Kanser merupakan satu daripada penyakit yang paling menakutkan di dunia hari ini. Ia antarapunca utama kematian di seluruh dunia dengan hampir 10 juta kematian pada tahun 2020 (1 dalam 6 kematian). Salah satu kajian penting dalam perubatan adalah menemui penawar kanser.
Antara kematian akibat kanser termasuklah:
- Kanser paru-paru (10.6% kematian)
- Kanser payudara (9.4%)
- Kanser serviks (8%)
- Kanser hati (6.6%)
- Bibir, kanser rongga mulut (6.4%)
Insiden kanser di Malaysia dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2040. Ini adalah menyeramkan bukan?
Dapatkan maklumat lanjut tentang Kanser di sini
Penawar kanser janji masa depan lebih baik
Namun, kita boleh mengubah landasan masa depan untuk kanser dengan meningkatkan proses pengesanan, diagnosis awal, rawatan, serta sokongan buat pesakit kanser.
Perkara ini telah dibincangkan dalam sebuah dialog dibawakan khas oleh Siemens Healthineers bertajuk ‘Creating a World Without Fear of Cancer: A Critical Dialogue’ sewaktu Persidangan Hospital Management Asia berlangsung.
Sesi ini telah membariskan para pakar dari pelbagai sektor industri kesihatan seperti Pengarah Urusan Siemens Healthineers Asia Tenggara;Fabrice, Penasihat Khas kepada Menteri Kesihatan;Dr. Kelvin Yii, Ketua Pegawai Eksekutif Regency Specialist Hospital; Serena Yong, Ketua Global Hal Ehwal Klinikal di Varian; Prof. Ricky Sharma, dan mantan Presiden dan anggota lembaga semasa di Reach to Recovery International (RRI); Ranjit Kaur.

Penawar kanser – Masa depan kanser Malaysia: Apa kata kerajaan?
Kerajaan memainkan peranan penting dalam usaha meningkatkan taraf hidup penghidap kanser. Sokongan terhadap penyelidikan kanser, menawarkan program saringan kanser lebih meluas, dan meningkatkan akses kepada rawatan kanser berkualiti. Ia membantu mengatasi isu diagnosis terlalu lewat dan meningkatkan kadar kemenangan terhadap kanser.
Selain itu, kerajaan juga perlu menggalakkan kesedaran awam tentang pentingnya pemeriksaan berkala dan kesihatan am. Ini termasuk mempromosikan gaya hidup sihat dan memberikan maklumat tentang tanda-tanda awal kanser kepada masyarakat.
Menurut Dr. Kelvin Yii, “Pelan Strategik Nasional bagi Kawalan Kanser berhasrat untuk menjadikan pencegahan, pengurusan, dan kawalan kanser lebih mudah diakses serta mampu milik menerusi usaha sama dengan para pemegang tara. Matlamatnya adalah untuk meringankan beban kanser, meningkatkan pemahaman mengenai kanser, menggalakkan pencegahan serta diagnosis awal demi kemaslahatan pesakit.”
Kerjasama kerajaan dan swasta penting untuk perbaiki perkhidmatan
Hospital swasta juga mempunyai peranan penting dalam usaha meningkatkan diagnostik kanser. Penyediakan kemudahan-kemudahan moden seperti mesin imbasan terkini dan pakar-pakar perubatan mahir dalam bidang kanser membolehkan pesakit mendapatkan diagnosis yang tepat dan lebih cepat.
Mengulas mengenai pelbagai cabaran yang wujud dari segi kenaikan kos teknologi tinggi, kekurangan kakitangan antarabangsa, serta kekangan dana untuk sektor kesihatan, Serena Yong memberitahu, penekanan ke atas kepentingan usaha sama industri dalam memudahkan perkongsian ilmu serta penemuan baharu dalam bidang onkologi.
Peranan penyedia teknologi dalam pengurusan dan penawar kanser

Teknologi memainkan peranan yang semakin penting dalam diagnosis kanser. Penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan analisis data besar-besaran (big data) dapat membantu mengesan kanser pada peringkat awal dengan lebih tepat.
Pengesanan awal, yang dulu merupakan satu cabaran besar kini dipermudahkan melalui sistem pengurusan kanser serba pintar. Ini membantu meningkatkan lagi kebarangkalian pesakit menemui penawar kanser mereka.
“Usaha sama strategik antara Regency Specialist Hospital dan Siemens mengukuhkan lagi komitmen untuk memudahkan pengurusan pesakit. Ia menggiatkan pengintegrasian solusi-solusi kesihatan terhubung, melahirkan sebuah proses pengurusan lebih lancar. Tambahan lagi, ia turut meluaskan khidmat terlindungan di samping pelaksanaan analitik ramalan dalam skala lebih besar, justeru memberi sumbangan yang signifikan kepada kesihatan pesakit kanser”, ujar Serena lagi.
Pentingnya sokongan terhadap pesakit kanser
Menyentuh aspek emosi pesakit kanser Ranjit Kaur berkata, “Menghidap kanser boleh menjadi satu pengalaman yang agak sunyi, justeru menekankan kepentingan sokongan orang sekeliling serta pendekatan holistik yang melibatkan rawatan perubatan serta kesihatan emosi.
Jelas beliau lagi, “Kita juga haruslah mengutamakan aspek empati, keupayaan untuk memberikan rawatan dan perhatian pada waktu yang tepat, serta sistem sokongan komprehensif untuk pesakit kanser, Ini dapat membantu mereka mengharungi dan mengatasi penyakit kanser dengan lebih yakin.”

Kesimpulan
Kerajaan, hospital swasta, penyedia teknologi, dan semua pihak lain berperan aktif dalam usaha ini. Dengan sokongan dan kerjasama semua pihak, kita boleh berharap pada masa depan yang lebih baik di mana kanser bukan lagi satu ancaman besar.
[embed-health-tool-bmi]