Anda pernah dengar klinik rawatan zakar, klinik yang bertujuan merawat masalah kesihatan seksual buat kaum Adam?
Kesihatan zakar sering kali dianggap topik sensitif, namun ia adalah sebahagian penting daripada kesejahteraan lelaki secara keseluruhan.
Klinik rawatan zakar menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu menangani masalah seperti disfungsi ereksi, ejakulasi pramatang, sakit zakar atau perubahan fizikal yang mengganggu keyakinan diri.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.
He Medical Clinic, klinik rawatan zakar untuk anda
Baru-baru ini, He Medical Clinic sebuah klinik yang berkepakaran dalam merawat masalah kesihatan seksual, membuka cawangan yang terbaru di Kuching, Sarawak pada Sabtu, 2 Ogos 2025.
Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Haji Yusof dan Timbalan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Lukanisman Bin Awang Sauni.

Tentang He Medical Clinic
He Medical Clinic ialah sebuah klinik rawatan zakar (am) yang memfokuskan kepada kesihatan lelaki, beribu pejabat di Icon Tower, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Klinik ini memberi tumpuan kepada rawatan secara sulit dan berkesan dalam kesihatan lelaki serta kesejahteraan seksual, termasuk disfungsi ereksi, pancutan pramatang dan ketidakseimbangan hormon.
Kini, banyak cawangan yang telah ditubuhkan di seluruh Malaysia sejajar dengan misi untuk menyediakan rawatan yang berkualiti tinggi, sulit dan mudah diakses oleh lebih ramai lelaki.
Setiap cawangan dikendalikan oleh doktor bertauliah dan profesional terlatih yang komited dalam menyampaikan rawatan yang mengutamakan keselesaan, privasi dan keberkesanan.

Group Medical Director, He Medical Clinic, Dr Mohammad Imran berkata, kewujudan He Medical Clinic bermula dengan apabila menyedari perkhidmatan kesihatan lelaki masih kurang ditawarkan lebih-lebih lagi di Malaysia. Kebanyakannya hanya fokus kepada kesihatan wanita dan kanak-kanak.
Maka, klinik ini tampil sebagai pelengkap kepada sistem sedia ada, sejajar dengan Pelan Kesihatan Lelaki Kebangsaan (National Men’s Health Plan of Action) 2018–2023 yang diperkenalkan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli Ahmad.
Pada asasnya, kami telah menyahut seruan Pelan Tindakan Kesihatan Lelaki Kebangsaan yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr Dzulkifli Ahmad dengan menubuhkan klinik pertama kami pada tahun 2021 dan sejak itu terus mengembangkan perkhidmatan di Kuching sebagai penambahan cawangan.
Pelan tersebut menyeru agar perkhidmatan kesihatan lelaki:
- Ditingkatkan dari segi ketersediaan
- Diperluaskan dari segi akses
Rawatan digunakan di klinik rawatan lelaki, He Medical Clinic
Apa yang berlaku di seluruh dunia kini ialah satu revolusi senyap untuk mendemokrasikan perkhidmatan kesihatan.
Maksudnya, terdapat gerakan yang tidak dapat dielakkan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan disediakan dan dapat diakses oleh lebih ramai orang—dengan mengurangkan kebergantungan kepada sistem monopolistik, sekaligus menjadikan perkhidmatan kesihatan lebih mampu milik.
Demokratisasi ini memberi tumpuan kepada masyarakat umum berbanding hanya segelintir kumpulan elit.
Contohnya, terapi Shockwave — rawatan tidak invasif yang tidak melibatkan pembedahan dan terbukti secara klinikal berkesan — kini disokong oleh Garis Panduan Amalan Klinikal (CPG) Kementerian Kesihatan Malaysia dan sudah diamalkan secara meluas di klinik am(GP) di Singapura, bukan lagi terhad kepada klinik pakar.
Keadaan ini membuktikan bahawa perkhidmatan ESWT Shockwave kini boleh ditawarkan secara meluas dan mampu diakses oleh populasi umum melalui klinik am.
Satu lagi contoh penting ialah pembangunan portal dalam talian yang memudahkan penyampaian perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh.
Pelancaran aplikasi He Clinic

He Medical Clinic juga berbangga kerana dapat melancarkan Aplikasi He Clinic. Ini dapat menjadikan penjagaan kesihatan lelaki lebih mudah diakses, cepat dan mesra pesakit.
Melalui aplikasi ini, pesakit boleh:
- Menempah janji temu
- Melihat keputusan ujian
- Berhubung dengan doktor dengan menggunakan peranti mudah alih mereka
Aplikasi ini bukan sekadar alat digital, tetapi lambang komitmen kami untuk memodenkan perkhidmatan kesihatan lelaki dan memperkasa setiap lelaki agar lebih berupaya mengurus kesihatan mereka sendiri bila-bila masa.
Menurutnya lagi, 65% daripada pesakit kami yang mengalami masalah disfungsi ereksi berada dalam lingkungan umur 30 hingga 45 tahun.
He Medical Clinic berhasrat untuk menangani isu kritikal ini secara serius. Kami menyediakan rawatan secara profesional dan 80% daripada pesakit kami berjaya pulih dan kembali menjalani kehidupan dengan lebih yakin dan berfungsi.
Klinik rawatan lelaki untuk semua
Jika anda mengalami simptom seperti sakit, perubahan bentuk atau masalah fungsi, dapatkan nasihat daripada doktor pakar secepat mungkin.
[embed-health-tool-bmi]