Setiap Kali Period Mesti MC? Normal Ke Kalau Sakit Senggugut Teruk?

Setiap bulan wanita akan didatangi haid. Tetapi bagi sesetengah wanita, mereka alami senggugut teruk setiap bulan dan kadang-kala menyebabkan mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Ramai wanita menganggap ini normal dan hanya perlu ditahan, sedangkan sebenarnya, rasa senggugut yang berlebihan ini perlu dirawat dan dicegah!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.
Apa beza rasa senggugut biasa dan senggugut teruk?
Senggugut ringan hingga sederhana adalah perkara biasa semasa haid. Hal ini disebabkan oleh pengecutan rahim untuk meluruhkan lapisan endometrium. Lebih 60% wanita mengalami senggugut ringan semasa haid.
Sakit period pain biasanya bermula satu atau dua hari sebelum anda mendapat haid atau apabila pendarahan sebenarnya bermula. Anda mungkin merasa sakit dari ringan hingga teruk di bahagian bawah perut, belakang atau paha anda.
Dan ia biasanya hilang dalam masa dua atau tiga hari.
Kenapa senggugut sakit sangat? Apa tanda-tandanya?
Senggugut yang teruk dipanggil dysmenorrhea. Jika anda mengalami senggugut teruk, anda akan merasakan:
- Sakit berdenyut di bahagian perut anda
- Rasa tekanan di perut
- Sakit di pinggul, bahagian bawah belakang dan bahagian dalam paha
- Alami tanda loya, pening dan sakit kepala
Bila saya perlu berjumpa doktor?
Bagi mengelakkan anda mengalami senggugut teruk yang berpanjangan, anda digalakkan berjumpa dengan doktor jika:
- Sakit tidak berkurang walaupun sudah mengambil ubat tahan sakit
- Kesakitan semakin teruk
- Sakit berlaku sehingga 2 ke 3 hari atau lebih
- Anda mengalami pendarahan yang sangat banyak
- Mengganggu rutin seharian anda
- Sakit turut dirasai di luar tempoh haid, termasuk semasa hubungan intim
5 Cara hilangkan senggugut teruk
1. Makan ubat anti-radang (NSAID)

Untuk elakkan anda alami period pain berlarutan, ambil ibuprofen kerana ia boleh membantu mengurangkan pengeluaran prostaglandin. Ini mampu mengurangkan senggugut yang dialami.
2. Hot pack atau botol air panas
Antara cara mudah dan berkesan untuk melegakan period pain anda, gunakan hot pack pada bahagian perut bawah membantu melegakan otot rahim yang tegang.
Kehangatan yang disalurkan dari alat ini mampu meredakan ketegangan otot. Selain itu, ia membantu memperbaiki aliran darah yang membantu melegakan ketidakselesaan di bahagian intim anda.
3. Senaman ringan
Ketika period pain, anda akan berasa kurang selesa di bahagian pinggang dan perut.
Jika anda mampu untuk lakukan senaman ringan, lakukan aktiviti yoga atau berjalan. Ini mampu mengurangkan kesakitan, kekejangan, keradangan, kembung perut dan tekanan.
4. Pil perancang
Jangan terkejut apabila anda disuruh makan pil perancang untuk mengawal haid anda. Hal ini kerana, ubat ini mengandungi hormon yang mengawal haid, mengurangkan simptom PMS, mengurangkan risiko kanser ovari dan rahim, memperbaiki jerawat dan merawat endometriosis.
5. Pemeriksaan imbasan (ultrasound)
Jika anda sudah melakukan semua perkara di atas tetapi sakit masih tidak berkurangan, anda mungkin perlu lakukan pemeriksaan bagi mengetahui punca-punca lain seperti fibroid atau endometriosis.
Period pain normal ke?
Dari sini, anda perlu tahu bahawa senggugut ringan hingga sederhana adalah sesuatu yang normal bagi setiap wanita.
Adalah tidak normal jika anda alami senggugut teruk yang menyebabkan anda alami pendarahan yang banyak, tidak mampu melakukan kerja dan aktiviti seharian.