backup og meta

Senarai Semak C.O.M.E.L, Membantu Memantau Perkembangan Otak Kanak-Kanak!

Senarai Semak C.O.M.E.L, Membantu Memantau Perkembangan Otak Kanak-Kanak!

Perkembangan awal kanak kanak tidak boleh dilihat atau diukur pada aspek fizikal mereka sahaja. Perkembangan otak yang merangkumi mental dan emosi si kecil juga harus diutamakan!

Persoalannya, apakah kunci utama untuk memastikan perkembangan si manja anda secara keseluruhan?

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.

Perkembangan awal kanak kanak 5 tahun yang pertama

Untuk pengetahuan anda semua, 5 tahun yang terawal, penting dan kritikal dalam perkembangan awal kanak kanak terutama dari aspek pembangunan otak mereka.

Ini kerana, lebih daripada 1 juta hubungan atau sambungan saraf akan terbentuk pada setiap saat sehingga meliputi 80 ke 90 peratus perkembangan otak di awal usia.

Maka, pengetahuan serta kesedaran ibu bapa tentang perkara ini tentu sahaja perlu dipertingkatkan!

rangsang otak bayi
Aktiviti mudah rangsang otak bayi.

Sehubungan dengan itu, Enfagrow A+ telah melancarkan ekspo Future Ready A+ Kids bersempena dengan Hari Otak Sedunia yang bertarikh 22 Julai akan datang.

Dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri, ekspo yang berlangsung di Petaling Jaya ini telah berjalan dengan lancar.

“Dengan membekalkan ibu bapa ilmu dan alat yang tepat, kita boleh memastikan perkembangan awal kanak kanak agar mereka dapat membesar dengan sihat, selamat dan sedia untuk menempuh cabaran di hari mendatang,” jelas Datuk Seri Nancy Syukri lagi.

Faktor genetik juga memainkan peranan penting

Tidak dinafikan, faktor genetik memainkan peranan penting di dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan awal kanak kanak. Namun, nutrisi yang baik juga wajar diberi perhatian khusus.

Buktinya, nutrien Milk Fat Globule Membrane (MFGM) di dalam produk susu Enfagrow A+ didapati memainkan peranan dalam memastikan otak kanak-kanak untuk berkembang dengan lebih baik.

“Kami komited di dalam usaha untuk membantu memupuk generasi lebih bersedia di hari mendatang dengan perkembangan mental dan fizikal yang baik serta disokong oleh pengambilan nutrisi optimum,” jelas Pengurus Negara Mead Johnson Nutrition, Malaysia & Singapura, Wong Choy Yee.

perkembangan awal kanak kanak
Majlis perasmian ekspo Future Ready A+ Kids oleh Enfagrow A+.

Dalam masa yang sama, ibu bapa perlu lebih peka dan teliti di dalam setiap perkembangan kanak-kanak mengikut umur. Di sini, senarai semak C.O.M.E.L memainkan peranan yang penting!

Interaksi antara anak & ibu bapa

Selain genetik dan nutrisi, anak anda juga akan belajar daripada ‘pengalaman’ pada awal usia hidup mereka.

“Memandangkan kanak-kanak belajar banyak perkara ketika tahun-tahun pertama mereka, faktor seperti pengaruh daripada persekitaran turut memainkan peranan dalam pembentukan dan perkembangan otak mereka,” jelas Ketua Jabatan Anatomi Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Cheah Pike See.

Maka, interaksi di antara anak dan ibu bapa bersama dengan kualiti hidup di awal usia mereka amat penting.

Dengan menyediakan persekitaran yang memupuk, merangsang dan menyokong anak anda secara emosi ketika masih kecil, mereka berpeluang untuk menjalani kehidupan remaja dan dewasa dengan lebih baik.

C.O.M.E.L membantu perkembangan kognitif anak anda!

perkembangan awal kanak kanak
Sesi soal jawab bersama pakar jemputan.

C.O.M.E.L merupakan satu senarai semak perkembangan anak mengikut usia:

  • Cognitive – pemikiran
  • Optic – penglihatan
  • Motor – pergerakan
  • Emotion – perasaan
  • Language – percakapan
Berdasarkan 5 panduan ini, ibu bapa akan dapat mengawasi setiap perkembangan otak kanak kanak sekali gus mengesan sekiranya ada kelewatan dan mengambil langkah yang sepatutnya.

Contohnya, kanak-kanak yang berusia tiga tahun sepatutnya sudah boleh menyelesaikan 3 ke 4 keping suai gambar, bertanya soalan mudah, bermain padanan warna dan berbasikal roda tiga.

“Dengan alatan panduan C.O.M.E.L ini, ia dapat memberi impak kepada ibu bapa dan para doktor terhadap perkembangan awal kanak kanak,” jelas Perunding Am & Pakar Pediatrik di Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Norazlin Kamal Nor.

Konklusinya, ibu bapa perlu lebih peka dengan perkembangan awal kanak kanak dari segenap aspek. Jika anda ada sebarang pertanyaan, segera rujuk pakar pediatrik berdekatan!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. First 1,000 Days – a Critical Time for Children’s Brain Development, https://midb.umn.edu/news/first-1000-days-critical-time-childrens-brain-development, Accessed Jul 12 2024.
  2. Why The First 5 Years of Child Development Are So Important, https://www.all4kids.org/news/blog/why-the-first-5-years-of-child-development-are-so-important/, Accessed Jul 12 2024.
  3. Early Childhood, https://www.aap.org/en/patient-care/early-childhood/, Accessed Jul 12 2024.
  4. Early childhood development, https://www.unicef.org/early-childhood-development, Accessed Jul 12 2024.
  5. Early Childhood Development, https://www.savethechildren.org/us/what-we-do/education/early-childhood-development, Accessed Jul 12 2024.

Versi Terbaru

17/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Perkembangan EQ & IQ Perlu Seimbang, Kriteria Penting Untuk Anak Membesar, Kata Pakar

9 Aktiviti Ini Bagus Untuk Perkembangan Fizikal Anak, Jom Buat Di Rumah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan