backup og meta

'Timing' Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur

'Timing' Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur

Memiliki cahaya mata adalah impian bagi setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, tapi, realitinya bukan semudah itu. Di sinilah pengetahuan berkenaan waktu subur wanita sebelum atau selepas haid memainkan peranan!

Ikuti perbincangan artikel ini untuk memahami waktu subur selepas haid dengan lebih lanjut. Jom baca!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.

Fakta mengenai timing!

Ovulasi berlaku apabila telur matang dilepaskan dari ovari dan kemudian telur akan bergerak ke dalam tiub fallopio.

Sekiranya sperma berada di dalam tiub fallopio ketika telur dilepaskan, akan wujud kemungkinan besar telur tersebut untuk disenyawakan, menjadi embrio, yang kemudiannya membentuk janin.

Jadi, anda perlu tahu bilakah waktu subur wanita sebelum atau selepas haid.

Kehamilan secara teknikalnya mungkin hanya terjadi  jika anda melakukan hubungan seks selama 5 hari sebelum ovulasi atau pada hari ovulasi.

Tetapi, hari yang paling subur adalah 3 hari menjelang ovulasi dan hari subur itu sendiri.

Maka, bersenggama pada tempoh ini, iaitu waktu subur wanita sebelum atau selepas haid, memberi kalian peluang terbaik untuk hamil.

tanda wanita subur dan tidak subur
Tanda wanita subur.

Seterusnya, 12 ke 24 jam selepas ovulasi, seorang wanita tidak lagi dapat hamil kerana telurnya tidak lagi berada di dalam saluran fallopian.

Peluang untuk hamil akan terjejas jika anda melakukan hubungan seks sebelum atau selepas waktu subur wanita, yang biasanya berlangsung sekitar 6 hari setiap bulan.

Ini kerana, telur biasanya akan mati dalam masa 12 hingga 24 jam jika tidak disenyawakan oleh sperma.

Sebilangan besar wanita mengalami ovulasi sekitar 12 hingga 14 hari selepas hari haid pertama.

Tetapi, ada juga wanita yang mengalami kitaran lebih pendek secara semula jadi.

Golongan ini mungkin berovulasi secepat 6 hari setelah hari pertama haid terakhir mereka.

Cara menghitung waktu subur wanita sebelum atau selepas haid

  • Kebiasaannya, kitaran haid yang normal memakan masa sekitar 28 ke 30 hari dan hari mula anda datang bulan dikira sebagai hari pertama
  • Waktu subur wanita bagi kitaran haid 28 hari yang normal jatuh pada hari ke-13 hingga ke-15 dari hari pertama haid
  • Kalau anda datang bulan pada 1 Januari, maka waktu subur adalah pada tanggal 13 sehingga 15 Januari

Maka, untuk pasangan yang sedang berusaha mendapatkan zuriat, gunakan jangka waktu subur ini untuk melakukan hubungan seks dengan lebih kerap!

Buat mereka yang sedang family planning dan ingin menangguhkan kehadiran anak pula, elakkan daripada bersama pada tempoh tersebut.

Sekiranya anda cuba untuk hamil…

[embed-health-tool-ovulation]

Jika anda berhasrat untuk mengandung, mengenal pasti tempoh ovulasi atau waktu subur wanita sebelum atau selepas haid menjadi langkah pertama yang penting.

Terdapat beberapa cara yang boleh kalian cuba untuk memahami corak ovulasi atau waktu subur wanita sebelum atau selepas haid anda:

  • Kit ramalan ovulasi di rumah: Ujian ini berfungsi dengan mengesan LH (hormon luteinizing), yang ‘melonjak’ 1 ke 2 hari sebelum ovulasi berlaku. Oleh itu, alat ini dapat bantu memaklumkan anda apabila waktu subur menghampiri, tetapi ia tidak dapat mengesan ovulasi saat ia berlaku
  • Kit ujian progesteron: Sesetengah wanita yang mengalami haid yang tidak teratur, seperti masalah PCOS, mendapati dengan menggunakan kit yang mengesan progesteron (hormon yang dikeluarkan tepat selepas ovulasi) adalah sangat berguna untuk digunakan di samping kit ovulasi yang standard. Apabila dapat tahu badan menghasilkan progesteron atau tidak, ia akan membantu kalian mengetahui sama ada anda mengalami ovulasi ataupun sebaliknya
  • Aplikasi kesuburan: Aplikasi ovulation-tracking dapat membantu wanita dengan kitaran haid normal dengan memaklumkan jangkaan ovulasi yang bakal menjelang tiba. Ya, aplikasi ini mungkin membantu pengiraan waktu subur anda namun jangan terlalu bergantung pula. Ini kerana, data yang digunakan biasanya tidak berfungsi secara khusus kepada individu. Walhal, kitaran haid dan waktu subur kaum Hawa adalah berbeza-beza
  • Tracking basal body temperature (BBT): Penggunaan kaedah ini sebagai ‘pencegah kehamilan’ telah mengakibatkan kelahiran banyak bayi. Tetapi, jika anda ingin hamil, ia mungkin berkesan dalam memberikan clue tempoh ovulasi setiap bulan. Untuk mengesan BBT, anda memerlukan termometer BBT, yang direka khusus bagi tujuan ini. Ambil suhu setiap pagi apabila bangun tidur, sebelum anda bergerak walaupun satu inci. Rekod suhu anda pada waktu yang sama, setiap hari. Jika berlaku kenaikan suhu sekitar 0.4°F selama 3 hari berturut-turut, anda mungkin sedang mengalami ovulasi

Kesimpulan

Jika anda dan pasangan tercinta berhasrat untuk mendapatkan anak, wajib untuk kalian faham serta manfaatkan waktu subur selepas haid isteri dengan sebaik mungkin.

Sekiranya mempunyai sebarang kebimbangan atau persoalan tentang pengiraan waktu subur, rujuklah doktor atau pakar sakit puan untuk mendapatkan bantuan. Semoga bermanfaat!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Your Fertility right time for sex. https://www.yourfertility.org.au/everyone/timing. Accessed May 12, 2022.
  2. Ovulation calculator. https://www.tommys.org/pregnancy-information/calculators-tools-resources/ovulation-calculator. Accessed May 12, 2022.
  3. Evaluating Infertility. https://www.acog.org/Patients/FAQs/Evaluating-Infertility. Accessed May 12, 2022.
  4. Fertility Awareness. https://www.plannedparenthood.org/learn/birth-control/fertility-awareness. Accessed May 12, 2022.
  5. Fertility Awareness-Based Methods of Family Planning. https://www.acog.org/Patients/FAQs/Fertility-Awareness-Based-Methods-of-Family-planning. Accessed May 12, 2022.

Versi Terbaru

14/10/2024

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Siti Fatihah


Artikel Berkaitan

Kitaran Haid Tidak Teratur, Kejap Ada Kejap Tiada, Ubat Apa Yang Perlu Diambil?

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 14/10/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan