Kerjasama di antara Hello Doktor, laman web kesihatan nombor satu dan He Medical Clinic, rangkaian klinik kesihatan lelaki popular di Malaysia merupakan gandingan yang sangat diperlukan.
Mengapa kami kata begitu? Jom baca artikel ini untuk mengetahui mengenai kerjasama ini dengan lebih lanjut!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.
Kerjasama Hello Doktor X He Medical Clinic
Pada 29 November 2024, memorandum persefahaman (MOU) di antara Hello Doktor dan He Medical Clinic telah ditandatangani dan dimeterai oleh kedua-dua belah pihak.
Agenda yang bertempat di Glo Damansara, Petaling Jaya ini berjalan dengan jayanya di mana ia turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada organisasi-organisasi yang terlibat.
Menurut Kenny Lim, Pengurus Kluster Kemboja, Myanmar, Taiwan & Malaysia Hello Health Group, kerjasama ini dilihat sangat penting bagi kedua-dua pihak dalam usaha memastikan informasi kesihatan terutama untuk orang lelaki dapat diakses serta diterima dengan lebih mendalam dan meluas.
“Kerjasama ini hadir pada waktu yang tepat. Ini kerana kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan lelaki di negara ini belum sampai pada tahap yang memuaskan.” jelas Dr Mohd Imran, Ketua Pengarah Eksekutif He Medical Clinic.
Dalam erti kata lain, kerjasama ini amat penting bagi kedua-dua belah pihak demi masa depan kesihatan lelaki!
Kepentingan kerjasama ini untuk semua lelaki
Di Malaysia, klinik untuk lelaki, klinik pakar lelaki atau klinik sakit tuan mungkin masih belum banyak tersedia.
Ini berkemungkinan berpunca daripada kurangnya kesedaran tentang kesihatan lelaki. Berbeza dengan wanita, pendedahan tentang penjagaan kesihatan mereka jauh lebih memuaskan.
Melalui kerjasama ini, segala informasi dan maklumat yang diperlukan akan dapat disebarkan dengan lebih baik.
Dalam masa sama, ia turut memberi pilihan kepada pengguna laman web Hello Doktor untuk mempertimbangkan kunjungan ke rangkaian klinik kesihatan lelaki, He Medical Clinic.
Sebagai seorang lelaki yang menginginkan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap terbaik, kedua-dua platform ini dilihat dapat membantu anda mencapat hasrat tersebut.
Sekiranya kerjasama di antara klinik kesihatan lelaki popular dan laman web kesihatan nombor 1 di Malaysia ini terus berjalan dengan lancar, masa depan kesihatan para lelaki dilihat bakal lebih cerah!
Sedikit latar belakang organisasi yang terlibat
Hello Doktor adalah salah satu pasaran Hello Health Group yang menawarkan informasi, alat dan komuniti kesihatan atas talian melalui laman web di Malaysia.
Sejak penubuhan dari tahun 2018, Hello Doktor dilihat telah mula meningkat populariti seiring waktu sehingga menjadi laman web kesihatan nombor satu di negara kita.
He Medical Clinic pula merupakan rangkaian klinik kesihatan lelaki popular di negara kita dengan menggunakan slogan “One Stop Centre For Men’s Health“.
Sehingga kini, mereka sudah melebarkan sayap daripada Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru dan dijangka akan meluaskan di negeri-negeri lain.
Antara perawatan atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh rangkaian klinik kesihatan lelaki popular ini adalah:
- Pemeriksaan kesihatan umum
- Rundingan sakit kelamin
- Rawatan mati pucuk
- Ujian HIV/AIDS
- Prosedur bersunat/berkhatan
Buat anda yang mungkin mempunyai sebarang persoalan tentang permasalahan kesihatan lelaki, boleh terus mengunjungi klinik ini atau melayari laman web mereka di https://www.hemedclinic.com/.
[embed-health-tool-bmi]