backup og meta

Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

Makan Ayam Boleh Jadi Punca Tumbuh Fibroid Rahim Wanita, Benarkah?

Ketumbuhan fibroid rahim boleh terbentuk atas pelbagai sebab yang berbeza. Namun, sesetengah kajian mengatakan makan ayam juga boleh menjadi antara puncanya.

Sejauh manakah kebenaran kenyataan ini?

Teruskan pembacaan anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu fibroid?

Fibroid adalah pertumbuhan atau tumor tidak normal yang berkembang di dalam atau pada rahim wanita.

Kadangkala tumor boleh menjadi agak besar dan menyebabkan rasa sakit yang teruk pada perut dan darah haid yang banyak.

Pun begitu, fibroid sama sekali tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala. Ketumbuhan ini biasanya jinak dan tidak bersifat kanser, malahan punca fibroid masih belum diketahui.

ketumbuhan fibroid

Fibroid juga dikenali dengan nama-nama berikut:

  • Leiomyoma
  • Myoma
  • Mioma rahim
  • Fibromas

Apakah simptom-simptom ketumbuhan fibroid

Simptom fibroid rahim boleh terbentuk secara perlahan selama beberapa tahun atau secara pantas dalam beberapa bulan.

Antara simptom paling biasa bagi fibroid termasuklah:

  • Pendarahan menstrual yang terlalu banyak
  • Tempoh menstruasi berpanjangan melebihi seminggu
  • Tekanan atau kesakitan pada pelvik
  • Kencing dengan kerap
  • Kesukaran mengosongkan pundi kencing
  • Sembelit
  • Sakit belakang atau sakit kaki

Selain itu, fibroid uterus boleh mengakibatkan ketidakselesaan dan boleh membawa kepada komplikasi seperti anemia akibat kehilangan darah yang terlalu banyak.

Fibroid boleh juga meningkatkan risiko untuk beberapa jenis komplikasi kehamilan seperti uri tercabut, gangguan tumbesaran fetus, dan kelahiran pramatang.

ketumbuhan fibroid

Punca-punca ketumbuhan fibroid rahim

Sehingga saat ini, doktor tidak mengetahui penyebab sebenar fibroid, tetapi melalui penyelidikan dan pengalaman klinikal, faktor-faktor ini boleh menyumbang:

  • Perubahan genetik

Kebanyakan fibroid mempunyai perubahan pada gen yang berbeza dengan sel otot rahim yang normal.

Selain itu, sekiranya ibu atau saudara perempuan anda mempunyai masalah ini, anda turut berisiko untuk menghidapnya.

  • Hormon, punca ketumbuhan fibroid

Estrogen dan progesteron, 2 hormon yang merangsang kejadian lapisan rahim pada setiap kitaran haid sebagai persiapan untuk kehamilan, ternyata mendorong pertumbuhan fibroid.

Di samping itu, fibroid mengandungi lebih banyak reseptor estrogen dan progesteron berbanding sel otot rahim yang normal.

Namun, ia cenderung untuk mengecut selepas fasa menopaus kerana penurunan tahap pengeluaran hormon.

  • Faktor pertumbuhan lain

Seseorang wanita yang didatangi haid pada usia awal turut berisiko untuk memperoleh fibroid rahim.

Tambahan lagi, kekurangan vitamin D, mengamalkan diet tinggi daging merah dan rendah sayur-sayuran dan buah-buahan, termasuk meminum alkohol, mampu meningkatkan risiko terkena fibroid.

Baca juga:

  • Extracellular matrix (ECM)

ECM adalah elemen yang membuat sel melekat bersama, serta ia meningkat dalam fibroid dan menjadikannya berserat.

Bukan itu sahaja, ECM juga berisiko menjadi faktor pertumbuhan dan menyebabkan perubahan biologi terhadap sel.

Para doktor percaya bahawa fibroid rahim berkembang dari sel induk pada tisu otot rahim halus (myometrium).

Corak pertumbuhan fibroid rahim berbeza-beza, mereka mungkin tumbuh dengan perlahan atau cepat, atau ukurannya kekal sama.

Sebilangan fibroid pula mengalami pertambahan saiz pertumbuhan, dan ada juga yang mengecut dengan sendiri.

Bagi kehamilan pula, kebanyakan kes fibroid mampu mengecut atau hilang setelah bersalin.

Mengapa makan ayam dikatakan punca fibroid?

Berbalik kepada persoalan utama artikel, benarkah makan ayam boleh menjadi punca fibroid?

Ayam atau semua ternakan yang diberi suntikan hormon boleh meningkatkan tahap hormon estrogen di dalam badan.

Disebabkan itu, tidak mustahil estrogen yang berlebihan boleh menjadi punca fibroid rahim yang akan tumbuh lebih besar dari masa ke masa.

Lebih-lebih lagi, sel lemak dalam ayam yang mengandungi tahap estrogen yang tinggi, lalu menjadikan tubuh sukar untuk memecah dan memproses hormon berlebihan.

Untuk mengelak sebarang risiko, pastikan anda mengamalkan makanan yang diproses secara organik.

Untuk ayam yang telah diproses pula, elakkan membeli ayam beku yang telah disimpan selama beberapa hari.

Begitu juga dengan semua produk ternakan seperti telur. Telur daripada ayam yang organik adalah lebih baik berbanding ayam disuntik kimia.

ketumbuhan fibroid

Makanan-makanan lain yang mampu cetuskan ketumbuhan fibroid

1. Makanan masin

Hadkan jumlah makanan yang masin atau mempunyai kandungan garam yang tinggi dalam diet anda kerana akan menyukarkan hati untuk mencerna.

Ini kerana, hati adalah organ yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan sebarang toksin dan menyeimbangkan hormon badan.

Elakkan makanan diproses seperti sup di dalam tin, kacang panggang, kerepek masin, jeruk, dan makanan kering lain yang mengandungi jumlah sodium tinggi.

2. Makanan daripada produk tenusu

Wanita yang sebelum ini dikesan mempunyai ketumbuhan fibroid, dinasihatkan untuk mengehadkan pengambilan produk tenusu seperti krim dan mentega.

Produk ini juga dikatakan sering mengandungi hormon tambahan yang boleh mencetuskan pertumbuhan tumor anda.

3. Makanan yang mengandungi karbohidrat mudah/halus, punca ketumbuhan fibroid

Menurut pakar, makanan yang mengandung karbohidrat halus mampu mengubah metabolisme estrogen lalu menyebabkan fibroid tumbuh dengan lebih besar.

Contoh makanan karbohidrat halus termasuk:

  • Pasta
  • Roti putih
  • Nasi putih
  • Pastri
  • Tepung putih
  • Gula tambahan
  • Pencuci mulut yang manis

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Uterine fibroids. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/uterine-fibroids/symptoms-causes/syc-20354288, Accessed on Oct 14, 2021
  2. Fibroids. https://www.health.harvard.edu/a_to_z/fibroids-a-to-z, Accessed on Oct 14, 2021
  3. The Best Food for Fibroids. https://nutritionfacts.org/video/the-best-food-for-fibroids/, Accessed on Oct 14, 2021
  4. Uterine Fibroids. https://nutritionguide.pcrm.org/nutritionguide/view/Nutrition_Guide_for_Clinicians/1342088/all/Uterine_Fibroids,  Accessed on Oct 14, 2021
  5. Uterine Fibroids. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9130-uterine-fibroids, Accessed on Jan 1, 2022

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus

Teruja Nak Lakukan Ujian Kehamilan? Pasangan Baru Berkahwin Ambil Tahu Ini Dulu Sebelum Buat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan