Bagi wanita beragama Islam yang ingin menunaikan haji atau umrah, pastinya berharap dapat menghentikan pendarahan haid buat seketika, agar ibadah mereka nanti tidak terganggu. Tetapi ada ke ubat stop period ya?
Bagi wanita beragama Islam yang ingin menunaikan haji atau umrah, pastinya berharap dapat menghentikan pendarahan haid buat seketika, agar ibadah mereka nanti tidak terganggu. Tetapi ada ke ubat stop period ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Terdapat pelbagai sebab mengapa seseorang itu ingin menangguhkan atau menghentikan haid mereka untuk seketika bagi mengelakkan pendarahan pada masa yang tidak sesuai seperti untuk acara penting atau percutian.
Berikut antara beberapa pilihan kaedah menghentikan pendarahan haid yang boleh dicuba:
Bagi mereka yang tidak mengambil pil kontraseptif gabungan, doktor mungkin boleh menetapkan norethindrone. Ia adalah sejenis progesteron yang berfungsi sebagai ubat untuk hentikan period sementara. Ubat ini juga dikenali sebagai norethisteron.
Biasanya doktor akan memberikan preskripsi 3 tablet norethindrone setiap hari. Pengambilan ubat ini harus diambil dalam masa 3-4 hari sebelum tarikh jangkaan haid bermula. Haid biasanya akan kembali seperti biasa selepas 2-3 hari menghentikan pengambilan ubat.

Penting untuk difahami, walaupun norethindrone merupakan kontraseptif oral, ia tidak berfungsi sebagai kontraseptif apabila diambil dengan cara ini. Penggunaan kaedah kontraseptif lain seperti kondom amat digalakkan.
Tahap keberkesanan ubat ini adalah berbeza-beza bagi setiap individu.
Dalam kajian yang dijalankan pada 2019, norethindrone dianggap lebih berkesan berbanding gabungan kontraseptif oral lain dalam mencegah pendarahan haid.
Buat mereka yang mengambil pil perancang oral gabungan, anda boleh meneruskan pengambilan ubat ini secara terus-menerus untuk melambatkan atau menangguhkan haid.
Namun elakkan daripada melakukannya lebih daripada sekali tanpa henti melainkan atas arahan doktor.
Kaedah ini tidak akan berkesan jika anda hanya mengambil pil kontraseptif progestogen sahaja.
Cara melakukan kaedah ini adalah bergantung kepada jenis pil yang diambil, sebagai contoh:
Untuk kitaran haid biasa, seseorang akan mengambil pil gabungan selama 21 hari dan 7 hari tanpa sebarang pil.
Untuk menangguhkan haid buat sementara, anda perlu melangkau tempoh rehat 7 hari dan mula mengambil pek ubat baharu dengan segera.
Biasanya, 21 pil pertama adalah pil aktif, dan tujuh pil berikutnya tidak aktif. Untuk melambatkan haid, seseorang boleh mengelak daripada mengambil pil yang tidak aktif dan terus mengambil pil aktif.
Dalam kes ini, campuran hormon boleh berbeza dalam setiap pil. Anda harus berbincang dengan doktor atau ahli farmasi tentang cara menangguhkan haid dengan selamat.
Tampalan kontraseptif membebaskan hormon melalui kulit.
Dalam kaedah biasa, tampalan ini akan ditampal pada kulit selama 3 minggu dan minggu ke-4 akan menjadi tempoh bebas hormon (tanpa tampalan), sekali gus pendarahan haid akan berlaku.

Untuk menangguhkan haid dengan kaedah tampalan ini, anda boleh melangkau minggu tanpa hormon dan terus menggunakan tampalan baharu pada minggu ke-4.
Cara ini biasanya selamat untuk dilakukan bagi jangka masa lebih lama. Namun, dapatkan rundingan doktor terlebih dahulu sebelum melakukannya.
Risiko menghentikan haid adalah minimum. Ia tidak menyebabkan kesan bahaya fisiologi, malah mempunyai kelebihan jangka pendek dan panjang.
Walau bagaimanapun, sebarang potensi risiko dan kesan samping biasanya berpunca daripada kaedah yang digunakan seseorang untuk menghentikan haid.
Sebagai contoh, penggunaan ubat stop period norethindrone mungkin tidak sesuai untuk wanita yang mempunyai sejarah mengalami pembekuan darah.
Bergantung kepada kaedah yang digunakan, antara kesan sampingan yang boleh berlaku adalah seperti:
Anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor jika mengalami mana-mana simptom berikut apabila menggunakan kawalan kelahiran hormon:
Terdapat banyak cara boleh dicuba untuk menghentikan haid buat sementara. Namun tiada kaedah yang dapat dijamin keberkesanannya.
Sebaiknya, sebelum mengambil sebarang ubat stop period, berundinglah dengan doktor bagi menentukan kaedah yang sesuai dengan diri.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor