Ingin Cepat Hamil, Lakukan Hubungan Intim Sehari Lepas Isteri Habis Haid, Berkesan Ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Ditulis oleh

Kemas kini Tarikh 17/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Kehamilan adalah suatu impian buat kebanyakan wanita namun tidak semua yang bernasib baik akibat masalah ketidaksuburan diri atau pasangan.

Disebabkan itu, pelbagai ikhtiar dicuba sama ada secara moden atau tradisional dalam usaha untuk mengandung.

Ada satu cara untuk mudah hamil yang sering dimomokkan iaitu buat seks 1 hari selepas tamat haid. Benarkah?

Untuk mengetahui jawapan tepatnya, mari sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi!

Seks dan haid

Seks adalah satu perbuatan atau perlakuan di mana pasangan suami isteri bersetubuh dengan cara memasukkan alat sulit lelaki ke dalam kemaluan wanita.

Tujuannya adalah untuk melepaskan air mani yang mengandungi sperma ke dalam rahim wanita untuk tujuan persenyawaan.

Sekiranya proses persenyawaan ini tidak berlaku, maka ovum akan dilepaskan daripada tubuh badan wanita semasa tempoh haid.

Bagaimana pula jika seks itu dilakukan semasa haid?

Seks ketika haid

Seperti mana yang kebanyakan kita sudah tahu, individu beragama Islam adalah dilarang untuk melakukan hubungan seks (penetrasi zakar ke dalam faraj) semasa sedang haid.

Ini disebabkan oleh darah haid itu adalah kotor dan termasuk dalam kategori najis pertengahan (mutawasitah), serta akan mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap pelaku.

cara melayan suami ketika haid

Namun ini bukan bermakna yang anda dan pasangan langsung tidak boleh bermesraan di kamar tidur.

Kalian berdua mungkin boleh cuba untuk memuaskan nafsu syahwat dengan aktiviti ‘ringan-ringan’.

Pun begitu, masih ada individu yang melakukan seks ketika haid kerana beranggapan bahawa ia adalah waktu yang sesuai kerana ia tidak akan menyebabkan kehamilan.

Adakah pemikiran sebegini betul atau salah?

Bersenggama semasa haid boleh hamil?

Ramai pasangan yang belum bersedia untuk mengandung bersetubuh ketika sedang haid kerana percaya ia tidak akan menyebabkan kehamilan.

Hakikatnya, persetubuhan yang dilakukan sewaktu si isteri sedang datang bulan tetap membolehkan kehamilan yang tidak dirancang.

Ini kerana peratusan untuk anda hamil dikatakan adalah sangat rendah sewaktu haid namun ia bukannya 0%.

Dalam erti kata yang lebih mudah, masih wujud kemungkinan untuk kehamilan itu berlaku walaupun jarang.

Jadi, pemikiran tersebut adalah tidak tepat sama sekali dan seks ketika haid harus dielak kerana terdapat pelbagai risiko yang mungkin boleh berlaku!

Apa risiko bersetubuh ketika datang haid?

Berasmaradana bersama pasangan ketika tempoh ini tentu sekali adalah kotor dan jijik ekoran darah yang mengalir keluar daripada faraj.

Cuba kalian bayangkan alat sulit, cadar dan tilam yang dipenuhi dengan darah haid semasa atau seusai sahaja bercanda dengan pasangan.

haid tidak teratur

Selain itu, kita sangat tidak digalakkan untuk bermesraan atau berintiman semasa sedang haid kerana ia boleh menyebarkan penyakit.

Penyakit yang dikatakan ini tentu sahaja terdiri daripada pelbagai jenis penyakit jangkitan kelamin (STD) seperti:

  • Sifilis
  • Herpes
  • Gonorrhoea
  • Chlamydia
  • Trichomoniasis
  • Human immunodeficiency virus (HIV)
  • Human papillomavirus (HPV)

Jadi lakukanlah seks selepas isteri tamat tempoh datang haid ya?

Bolehkah hamil selepas haid tamat 1 hari?

Baiklah, kita semua sudah tahu bahawa seks ketika haid bukanlah idea yang baik kerana ia tentu sekali adalah satu perbuatan yang jijik dan kotor.

Selain itu, ia juga mungkin tidak akan mencegah kehamilan tidak dirancang seperti yang dimomokkan serta boleh menyebarkan penyakit.

Maka, berasmaradana selepas isteri tamat tempoh datang haid adalah idea yang paling ideal!

Berbalik semula kepada persoalan utama artikel ini iaitu bolehkah hamil selepas haid tamat 1 hari?

Jawapan mudahnya adalah ya kerana wanita boleh hamil pada bila-bila masa sahaja tidak kira sebelum, semasa atau selepas tempoh haid.

Namun peratusannya mungkin tidak begitu tinggi kerana kebanyakan wanita normal akan subur pada hari ke-12 hingga ke-14 selepas datang bulan.

Ini kerana pada ketika inilah proses ovulasi akan berlaku dengan baik dan pesat, sekali gus meningkatkan peluang untuk anda mengandung.

Haid datang lewat

Jadi, sila rancang ‘timing’ untuk kalian berdua bercanda di kamar tidur dengan baik ya?

Rancang kehamilan dengan baik

Ada sesetengah pasangan yang mendambakan kehamilan manakala segelintir pasangan lagi mengelakkan ia daripada berlaku akibat sebab tertentu.

Sama ada anda mahu atau tidak, keputusan terletak di tangan kalian berdua dan ia sangat memerlukan komunikasi yang baik bersama pasangan.

Namun jika anda ingin hamil, seks selepas haid tamat 1 hari bukanlah idea yang bagus kerana ia bukan waktu di mana isteri sedang subur.

Sebaiknya, anda cuba untuk tunggu sehingga hari ke-12 hingga ke-14 selepas isteri tamat haid kerana ia adalah waktu di mana ovulasi sedang berlaku.

Sekiranya tidak mahu pasangan mengandung kerana belum bersedia pula, seks semasa haid juga bukan jawapan yang paling tepat.

Ini kerana ketahuilah bahawa kehamilan itu boleh berlaku tanpa dirancang meskipun peratusannya adalah berbeza mengikut tahap kesuburan individu.

Konklusinya, sila rancang kehamilan dengan baik!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

1
Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Hamil, Jangan Ambil Mudah Jika Ada Jangkitan Kulat Pada Faraj! BAHAYA Kepada Bayi

Jangkitan kulat pada faraj yang berlaku kepada wanita hamil, adakah berisiko mendatangkan bahaya kepada bayi? Ini penjelasan yang bakal ibu perlu fahami.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Kehamilan, Penjagaan Ibu hamil 24/11/2020 . 3 minit bacaan

Jangan Mandi Semasa Datang Bulan Sebab Boleh Mandul, Usah Tertipu Dengan Mitos Haid Ini!

Pelbagai mitos haid berlegaran dalam kalangan masyarakat yang membuat para wanita khuatir. Benar atau tidak? Ini fakta menstruasi yang perlu anda tahu.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Wanita Alergik Sperma Lelaki, Boleh Hamil? Ia Bergantung Kepada Aspek Ini…

Ada kepercayaan yang kata bahawa alahan sperma boleh sukarkan wanita hamil! Adakah ia tepat atau tidak? Jom klik untuk tahu jawapannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 23/11/2020 . 3 minit bacaan

Bersenam Boleh Kurangkan Sakit Senggugut- Fakta @ Auta? Ini Jawapan Kajian!

Sakit senggugut menyerang kembali! Ia merupakan antara kesakitan disebabkan haid yang paling menjengkelkan bagi para wanita setiap bulan!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 20/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

fibroid ketika hamil

Ibu Hamil Ada Fibroid? Ini Rawatan Yang Akan Dilakukan, Bagi Elak Keguguran!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 27/11/2020 . 3 minit bacaan
darah haid berketul

Darah Haid Berketul Sebesar Ibu Jari? Ada Yang Normal & Ada Juga Disebabkan Masalah Wanita

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 26/11/2020 . 3 minit bacaan
kerap kencing

Sering Buang Air Kecil Bukan Hanya Sebab Pundi Kencing Aktif, Ada 6 Lagi Punca Lain!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
seks dan teknologi

Kehidupan Seks Terjejas Dengan Adanya Teknologi? Apa Kesannya Pada Hubungan Intim?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 24/11/2020 . 3 minit bacaan