backup og meta

Membongkar Mitos Di Sebalik Kondisi Tiroid - Jom Kenal Pasti Yang Mana Betul!

Membongkar Mitos Di Sebalik Kondisi Tiroid - Jom Kenal Pasti Yang Mana Betul!

Tiroid memainkan peranan penting dalam menjaga fungsi metabolisma dan kesihatan secara menyeluruh. Namun, dengan faktor tertentu, ia juga berupaya membentuk penyakit! Tahukah anda apa punca thyroid dan bahaya tiroid? 

Untuk makluman, penyakit ini boleh terbahagi kepada beberapa jenis iaitu hipertiroid, hipotiroid, ketumbuhan nodul dan kanser tiroid.

Dianggarkan seramai 20 juta individu di Amerika menghidap beberapa bentuk penyakit tiroid, seperti hipertiroidisme, hipotiroidisme, penyakit Graves, atau tiroiditis Hashimoto.

Ternyata, banyak perkara boleh mencetuskan masalah tiroid, termasuk genetik, serangan autoimun, kehamilan, tekanan, kekurangan pemakanan, atau toksin di persekitaran.

Pun begitu, mitos-mitos berkaitan bahaya tiroid ini juga banyak berlegaran dalam kalangan masyarakat.

Ikuti artikel ini untuk ketahui sama ada ura-ura yang kalian mungkin pernah dengar mengenai punca thyroid dan bahaya tiroid adalah fakta atau auta, jom baca artikel ini.

Mitos-mitos penyakit tiroid

punca thyroid

#1 Penyakit tiroid senang dirawat

Fakta: Masalah tiroid ternyata tidak mudah diubati seperti yang diperkatakan, namun rawatannya juga tidaklah begitu rumit.

Menurut Dr. Dorothy Fink, Ahli Endokrinologi dan Penolong Profesor Perubatan di Pusat Perubatan NYU Langone di New York City, kebanyakan pesakit tiroid diberi ubat untuk menggantikan T4, salah satu jenis hormon tiroid yang tidak dapat dihasilkan oleh punca thyroid yang terjejas.

Kemudian, kelenjar tiroid dapat mengubah T4 menjadi T3, hormon lain yang diperlukan, dengan sendirinya- walaupun pada pesakit tiroid.

Dr. Fink turut mengatakan, pesakit hanya menghadapi masalah apabila mereka turut meminta ubat untuk T3.

Banyak perkara dalam talian membincangkan pemberian T3 dan perkara ini menjadi sangat rumit.

Ini kerana apabila pesakit diberikan T3, ia berisiko membuatkan pesakit berasa khayal dan hal ini mampu cetuskan ketagihan.

Memburukkan lagi keadaan, preskripsi T3 berupaya menurunkan kemampuan tiroid untuk menghasilkan T4 dengan sendiri, mengakibatkan tiroid yang terlalu aktif.

#2 Hanya wanita berusia akan mengalami masalah tiroid

Fakta: Penyakit tiroid boleh menyerang lelaki dan wanita dalam kalangan usia berapa pun!

Walau bagaimanapun, golongan wanita sememangnya mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah tiroid, kata Dr. Fink.

Genetik anda dan faktor persekitaran biasanya menjadi punca thyroid seseorang kurang aktif atau terlalu aktif yang berkaitan dengan autoimun.

Ia juga boleh muncul di semua peringkat usia, namun lebih cenderung berlaku pada kaum Hawa.

Dr. Christian Nasr, Ahli Endokrinologi di Klinik Cleveland menyatakan, golongan wanita lebih cenderung mengalami penyakit tiroid kerana mereka mempunyai tahap estrogen yang lebih tinggi berbanding lelaki.

Estrogen menjadikan sel lebih mudah terlihat oleh sistem imun tubuh dan ia merangsang perkembangan kelenjar tiroid. 

Justeru, wanita cenderung untuk terkesan dengan kesemua jenis kondisi tiroid; hipotiroidisme, hipertiroidisme, nodul, dan kanser tiroid, kata Dr Nasr.

punca thyroid

#3 Penghidap hipotiroidisme harus elak makanan berasaskan soya

Fakta: Anda tidak perlu menghindari makanan yang ada asas soya sepenuhnya, tetapi ia harus diambil dengan berhati-hati.

Soya berupaya mengganggu kemampuan tubuh untuk menyerap ubat penggantian hormon, jadi pakar tidak menyarankan pesakit tiroid untuk memakannya setiap hari.

Sekiranya anda bakal mengambil ubat pengganti hormon, adalah disarankan untuk menunggu beberapa jam sebelum makan kacang edamame atau susu soya.

#4 Penghidap tiroid mempunyai mata yang terjojol

Fakta: Penyakit Graves, jenis hipertiroidisme yang paling kerap berlaku, kadangkala, tapi bukan selalu, boleh menyebabkan mata yang terjojol. Merokok meningkatkan risiko anda untuk mengalami masalah ini.

Masalah mata lain yang berkaitan dengan penyakit Graves termasuk penglihatan berganda (double vision), mata kering dan kelopak mata bengkak.

Tetapi hanya sekitar 10% hingga 20% pesakit Graves menghidap penyakit-penyakit mata ini.

Mata yang terjojol dapat dirawat dengan suplemen selenium dan steroid. Namun untuk masalah pembengkakan yang teruk, pembedahan mungkin perlu dijalankan.

#5 Elak makan brokoli jika bahaya tiroid tidak aktif

Fakta: Jangan bimbang penggemar brokoli, anda tidak perlu mengorbankan sayur kegemaran seperti brokoli, kubis atau kangkung.

Anda mungkin pernah terdengar khabar angin untuk menghindari sayur-sayuran ini kerana ia boleh menjadi punca bahaya thyroid dan menyebabkan komplikasi.

Ini kerana ia dikatakan mengandungi zat yang disebut sebagai glukosinolat, yang berpotensi mengganggu fungsi tiroid.

Realitinya, sayuran ini mengandungi begitu banyak manfaat kesihatan. Jadi, makanlah tanpa rasa bersalah, tapi bukan setiap hari ya!

Tambahan itu, cuba masak sayuran ini dengan ringkas dan tidak dimakan secara mentah.

#6 Benjolan di leher petanda masalah tiroid

punca thyroid

Fakta: Benjolan di leher tidak semestinya menjadi indikasi kepada punca thyroid!

Walaupun benjolan di leher sering menjadi antara tanda masalah tiroid, terdapat banyak lagi kondisi lain yang boleh mencetuskan benjolan leher selain tiroid, kata Dr. Fink.

Antara punca lain benjolan di leher adalah kelenjar nodus limfa atau sista yang membengkak.

Walau apapun, Dr. Fink mengesyorkan agar benjolan leher diperiksa oleh doktor, sama ada melalui pemeriksaan ultrabunyi atau imbasan CT, jika perlu.

#7 Hipotiroidisme hanya terbentuk di usia dewasa

Fakta: Untuk menidakkan mitos ini, bayi dan kanak-kanak juga kadangkala boleh didiagnosis dengan masalah hipotiroidisme.

Kebanyakan gejala yang dialami adalah serupa dengan orang dewasa, tetapi mereka juga mungkin turut mengalami masalah perkembangan dan pertumbuhan yang terbantut.

Menurut pakar, golongan bayi terutamanya sangat memerlukan rawatan awal walaupun kes dialami mungkin ringan.

Ini kerana, ia berisiko membantutkan pertumbuhan dan perkembangannya, lantas menyebabkan kecacatan intelektual yang teruk.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Thyroid Disease, https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/thyroid-disease, Accessed May 7 2021.
  2. Thyroid Diseases, https://medlineplus.gov/thyroiddiseases.html, Accessed May 7 2021.
  3. Thyroid disease, https://health.clevelandclinic.org/debunking-5-big-myths-about-thyroid-disease/, Accessed May 7 2021.
  4. Myths and misunderstandings about thyroid disease, https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/hypothyroidism/symptoms-causes/syc-20350284, Accessed May 7 2021.
  5. Hypothyroidism (underactive thyroid), https://www.btf-thyroid.org/myths-and-misunderstandings-about-thyroid-disease, Accessed May 7 2021.

Versi Terbaru

19/06/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Gejala Menopaus & Penyakit Tiroid, Jangan Keliru Dengan Simptom 2 Kondisi Ini

Elak Bersama Kerana Faraj Kering Selepas Bersalin? Ini Mungkin Akibat Tiroid!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan