Derma darah adalah amalan yang sangat baik. Namun di Malaysia, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah menderma darah. Jangan terkejut, kurang dari 3 peratus sahaja rakyat Malaysia yang menderma darah.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Derma darah adalah amalan yang sangat baik. Namun di Malaysia, masih ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah menderma darah. Jangan terkejut, kurang dari 3 peratus sahaja rakyat Malaysia yang menderma darah.
Mungkin sebab ramai yang masih tidak tahu apa itu derma darah. Mari kita lihat lima fakta mengejutkan tentang derma darah.
Setiap darah yang diderma akan diuji dengan 13 ujian. 11 daripadanya adalah penyakit berjangkit seperti HIV, hepatitis B dan C. Jika mana-mana ujian tersebut positif, anda akan dirujuk ke profesional.
Pastikan anda tidak banyak mengambil makanan yang tinggi lemak atau berminyak. Sebaliknya rangsang zat besi anda melalui makanan seperti kekacang atau daging merah.
Setiap titik darah anda tentunya diperlukan oleh pesakit di luar sana. Jangan rasa ragu-ragu apatah lagi risau untuk menderma. Anda mungkin menyelamatkan satu nyawa!
Menderma secara berkala boleh mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 88 peratus memandangkan badan anda menghasilkan sel darah merah baru dan mengurangkan kelikatan darah secara keseluruhannya.
Sangat mengejutkan, sementara anda duduk 10 minit menderma darah, anda sebenarnya sedang membakar 650 kcal. Itu sama seperti 30 minit di dalam gimnasium!
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen