkatan daripada 23 kepada 53 ciri keselamatan, termasuk hologram, ciri ultraungu (UV), teks mikro, turihan laser, kod QR dan cip dengan tahap keselamatan lebih tinggi.
MyKad Malaysia, bagaimana ia bermula?
Sejarah MyKad Malaysia bermula jauh sebelum penggunaan kad pintar.
Kad pengenalan kertas mula dikeluarkan di Tanah Melayu pada 1948 ketika zaman Darurat.
Kad plastik diperkenalkan pada 1960, diikuti Kad Pengenalan Bermutu Tinggi pada 1990 dan 1999 sebelum MyKad diperkenalkan pada 2001.
Versi seterusnya diperkenalkan pada tahun 2012 dan kini kad generasi baharu dilancarkan pada 2026.
MyKad dibangunkan sebagai Kad Pintar Pelbagaiguna Kerajaan dan menjadi sebahagian daripada inisiatif Koridor Raya Multimedia (MSC Malaysia).
MyKad polycarbonate transparent window JPN, apa fungsinya?
Antara pembaharuan utama MyKad polycarbonate transparent window JPN ialah penggunaan bahan polikarbonat yang lebih tahan terhadap suhu dan bahan kimia.
Transparent window atau tetingkap lutsinar pula menjadi elemen keselamatan fizikal tambahan bagi menyukarkan pemalsuan kad.
Antara ciri keselamatan lain yang diperkenalkan ialah:
Hologram Keselamatan Dinamik – menghasilkan imej 3D yang berubah mengikut sudut pandangan dan pencahayaan.
UV security – elemen tertentu hanya kelihatan di bawah sinaran UV.
Corak Guilloche dan teks mikro – corak serta tulisan halus yang menyukarkan pemalsuan.
Ghost image kedua – potret tambahan yang diturih menggunakan laser.
Kod QR Penguatkuasaan – menyokong proses pengesahan dan penguatkuasaan.
Cip Antara Muka Dwi Fungsi – menyokong bacaan secara sentuhan dan tanpa sentuhan.
Gantian MyKad, di mana boleh siap hari sama?
Urusan gantian MyKad boleh dilakukan di cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Sebanyak 40 lokasi mempunyai kemudahan mencetak MyKad baru pada hari sama, manakala cawangan tanpa kemudahan tersebut mengambil masa sehingga lima hari bekerja.
Lokasi cetakan hari sama mengikut negeri adalah seperti berikut:
Negeri/Wilayah
JPN/UTC terpilih
Perlis
UTC Perlis
Kedah
UTC Kedah, JPN Kedah, UTC Sungai Petani
Pulau Pinang
JPN SPU, UTC Pulau Pinang, JPN Pulau Pinang, UTC Seberang Perai
Perak
UTC Perak, JPN Perak
Selangor
UTC Selangor, JPN Selangor, JPN Petaling Jaya
KL/Putrajaya
UTC Keramat, UTC KL, UTC Sentul, JPN KL, JPN Putrajaya
N. Sembilan
UTC Negeri Sembilan
Melaka
JPN Melaka, UTC Melaka
Johor
UTC Pasir Gudang, UTC Johor, JPN Johor
Pahang
JPN Pahang, UTC Pahang
Terengganu
UTC Terengganu, JPN Terengganu, JPN Dungun
Kelantan
JPN Kelantan, UTC Kelantan
Sarawak
UTC Sibu, UTC Miri, JPN Sarawak, UTC Sarawak
Sabah
UTC Keningau, UTC Sabah, JPN Tawau, JPN Sandakan
Labuan
UTC Labuan
Senarai 40 lokasi ini disahkan dalam FAQ rasmi JPN.
MyKad online application, boleh mohon dari rumah?
Selain secara online, permohonan penggantian MyKad juga boleh dilakukan secara walk in di pejabat cawangan JPN.
Ya, MyKad online application tersedia bagi kategori penggantian tertentu.
Portal MyGovernment menyatakan permohonan dalam talian merangkumi antaranya kad rosak, hilang atau cip rosak.
Pemohon boleh mengisi permohonan, memilih pusat kutipan, membuat bayaran dalam talian dan kemudian hadir untuk mengambil kad.
Bagi permohonan hilang secara dalam talian, JPN menetapkan ia tidak boleh melibatkan pertukaran gambar atau maklumat pemohon dan kemudahan tersebut adalah untuk warganegara.
MyKad baru sudah mula dikeluarkan pada 17 September 2026.
Tetapi JPN menegaskan pemegang MyKad sedia ada tidak perlu tergesa-gesa menukarnya jika kad masih elok dan berfungsi.
Pemegang KPP, KPT dan MyKad tanpa ghost image bagaimanapun perlu membuat pertukaran.
Jadi, jangan FOMO dan berpusu-pusu ke JPN semata-mata mahu mendapatkan reka bentuk terkini.
Malah, permohonan dilaporkan meningkat 60 peratus pada hari pertama.
Permohonan gantian MyKad online, apa lagi perlu tahu?
Bagi permohonan gantian MyKad online, bayaran bergantung pada jenis permohonan.
Sebagai contoh, gantian kad rosak bagi warganegara dikenakan RM10, manakala gantian dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh penyerahan kad rosak adalah percuma.
Satu lagi perubahan besar ialah MyKad baru tidak lagi mempunyai fungsi Touch ’n Go. Namun, pertukaran kad tidak menjejaskan baki atau kelayakan SARA kerana maklumat tersebut disimpan dalam sistem SARA, bukannya di dalam kad.
Setakat 20 September, terdapat juga isu keserasian awal dengan beberapa sistem e-KYC dan pendaftaran MyDigital ID. Penyesuaian sistem sedang dilakukan secara berperingkat dengan pihak berkaitan.
Kesimpulannya, pengenalan MyKad baru membawa peningkatan besar dari sudut keselamatan, tetapi ia bukan bermaksud kad lama terus tidak sah.
Jika MyKad anda masih dalam keadaan baik, teruskan menggunakannya seperti biasa dan beri keutamaan kepada mereka yang benar-benar memerlukan urusan penggantian.
Kalkulator BMI
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Permohonan Gantian MyKad. https://www.malaysia.gov.my/my/digital-services/permohonan-gantian-mykad. Diakses September 21, 2026.
PERMOHONAN GANTIAN MYKAD ATAS TALIAN. https://gantianmykad.jpn.gov.my/. Diakses September 21, 2026.
Kad Pengenalan. https://www.jpn.gov.my/perkhidmatan/kad-pengenalan/. Diakses September 21, 2026.
MyKad Generasi Baharu. https://www.jpn.gov.my/informasi/mykad/struktur-baru-mykad/. Diakses September 21, 2026.
SEMAKAN STATUS PERMOHONAN MYKAD/MYPR/MYKAS. https://semakankpmys.jpn.gov.my/. Diakses September 21, 2026.
MyKad versi baharu dikeluarkan secara berperingkat. https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/mykad-versi-baharu-dikeluarkan-secara-berperingkat/. Diakses September 21, 2026.
Versi Terbaru
21/09/2026
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor