brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Sakit Perut Yang Hadir Tanpa Punca, 5 Tip Mudah Untuk Menghilangkannya Di Rumah!

Rasanya, semua orang pernah mengalami masalah sakit perut sekejap datang sekejap hilang bukan? Adakah dengan mengambil ubat sakit perut dapat merawat? Atau ada petua lain boleh cuba?

Sakit Perut Yang Hadir Tanpa Punca, 5 Tip Mudah Untuk Menghilangkannya Di Rumah!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

Apa punca perut anda mula meragam?

Kadangkala, kita sendiri tidak tahu apa punca sebenar di sebalik ketidakselesaan pada perut dan menyangka bahawa masalah ini adalah perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan.

Untuk pengetahuan anda semua, rasa tidak selesa pada perut itu boleh diakibatkan oleh punca yang ringan, sederhana atau berbahaya bergantung kepada punca ia berlaku.

Antara punca paling lazim masalah ini terjadi adalah keracunan, alahan makanan, gastrik, sembelit, ketidakhadaman, pedih ulu hati, batu ginjal, virus perut dan banyak lagi.

ubat sakit perut

Dalam pada itu, turut wujud beberapa faktor risiko yang mungkin boleh menyebabkannya seperti contoh berikut:

  • Pengambilan alkohol berlebihan
  • Pengambilan kafein berlebihan
  • Pengambilan ubat tertentu terutama ubat tahan sakit; aspirin dan ibuprofen
  • Tabiat merokok

Apabila masalah ini berlaku, usaha pertama yang akan dilakukan tentu sahaja dengan mengambil ubat tahan sakit. Ya, cara itu sudah tentu paling sihat, selamat dan berkesan!

Apa boleh buat jika perut meragam?

Pertama dan paling penting, anda kena ambil tahu punca perkara ini terjadi terlebih dahulu. Berjumpa dengan doktor untuk konsultasi dan diagnosis adalah cara paling terbaik.

Kemudian, anda juga boleh dapatkan ubat sakit perut bergantung kepada preskripsi doktor di klinik atau farmasi. Jika kurang pasti, elakkan daripada ambil ubat yang sembarangan.

Pun begitu, ada beberapa tip alternatif kepada ubat sakit perut jika masalah ini berlaku di kategori ringan di rumah:

#1. Pastikan anda cukup minum air masak

ubat sakit perut

Cecair terutama air kosong atau air putih disarankan oleh doktor untuk kita semua minum sekitar 8 gelas sehari.

Selain mengelakkan dehidrasi yang boleh menjejaskan sistem penghadaman, air masak juga akan membantu mencerna segala jenis kandungan dalam usus serta menyerap nutrien daripada makanan dan minuman dengan lebih baik.

Kesannya, pengambilan air masak yang optimum boleh membantu mengurangkan masalah ketidakselesaan pada perut.

#2. Minum minuman yang menyegarkan

Antara minuman yang boleh menjadi pengganti ubat sakit perut adalah teh. Eh, bukankah ia akan membawa angin?

Sebenarnya, teh yang telah dicampur dengan bahan dapur seperti halia atau pudina itu bagus kerana ia memiliki sifat penyejuk atau kesan mentol yang boleh menyegarkan perut anda.

Dalam pada itu, ia akan membantu melegakan rasa senak, kejang atau tidak selesa pada perut gara-gara sebatian kimia gingerol dan shogaol yang tinggi di dalam bahan dapur itu.

#3. Hindar makanan yang merengsakan

Kita semua pernah dengar nasihat agar tidak makan makanan pedas setiap kali mengalami masalah perut bukan?

Ini benar kerana ada beberapa jenis makanan yang boleh merengsakan perut anda. Contohnya adalah makanan pedas, berasid, berlemak, bergaram dan macam-macam jenis makanan lain.

Sebagai alternatif, anda boleh makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk melancarkan penghadaman dan probiotik untuk meneutralkan bakteria di dalam perut.

Alternatif ubat sakit perut #4. Elakkan berbaring

ubat sakit perut

Adalah normal untuk individu memilih untuk berbaring dan berehat sahaja ketika sedang sakit. Apatah lagi yang tidak selesa itu merupakan organ perut yang sangat dititikberatkan.

Apabila kesakitan pada perut menyerang, anda perlu elakkan berbaring selama beberapa jam sehingga ia berkurangan.

Ini merupakan kesan pergerakan asid perut yang bergerak ke belakang dan ke atas lalu mencetuskan ketidakselesaan.

Sebaiknya, anda boleh cuba posisi seperti merangkak atau menonggeng selama beberapa minit sambil bernafas secara mendalam sehingga kesakitan pada perut anda mula menghilang.

#5. Tuam perut dengan pek atau beg pemanas

Jika ubat sakit perut sudah diambil dan macam-macam cara sudah dibuat tanpa kesan, anda boleh cuba cara menuam perut dengan pek atau beg pemanas apabila masalah ini datang.

Atau anda juga mungkin lebih memilih untuk mandi air suam atau panas? Tiada masalah kerana kedua-dua cara ini mampu mengedurkan otot yang tegang lalu melegakan sakit perut.

Jika masalah ini masih berlanjutan dan berterusan, segera jumpa doktor untuk mendapatkan ubatan atau rawatan ya!

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 3 minggu lalu