backup og meta

Tak Nak Bersama Sebab Miss V Rasa Sakit? Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2023

    Tak Nak Bersama Sebab Miss V Rasa Sakit? Cuba 5 Tip Ini Untuk Atasinya

    Mengalami rasa sakit atau ketidakselesaan sebelum, semasa atau selepas hubungan intim boleh berlaku pada wanita tanpa mengira usia. Adakah terdapat tip miss V cara memasukkan agar tidak sakit?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa penyebab rasa sakit saat berhubungan intim?

    Sebelum mengetahui miss v cara memasukkan agar tidak sakit, ayuh kita ketahui punca keadaan ini berlaku.

    Hubungan seks yang menyakitkan boleh berlaku atas pelbagai sebab – masalah struktur hingga melibatkan kebimbangan psikologi.

    Dalam istilah perubatan, persetubuhan menyakitkan ini dikenali sebagai dyspareunia – ditakrif sebagai sakit kemaluan berterusan atau berulang yang berlaku sebelum, semasa atau selepas seks.

    Dalam sesetengah kes, seorang wanita boleh mengalami seks yang menyakitkan jika salah satu daripada keadaan berikut hadir:

  • Vaginismus. Ini adalah keadaan biasa. Ia melibatkan kekejangan yang tidak disengajakan pada otot-otot faraj. Ada kalanya disebabkan oleh ketakutan untuk dicederakan
  • miss v cara memasukkan agar tidak sakit

    • Jangkitan faraj. Keadaan ini adalah perkara biasa dan termasuk jangkitan yis
    • Masalah dengan serviks (saluran masuk rahim). Dalam kes ini, zakar boleh mencapai serviks pada penembusan (penetrasi) maksimum. Jangkitan yang berlaku pada serviks boleh menyebabkan kesakitan semasa penembusan dalam
    • Masalah rahim. Masalah ini mungkin termasuk fibroid yang boleh menyebabkan kesakitan dalam hubungan intim
    • Endometriosis. Ini adalah keadaan di mana tisu serupa dengan yang melapisi rahim tumbuh di luar rahim
    • Masalah dengan ovari. Masalah mungkin termasuk sista ovari
    • Penyakit radang pelvis (PID). Tisu pada bahagian dalam meradang teruk dan tekanan hubungan seks menyebabkan kesakitan yang mendalam
    • Kehamilan ektopik. Ini adalah kehamilan di mana telur yang disenyawakan berkembang di luar rahim
    • Menopaus menyebabkan lapisan faraj boleh kehilangan lembapan normal dan menjadi kering
    • Persetubuhan terlalu awal selepas pembedahan atau bersalin
    • Penyakit kelamin. Ini mungkin termasuk ketuat alat kelamin, kudis herpes atau STD lain
    • Kecederaan pada vulva atau faraj boleh menjadi punca sakit pada bibir kemaluan wanita. Melibatkan koyakan semasa bersalin atau daripada luka (episiotomi) yang dibuat di kawasan kulit antara faraj dan dubur semasa bersalin
    • Vulvodynia. Merujuk kepada sakit kronik yang menjejaskan organ seksual luaran wanita – secara kolektif dipanggil vulva, termasuk labia, kelentit, dan pembukaan faraj

    Baca juga:

    Miss V cara memasukkan agar tidak sakit

    Jadi bagaimana cara mengatasi rasa sakit saat berhubungan intim? Ikuti beberapa petua berikut untuk melegakan ketidakselesaan dan kesakitan faraj semasa persetubuhan:

    1. Lakukan foreplay

    Berbanding lelaki, wanita cenderung lebih lambat untuk ghairah. Itulah sebabnya, kebanyakan wanita memerlukan lebih banyak pemanasan sebelum penetrasi. 

    Jika melakukan hubungan seks secara tergesa-gesa, faraj tidak terlalu ‘basah’ dan akhirnya menyebabkan kesakitan akibat geseran. Sudah tentu ini akan menyakitkan, betul tak?

    Untuk mengatasinya, minta pasangan anda melakukan foreplay. Foreplay yang dilakukan sebelum hubungan seks, dapat melancarkan aliran darah ke organ intim untuk mengelakkan rasa sakit.

    Ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti memeluk, menyentuh, mencium, ataupun fingering.

    2. Gunakan pelincir seks, antara tip miss V cara memasukkan agar tidak sakit

    Sakit faraj semasa hubungan seks boleh berlaku disebabkan keadaan faraj yang kering. Jadi, anda perlu membuat faraj basah dan licin supaya kesakitan semasa penetrasi dapat dikurangkan. 

    miss v cara memasukkan agar tidak sakit

    Untuk menjadikan faraj cukup basah, anda boleh melakukan foreplay atau menggunakan pelincir.

    Tetapi ingat, jangan menggunakan sebarangan pelincir! Pelincir berasaskan air atau berasaskan silikon dianggap sebagai pilihan pelincir terbaik untuk seks, berbanding berasaskan minyak.

    Miss V cara memasukkan agar tidak sakit #3. Relakskan badan

    Tekanan mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan serta kehidupan seks anda. Masalah yang terus bermain di otak boleh membuat anda stres dan menyebabkan sakit faraj semasa hubungan intim. 

    Untuk mengatasinya, anda perlu tenang dan melepaskan tekanan yang membebankan diri sebelum melakukan hubungan seks.

    Hilangkan ketegangan sebelum hubungan seks boleh dilakukan dengan mandi air suam, melakukan senaman pernafasan atau meditasi yang boleh dipelajari dalam kelas yoga atau cuba berbual santai dengan pasangan.

    4. Tukar posisi seks

    Saiz zakar yang besar boleh menjadi punca kesakitan. Ini kerana zakar boleh menekan serviks dan menyebabkan kesakitan. 

    Sebagai petua miss V cara memasukkan agar tidak sakit, anda boleh cuba menukar posisi seks

    Cuba kedudukan cowgirl, ini memberikan wanita kawalan di atas bagi menentukan seberapa dalam dan pantas pergerakan itu.

    miss v cara memasukkan agar tidak sakit

    5. Lakukan pemeriksaan lanjut dengan doktor

    Sakit faraj semasa hubungan seks boleh disebabkan oleh penyakit seperti jangkitan yis pada faraj atau vulvodynia. 

    Selain sakit, faraj juga boleh membengkak, gatal-gatal dan rasa terbakar. Jika keadaan ini berlaku, melakukan pemeriksaan dengan doktor adalah cara terbaik.

    Ubat-ubatan dan rawatan lain boleh mengurangkan gejala dan doktor juga boleh memberikan nasihat tentang seks yang lebih selamat untuk anda. 

    Dalam kes seperti kekeringan faraj akibat pengurangan pengeluaran hormon estrogen, doktor mungkin mengesyorkan terapi hormon.

    Dalam kes yang teruk, anda mungkin dinasihatkan untuk tidak melakukan hubungan seks untuk seketika sehingga keadaan bertambah baik. 

    Semasa dan selepas rawatan, anda mesti lebih menjaga kebersihan alat sulit dan mengamalkan aktiviti seks selamat, contohnya menggunakan kondom.

    Walaupun anda sudah mengetahui miss V cara memasukkan agar tidak sakit, tetapi jika ia masih berlaku, jangan malu untuk berunding dengan doktor.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 03/04/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan