Umumnya, sudah tahu wanita haid dilarang berpuasa dan solat sama sekali kerana ia dikenali darah kotor dan najis.
Bagi Muslim, apa yang dinyatakan dalam al-Quran tidak dapat disangkal lagi.
Namun disebalik larangan itu, dari segi perubatan terdapat beberapa alasan mengapa wanita sedang haid tidak boleh berpuasa. Sila baca artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Sebab-sebab wanita haid tidak boleh berpuasa
1. Mengeluarkan darah yang banyak
Ketika haid, wanita akan mengeluarkan darah yang sangat banyak. Darah ini berasal daripada peluruhan dinding rahim yang menebal sebelum ini.
Pendarahan ini biasanya sangat banyak pada hari pertama dan beransur-ansur berkurangan hingga habis.
Darah yang banyak keluar daripada tubuh wanita menyebabkan anda menjadi lemah dan lesu.
Sesetengah wanita juga mengalami anemia dan penurunan tekanan darah.
Sekiranya wanita dalam keadaan ini meneruskan puasa, keadaan fizikalnya tidak mampu menanganinya.
2. Sering sakit di kawasan perut
Sebelum haid wanita akan mengalami kekejangan di perut. Rasa sakit ini disebabkan perluruhan dinding rahim. Sesetengah wanita mengalami rasa sakit sehingga menyebabkan lemah dan pengsan.
Keadaan ini biasanya berterusan selama seminggu tempoh haid. Kesakitan yang dialami ini biasanya di bahagian bawah abdomen.
Kawasan ini seperti ditusuk-tusuk sehingga tidak selesa untuk bergerak.
3. Mengalami migrain
Menurut penyelidikan yang dilaporkan di halaman Health, wanita akan mengalami migrain yang teruk. Keadaan ini dialami oleh kira-kira 70% wanita pelbagai usia.
Sekiranya wanita berpuasa dan mengalami dehidrasi, sakit kepala akan menjadi lebih teruk.
Oleh itu, mereka memerlukan ubat tahan sakit untuk melegakannya.
4. Mendapat penyakit
Ketika haid keadaan tubuh wanita akan lemah. Daya tahan akan menurun dah mudah mendapat penyakit.
Wanita akan mudah diserang penyakit seperti flu dan jangkita sekitar vagina.
Wanita sangat terdedah kepada jangkitan yis yang menyebabkan kegatalan.
5. Sakit di mana-mana
Semasa haid, wanita akan mengalami penurunan hormon estrogen.
Keadaan ini menyebabkan wanita lebih sensitif dengan rasa sakit hingga kerap letih, sakit di bahagian punggung dan gangguan yang menyebabkan rasa sakit.
Wanita yang tidak tahan dengan keadaan ini biasanya disarankan untuk berjumpa doktor segera bagi mendapatkan ubat tahan sakit.
[embed-health-tool-ovulation]