backup og meta

OncoCare Center Memperluas Jangkauan Ke Malaysia, Membantu Fasiliti Onkologi Komprehensif!

OncoCare Center Memperluas Jangkauan Ke Malaysia, Membantu Fasiliti Onkologi Komprehensif!

Pernahkah anda mendengar perkataan ‘onkologi’? Onkologi adalah cabang ilmu perubatan yang mempelajari bagaimana terjadinya kanser.

Melalui artikel ini, anda dapat mengetahui inisiatif rawatan inovatif melalui perkhidmatan onkologi yang dipercayai dan berteknologi tinggi untuk rawatan pesakit kanser.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

OncoCare, fasiliti onkologi adalah diperluas di Malaysia bagi kemudahan rawatan kanser

Selangor, 28 November 2024 – OncoCare Cancer Centre (OncoCare), salah satu penyedia perkhidmatan onkologi swasta terkemuka di Singapura, dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan fasiliti antarabangsa pertamanya di Thomson Hospital, Kota Damansara.

Langkah ini merupakan pencapaian penting dalam usaha OncoCare untuk menjadikan rawatan kanser berkualiti tinggi lebih mudah diakses oleh pesakit di seluruh Asia Tenggara.

Sejak ditubuhkan pada tahun 2007 oleh Dr Tay Miah Hiang dan Dr Peter Ang, OncoCare telah berkembang menjadi jenama yang dipercayai dalam bidang onkologi adalah dengan tujuh pusat di Singapura yang menerima lebih daripada 36,000 kunjungan pesakit setiap tahun.

Pusat ini terkenal dengan pendekatan pelbagai disiplin, menawarkan rawatan inovatif seperti onkologi ketepatan, imunoterapi, dan terapi sasaran serta sokongan yang penuh prihatin.

Dr John Low Seng Hooi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Kanan Onkologi Klinikal di OncoCare Cancer Centre Malaysia, telah menyampaikan ucapan semasa Pelancaran Lembut OncoCare Cancer Centre Malaysia.
Dr John Low Seng Hooi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Perunding Kanan Onkologi Klinikal di OncoCare Cancer Centre Malaysia, menyampaikan ucapan pelancaran.

“Kami menubuhkan OncoCare dengan visi untuk menyediakan rawatan kanser yang komprehensif dan memberikan keutamaan kepada pesakit. Melebarkan sayap kami ke Malaysia merupakan detik yang amat membanggakan bagi kami, kerana ia membolehkan kami membawa tahap rawatan berkualiti yang sama kepada komuniti yang lebih luas”, jelas Dr Tay Miah Hiang, Pengasas OncoCare Cancer Centre Singapura.

Menurut beliau lagi, kerjasama dengan Hospital Thomson menyediakan platform yang kukuh untuk menawarkan rawatan inovatif dan sokongan holistik, memastikan pesakit di Malaysia menerima hasil rawatan yang terbaik.

Bagaimana OncoCare membantu bagi rawatan kanser secara komprehensif?

OncoCare komited untuk memanfaatkan teknologi perubatan terkini, termasuk:

  • Diagnostik molekul generasi baharu dan perancangan rawatan radioterapi berasaskan AI, untuk meningkatkan ketepatan rawatan serta mengurangkan tempoh pemulihan
  • Memberi penekanan kepada pertukaran pengetahuan global dan penyeragaman penjagaan
  • Mesyuarat lembaga tumor secara berkala menghimpunkan pakar untuk membincangkan kes-kes kompleks, menyemak data diagnostik, dan meneroka pilihan rawatan terbaik

Pendekatan kolaboratif ini memastikan setiap pesakit menerima rawatan yang paling berkesan berdasarkan bukti perubatan terkini.

Apa kata pakar berkaitan onkologi adalah fasiliti penjagaan kanser inovatif?

Sempena berlangsungnya pelancaran awal tersebut, satu sesi panel bertajuk ‘Meningkatkan Penjagaan Kanser: Kerjasama Berbilang Disiplin dan Rawatan Inovatif’ telah diadakan, menampilkan pakar onkologi terkemuka OncoCare Malaysia.

Sesi diskusi panel berkaitan "Memperluas Penjagaan Kanser: Kepelbagaian Kolaboratif dan Rawatan Inovatif bersama panel dari OncoCare Cancer Centre Malaysia.
Sesi diskusi panel berkaitan “Memperluas Penjagaan Kanser: Kepelbagaian Kolaboratif dan Rawatan Inovatif bersama panel dari OncoCare Cancer Centre Malaysia.

Perbincangan tersebut memberi penekanan kepada bagaimana kerjasama antara disiplin dan integrasi rawatan inovatif adalah kunci dalam menyediakan penjagaan yang lebih berkesan dan menyeluruh untuk pesakit kanser.

Dr Matin Mellor bin Abdullah, Perunding Kanan Klinikal Onkologi dengan berpengalaman lebih daripada 20 tahun dalam merawat pelbagai jenis kanser, berkongsi:

“Perancangan rawatan yang diperibadikan dan penjagaan pasca rawatan dapat memberi sokongan yang diperlukan kepada pesakit dan keluarga mereka sepanjang perjalanan rawatan kanser. Dengan perancangan rawatan yang diperibadikan dan penjagaan pasca rawatan, kami dapat memastikan hasil terbaik sambil mengutamakan kualiti hidup pesakit.”

Pesakit kanser memerlukan sokongan keluarga dan komuniti terdekat.
Pesakit kanser memerlukan sokongan keluarga dan komuniti terdekat.

Kesimpulan

OncoCare Malaysia bukan sekadar pusat rawatan; ia adalah tempat perlindungan bagi pesakit dan keluarga mereka.
Pusat ini menawarkan pelbagai perkhidmatan sokongan, termasuk kaunseling psikologi, pengurusan kesakitan dan penjagaan paliatif.
Pusat baharu ini kini sedang menjalani pengubahsuaian untuk meningkatkan perjalanan rawatan dan pengalaman pesakit, sambil terus beroperasi sepenuhnya.
Setelah siap, OncoCare Malaysia akan dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini serta suasana yang mesra, direka untuk menyokong pesakit di setiap peringkat perjalanan mereka.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Treatment For Cancer, https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment, Diakses Disember 2, 2024.
  2. Cancer Treatment, https://www.mayoclinic.org/tests-procedures/cancer-treatment/about/pac-20393344, Diakses Disember 2, 2024.
  3. Penjagaan Pesakit Kanser, https://iocasia.com/news/penjagaan-pesakit-kanser, Diakses Disember 2, 2024.
  4. Types of Cancer Treatment, https://www.mskcc.org/cancer-care/diagnosis-treatment/cancer-treatments, Diakses Disember 2, 2024.
  5. Penjagaan Pesakit Kanser, https://iocasia.com/news/penjagaan-pesakit-kanser, Diakses pada Disember 2, 2024.

Versi Terbaru

04/12/2024

Ditulis oleh Siti Fatihah

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Kenapa Berhenti Jalani Rawatan Kanser Payudara Ketika Pandemik? Jom Sokong Kempen #UnPause!

Ini Tip Cepat Sembuh Lepas Rawatan Kanser Peparu! WAJIB Ambil Makanan Penuh Protein


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Siti Fatihah · Disemak pada 5 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan