Sindrom ovarium polikistik (PCOS) biasanya disebabkan oleh haid yang tidak teratur ataupun langsung tidak datang haid. Namun, tahukah anda terdapat senarai makanan yang dilarang untuk PCOS?
Wanita dengan PCOS biasanya mempunyai banyak sista pada ovari mereka.
Ini disebabkan oleh pengeluaran hormon yang disebut androgen secara berlebihan.
Apa itu PCOS?
Sindrom ovarium polikistik (PCOS) adalah gangguan hormon yang biasa berlaku pada wanita di usia reproduktif.
Wanita dengan PCOS mungkin mengalami haid yang jarang, berpanjangan atau pengeluaran tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.
Selain itu, ovari menghasilkan banyak cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala ketika kitaran haid.
Punca sebenar PCOS masih tidak diketahui dan ini adalah kondisi kesihatan yang biasa dialami dalam 1 daripada 10 wanita terutamanya di peringkat usia reproduktif.
PCOS juga boleh menyebabkan kondisi kesihatan serius lain, seperti diabetes, masalah kardiovaskular, kemurungan, dan peningkatan risiko kanser endometrium.
Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa diet pemakanan juga memberikan impak terhadap PCOS.
Insulin memainkan peranan penting, jadi menguruskan tahap insulin dengan diet PCOS adalah salah satu langkah terbaik yang dapat diambil dalam menguruskan keadaan ini.
Senarai makanan yang boleh dimakan
Penyelidikan mendapati bahawa apa yang dimakan oleh individu mempunyai kesan yang signifikan terhadap PCOS. Sebelum tahu jenis makanan yang dilarang untuk PCOS, kenali dahulu makanan yang boleh diambil.
3 jenis diet pemakanan yang dapat membantu individu dengan masalah PCOS bagi menguruskan gejala mereka adalah:
- Diet indeks glisemik rendah (GI)
Ini kerana tubuh mencerna makanan GI rendah dengan lebih perlahan, yang bermaksud ia tidak menyebabkan kadar insulin meningkat sebanyak atau secepat makanan lain, seperti karbohidrat.
Makanan diet rendah GI termasuk biji-bijian, kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran berkanji, dan makanan rendah karbohidrat yang belum diproses.
- Diet antiradang
Makanan antiradang seperti beri, ikan berlemak, sayur-sayuran berdaun, dan minyak zaitun dapat mengurangkan gejala-gejala yang berkaitan dengan masalah keradangan, seperti keletihan.
Diet PCOS yang sihat boleh merangkumi makanan-makanan berikut:
- Makanan semula jadi dan tidak diproses
- Makanan berserat tinggi
- Ikan berlemak, termasuk salmon, tuna, sardin, dan makerel
- Kangkung, bayam, dan sayur-sayuran berdaun gelap yang lain
- Buah-buahan merah gelap, seperti anggur merah, blueberry, blackberry, dan ceri
- Brokoli
- Lemak sihat, seperti minyak zaitun, avocado dan kelapa
- Kacang, termasuk kacang pain, kacang walnut, badam, dan pistachio
- Coklat gelap secara sederhana
- Rempah-ratus seperti kunyit dan kayu manis
Individu kehilangan lebih banyak berat badan dengan diet yang menekankan single unsaturated fat dan bukannya lemak tepu.
Contoh diet seperti ini adalah diet antiradang, yang mendorong orang ramai untuk makan lemak sihat, seperti zaitun dan minyak sayuran lain.
Selain itu, orang yang mengikuti diet rendah karbohidrat atau rendah GI dapat melihat peningkatan metabolisme insulin dan mampu menurunkan tahap kolesterol.
Individu dengan masalah PCOS yang mengikuti diet rendah GI juga melaporkan kualiti hidup yang lebih baik dan haid yang lebih teratur.
Secara umum, kajian mendapati bahawa dengan menurunkan berat badan dapat membantu wanita dengan masalah PCOS, tanpa mengira jenis diet tertentu yang diikuti seperti elak makanan yang dilarang untuk pcos.
Antara makanan yang dilarang untuk PCOS
- Makanan yang tinggi karbohidrat, seperti roti putih
- Makanan ringan dan minuman bergula
- Makanan yang berpotensi menyebabkan keradangan, seperti daging yang diproses
Karbohidrat mampu menyebabkan keradangan, meningkatkan ketahanan insulin, dan harus dielakkan atau dikawal dengan baik.
Ini termasuk makanan-makanan yang diproses, seperti:
- Roti putih
- Mufin
- Pastry
- Pencuci mulut bergula
- Apa sahaja yang dibuat menggunakan tepung putih
Pasta yang diperbuat daripada tepung kacang atau lentil dan bukannya tepung gandum adalah alternatif yang sangat baik.
Gula termasuk dalam bahan yang mengandungi karbohidrat dan harus dielakkan sebaik mungkin serta berada dalam kategori makanan yang dilarang untuk pcos.
Semasa membaca label-label makanan, pastikan untuk mengenal pasti pelbagai jenis nama gula agar anda tidak mudah untuk ditipu, dan ini termasuk:
- Sukrosa
- Sirap jagung fruktosa tinggi
- Dekstrosa
- Gula-gula yang tersembunyi dalam minuman ringan seperti soda dan jus kordial
Sebaik-baiknya, kurangkan atau elakkan makanan dan minuman yang boleh menjadi penyebab keradangan, seperti kentang goreng, marjerin, daging merah dan seangkatan dengannya.
Rumusan
Bagi para pembaca di luar sana yang mempunyai masalah sindrom ovarium polikistik , semoga artikel ini dapat memberikan pengetahuan yang berguna untuk anda berkaitan makanan yang dilarang untuk pcos!
Dengan mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan mengelak daripada pengambilan makanan yang dilarang untuk pcos, masalah ini pasti dapat dikurangkan.
[embed-health-tool-ovulation]