Period anda selalu normal namun mengapa kali ini lambat pula? Mesti anda tertanya-tanya apakah sebabnya, kan? Kelewatan period merupakan suatu hal yang sangat mendebarkan buat para wanita yang berkahwin dan sudah lama menanti cahaya mata. Pasti anda ingin tahu, period lambat berapa lama boleh mengandung bukan?
Baca artikel ini sehingga habis untuk menjawab persoalan anda mengenai mengapa period lambat berapa lama boleh mengandung.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.
Period paling lewat berapa hari?
Sebenarnya tempoh kitaran period bagi setiap wanita adalah berbeza. Kebiasaannya wanita akan mengalami kitaran period yang normal antara 24 hari hingga ke 38 hari.
Sekiranya kitaran haid anda selama ini teratur, kelewatan period lebih daripada 7 hari dari ramalan anda boleh dianggap sebagai kelewatan haid.
Kitaran period yang tidak teratur ini juga tidak boleh dipandang remeh kerana ia juga boleh mempengaruhi tahap kesuburan dan kesihatan wanita.
Period lewat seminggu tapi tak mengandung?
Wanita yang berkahwin pasti teruja apabila mengalami tanda hamil seperti datang period lambat. Walau bagaimanapun, tidak semestinya kelewatan haid memberi makna bahawa anda sedang mengandung. Ini kerana sebenarnya ada banyak lagi punca yang boleh menyebabkan anda tidak datang period.
Berikut merupakan punca kelewatan haid:
Lewat period 5 hari tapi negatif
Hal berkenaan dengan period lambat berapa lama boleh mengandung sememangnya boleh mengganggu emosi wanita terutamanya kepada pasangan yang sudah lama menanti untuk menerima cahaya mata.
Hal ini juga boleh menyebabkan wanita lebih cenderung untuk melakukan ujian kehamilan di rumah berbanding di klinik dengan menggunakan kit ujian kehamilan kerana mereka tertanya kenapa period lambat berapa lama boleh mengandung.

Berikut mungkin merupakan faktor kenapa ujian kehamilan anda negatif:
- Anda mengalami peningkatan hormon estrogen dan progesteron
- Anda melakukan ujian kehamilan terlalu awal dan tidak cukup hGC
- Anda mengalami gejala palsu iaitu pseudocyesis, atau phantom pregnancy
Cara mengatasi kelewatan period
Berikut kami kongsikan beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah kelewatan period.
Senaman yoga dapat membantu untuk menstabilkan hormon anda dan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat kemurungan, stres, dan keresahan. Senaman yoga yang dilakukan sekurang-kurangnya lima kali dalam seminggu dapat membantu anda untuk mengawal tekanan emosi.
#2. Menjaga diet dan berat badan

Berat badan juga sebenarnya boleh mempengaruhi kitaran period anda. Anda perlu menjaga diet dan berat badan anda dengan mengamalkan diet yang seimbang dan pemakanan yang sihat. Sayuran hijau, buah-buahan, kekacang dan makanan laut adalah pilihan yang terbaik untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
#3. Dapatkan tidur yang mencukupi
Badan kita sebenarnya memerlukan tidur dan rehat yang secukupnya. Sekiranya anda sering tidur lewat, secara tidak langsung ia juga akan menyebabkan hormon dan emosi anda tidak stabil dan melambatkan juga kitaran haid anda. Cuba untuk dapatkan tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.
#4. Banyakkan minum air putih
Anda boleh cuba untuk minum air putih 2 liter dalam sehari kerana air putih dapat membantu sistem metabolisma anda sekali gus dapat membantu untuk melancarkan period anda.
#5. Pengambilan cuka epal
Untuk pengetahuan anda, cuka epal mengandungi banyak khasiat untuk badan terutamanya bagi golongan wanita sekiranya diambil secara berterusan. Namun, cara pengambilannya haruslah mengikut saranan yang telah ditetapkan iaitu satu sudu teh pada setiap hari.
Cuka epal juga dapat mengurangkan kekejangan otot yang juga menyebabkan senggugut.
Jadi, persoalan mengenai period lambat berapa lama boleh mengandung anda sudahpun terjawab. Period yang normal adalah tanda aras kesihatan seseorang wanita. Jika anda kerap mengalami kelewatan haid, anda dinasihatkan untuk segera berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai.