backup og meta

Derma Darah Boleh Gemuk? Ini 5 Manfaat Derma Darah Untuk Kesihatan

Derma Darah Boleh Gemuk? Ini 5 Manfaat Derma Darah Untuk Kesihatan

Adakah derma darah boleh menggemukkan? Ini antara persoalan yang popular dan menjadi ketakutan kebanyakan orang yang ingin menderma darah dan mengetahui kelebihan derma darah. Ketahuilah ia hanya sekadar mitos sahaja dan menderma darah tidak akan menggemukkan anda.

Menurut kajian oleh Universiti California di San Diego, Amerika Syarikat, setiap kali anda menderma 1 pain darah, anda membakar lebih kurang 650 kalori.

5 kelebihan derma darah terhadap kesihatan

1. Mengurangkan risiko serangan jantung

Menurut kajian daripada Jurnal Epidemiologi Amerika, menderma darah sekurang-kurangnya sekali setahun boleh mengurangkan 88% risiko serangan jantung.

Menderma darah secara teratur mengekalkan tahap iron dalam kawalan. Iron adalah unsur penting untuk badan berfungsi dengan baik, tetapi iron yang berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan oksidatif yang boleh menyebabkan serangan jantung. Apabila anda menderma darah dengan kerap, regenerasi darah berlaku dengan lebih cepat, dan pengoksidaan kolesterol menjadi lebih perlahan.

Di samping itu, aliran darah lebih lancar selepas didermakan dan boleh menghalang pengumpulan lemak dan kolesterol pengoksidaan di dinding arteri koronari. Ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

penyakit hepatitis derma darah
Golongan yang dibolehkan untuk derma darah.

Kelebihan derma darah 2. Mengurangkan risiko kanser

Iron yang berlebihan dalam badan juga dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser.

Menurut satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Institut Kanser Kebangsaan, flebotomi (phlebotomy) didapati sebagai kaedah pengurangan iron yang dikaitkan dengan risiko kanser dan mortaliti yang lebih rendah.

Pesakit yang selalu menderma darah mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat kanser berbanding mereka yang tidak menderma- ini antara kelebihan derma darah. 

3. Meningkatkan peredaran dan pengaliran darah

Darah yang pekat tidak mengalir dengan baik menjadikannya lebih sukar untuk membawa oksigen ke pelbagai tisu di dalam badan anda.

Hypercoaguable (ketidaknormal pembekuan darah yang meningkatkan risiko trombosis) juga dikaitkan dengan peradangan kronik yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan serius seperti kanser, penyakit jantung dan diabetes.

Di samping itu, apabila darah anda terlalu pekat, ia meningkatkan geseran antara darah dan lapisan saluran darah. Ini boleh menyebabkan kerosakan pada lapisan saluran darah dan akhirnya membawa kepada penyakit jantung.

Apabila anda menderma darah, ia mengurangkan kelikatan darah dan membantu meningkatkan aliran darah.

Ini mengurangkan potensi kerosakan pada saluran darah dan membantu mengurangkan kemungkinan penyumbatan arteri.

kebaikan derma darah
Kelebihan derma darah.

4. Membakar kalori

Menurut Universiti California, San Diego, seseorang membakar kira-kira 650 kalori dalam setiap satu pain darah yang didermakan.

Ini boleh membantu anda dalam mengawal berat badan, walaupun penting untuk anda minum banyak cairan dan makanan ringan selepas menderma darah.  

Seorang penderma yang menderma darah secara kerap boleh kehilangan berat badan yang besar, tetapi ia tidak sepatutnya dianggap sebagai pelan penurunan berat badan.

5. Pemeriksaan kesihatan percuma

Sebelum menderma darah, anda perlu mendapatkan pemeriksaan kecil daripada profesional perubatan bagi menentukan sama ada anda berada dalam keadaan baik.

Semasa pemeriksaan ini, beberapa faktor kesihatan akan diperiksa termasuk kiraan hemoglobin dan tekanan darah. Selain itu, darah anda juga akan diuji untuk penyakit berjangkit seperti sifilis, hepatitis B dan C, dan HIV.

Pemeriksaan kecil ini bukan pengganti untuk rawatan perubatan biasa, tetapi ia memberi anda peluang untuk mendaftar dengan statistik kesihatan anda. Jika anda diluluskan untuk menderma darah, itu bermakna keadaan kesihatan baik.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

10 Mitos tentang Derma Darah https://iluminasi.com/bm/10-mitos-tentang-derma-darah.html Accessed on June 25, 2018.

5 Reasons Donating Blood can Boost your Health http://www.bloodlink.life/5-reasons-donating-blood-can-boost-your-health/ Accessed on June 25, 2018.

Why Donating Blood Is Good For Your Health https://www.medicaldaily.com/why-donating-blood-good-your-health-246379  Accessed on June 25, 2018.

How Donating Blood Boosts Your Weight Loss and Overall Health https://www.maxworkouts.com/articles/entry/how-donating-blood-boosts-your-weight-loss-and-overall-health Accessed on June 25, 2018.

Versi Terbaru

13/06/2024

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Antibiotik Perlu Makan Habis! Kalau Tidak, Sakit Susah Sembuh Kalau Jadi Lagi?

Banjir Datang Lagi, Ini Apa Yang Mesti & Tak Boleh Dibuat Semasa Musim Banjir!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 13/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan