Kenapa tangan dan kaki sejuk? Kenapa kaki rasa lenguh dan sejuk? Kenapa badan rasa seram sejuk? Mengalami kaki tangan sejuk walaupun anda tidak berada dalam persekitaran yang sejuk adalah biasa.
Kebiasaannya, kaki dan tangan sejuk adalah sebahagian daripada tindak balas semula jadi badan anda untuk mengawal suhu badan anda dan ia sepatutnya tidak perlu dirisaukan.
Tetapi jika anda mengalami situasi ini secara berterusan bersama perubahan warna, ia mungkin merupakan tanda amaran.
Sebagai contoh, mengalami sejuk tangan mungkin bermakna anda mempunyai masalah pada saraf atau peredaran darah atau masalah tisu rosak pada tangan atau jari anda.
Sekiranya mengalami tangan dan kaki yang sentiasa sejuk semasa musim sejuk melampau, anda perlu perhatikan tanda amaran frostbite.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Simptom-simptom
Apakah simptom-simptom kaki tangan sejuk?
Kenapa tangan dan kaki sejuk? Kenapa kaki rasa lenguh dan sejuk? Kenapa badan rasa seram sejuk?
Kaki dan tangan sejuk adalah mudah seperti berada di tempat sejuk.
Suhu semula jadi badan boleh menyebabkan kaki tangan sejuk atau keadaan ini adalah kesan isu perubatan sebenar.
Masalah peredaran darah, saluran darah kecil pada tangan anda atau sebarang misteri perubatan yang lain boleh menyebabkan kaki dan tangan sejuk.
Bila saya harus berjumpa doktor?
Diagnosis dan rawatan awal boleh menghentikan keadaan ini daripada menjadi semakin teruk dan menghalang kecemasan perubatan yang lain, jadi, sila berbincang dengan doktor anda sesegera mungkin untuk menghalang keadaan ini.
Jika anda mengalami mana-mana tanda dan simptom yang disenaraikan di atas atau anda mempunyai apa-apa persoalan, sila berunding dengan doktor anda.
Setiap tubuh manusia bertindak dengan berbeza. Oleh itu, berbincang dengan doktor anda adalah perkara yang terbaik untuk menentukan apa yang terbaik untuk situasi anda.
Punca
Apakah punca penyakit kaki tangan sejuk?
Kenapa tangan dan kaki sejuk? Kenapa kaki rasa lenguh dan sejuk?
Manusia ialah haiwan tropikal. Kita menyesuaikan diri dengan iklim panas.
Apabila terdedah kepada sejuk,badan kita akan cuba untuk kekal panas.
Jika badan menjadi sejuk, peredaran berkurang pada lengan, kaki, telinga dan hidung supaya suhu utama keseluruhan badan boleh kekal panas.
Apabila suhu di bawah takat beku, ais mungkin terhasil dalam bahagian ini serta peredaran semakin berkurang.
- Kecederaan sejuk bukan beku juga disebabkan oleh penyejukan kulit. Dalam kes kecederaan rendaman, saraf dan saluran darah rosak selepas terdedah kepada kesejukan, keadaan basah pada suhu beku atau dibawah suhu beku.
- Pernia adalah disebabkan oleh pendedahan kepada kesejukan dalam tempoh yang panjang tanpa pembekuan atau keadaan yang sangat basah.
- Fenomena Raynaud adalah penyempitan saluran darah tidak normal
- Cryoglobulin ialah protein, pada keadaan biasa ia larut di dalam darah, dan menjadi pejal atau gel apabila sejuk. Cryoglobulinemia ialah keadaan dimana cryoglobin di dalam darah, apabila terdedah kepada sejuk
- Berlaku kejadian kulit menjadi bengkak kemerah-merahan apabila terdedah kepada sejuk dipanggil urtikaria sejuk.
Senarai penyakit yang menyebabkan kondisi kaki tangan sejuk ialah:
- Frostbite
- Kurang darah merah/Anemia
- Diabetes
- Lupus
- Penyakit Raynaud
- Skleroderma
- Penyakit Buerger
- Penyakit Thyroid
- Kurang peredaran darah
- Gangguan sistem saraf
Faktor Risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya kepada penyakit ini?
Banyak faktor meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit kaki tangan sejuk.
- Tinggal dalam keadaan berangin
- Memakai pakaian ketat
- Tangan dan kaki sentiasa basah
- Merokok (kerana ia mengurangkan peredaran darah pada tangan dan kaki)
Diagnosis dan Rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SILA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimana pesakit penyakit ini didiagnosis?
Frostbite didiagnos dengan melihat keadaannya, bukan berdasarkan ujian.
Tiada ujian khusus untuk keadaan lain disebabkan oleh sejuk, kecuali ujian darah untuk cryoglobulins.
Ujian mungkin diperlukan untuk kecedraan atau keadaan lain yang bersama frostbite.
Jika terdapat kecederaan lain seperti hypothermia (dibawah suhu badan normal) atau kemungkinan patah tulang, ujian diperlukan untuk kecederaan lain.
Jika frostbite seperti semakin teruk, imbasan tulang mungkin perlu dijalankan. Prosedur ini tidak sakit dan menunjukkan kepada doktor bahagian tangan atau kaki yang masih mempunyai peredaran darah.
Ujian lain yang biasa dijalankan untuk frostbite ialah ujian darah, terutamanya ujian kecenderungan darah untuk membeku dan X-ray.
Bagaimana pesakit penyakit kaki tangan sejuk dirawat?
Jika anda datang ke jabatan kecemasan dan masih mempunyai bahagian-bahagian putih frostbite, doktor akan mula memanaskan semula ke dalam air dengan cepat, dengan suhu di atas suhu badan.
Bahagian yang beku akan mencair sehingga menjadi merah jambu, menandakan peredaran darah kembali semula.
Jika bahagian yang dipanaskan hanya menjadi sedikit merah, anda mungkin dibenarkan untuk pulang ke rumah dengan arahan tentang penjagaan bahagian yang tercedera.
Jika anda mempunyai gelembung air pada hujung jari kaki dan tangan bersama bengkak dan sedikit sakit, anda juga dibenarkan untuk pulang ke rumah dengan arahan.
Jika anda mempunyai gelembung air gelap, tiada bengkak atau tiada peredaran darah pada bahagian yang dipanaskan, anda akan dimasukkan ke hospital.
Dalam mana-mana kes, anda mungkin perlu mengambil aspirin atau ibuprofen (Advil), ia melindungi daripada kecederaan lanjutan pada bahagian tersebut daripada bahan-bahan yang dilepaskan oleh sel-sel rosak.
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah perubahan gaya hidup dan rawatan sampingan yang boleh saya ambil untuk menangani penyakit ini?
Kaedah pengubatan sampingan ini mungkin membantu mengurangkan risiko penyakit kaki tangan sejuk antaranya ialah:
- Pastikan bahagian tersebut bersih dan kering
- Angkat bahagian itu
- Elakkan pembekuan semula
- Lindungi bahagian tersebut daripada tekanan atau gesekan
- Bahagian badan tidak bersentuhan dengan bahagian tepi atau bawah sinki atau tab mandi.
Kesimpulan
[embed-health-tool-bmi]