Kadangkala, kita sendiri mungkin tidak sedar bahawa buah pinggang kita sedang menderita lantas membuat individu merana pada hari mendatang. Jadi, kena tahu simptom sakit buah pinggang!
Kadangkala, kita sendiri mungkin tidak sedar bahawa buah pinggang kita sedang menderita lantas membuat individu merana pada hari mendatang. Jadi, kena tahu simptom sakit buah pinggang!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Urologi, anda juga boleh klik di sini.
Untuk pengetahuan anda semua, organ buah pinggang memainkan peranan paling penting dalam sistem perkumuhan manusia dalam memproses dan membuang sisa kumuhan dari badan.
Organ ini turut berfungsi menapis dan menyingkir segala bahan toksik dan sisa dalam darah. Apabila berlaku masalah pada buah pinggang, maka proses-proses ini sudah tentu akan terjejas.
Masalah yang biasa berlaku kepada organ ini adalah kerosakan dan kegagalan buah pinggang untuk berfungsi.
Sebenarnya, penyakit buah pinggang ini boleh dikategorikan kepada beberapa tahap iaitu ringan, sederhana, teruk dan kronik yang akan ditafsirkan dengan menggunakan nombor 1 hingga 4.
Ia bermula dengan simptom sakit buah pinggang yang sangat kecil. Pada ketika ini, ia masih dapat berfungsi dengan amat baik untuk mengeluarkan segala anasir buruk dari tubuh badan.
Tips: Melakukan ujian air kencing dengan kerap boleh membantu mengesan kondisi ini pada peringkat awal.
Beralih ke tahap ke-2, fungsi buah pinggang anda akan mula berkurang lalu memberi kesan buruk kepada individu.
Dalam kebanyakan kes dan masa, buah pinggang anda masih dapat berfungsi dengan optimum. Namun, paras protein akan mula sedikit meningkat tanpa memicu sebarang impak yang serius.
Tips: Ujian pelepasan kreatinin akan dapat membantu mengesan tahap kesihatan organ buah pingang anda itu.
Beransur ke tahap ke-3, fungsi buah pinggang akan terus berkurang dengan mendadak dan simptom tambah jelas.
Terbahagi kepada 2 tahap iaitu 3a dan 3b, buah pinggang anda akan mula kurang berfungsi dengan baik. Akibatnya, bahan buangan atau sisa kumuhan tidak dapat dibuang dengan sepenuhnya.
Tips: Ujian pemeriksaan darah akan dapat membantu mengesan tahap kerosakan organ buah pinggang anda ini.

Tahap 4 yang juga dikenali sebagai penyakit buah pinggang kronik (CKD), organ ini telah kehilangan sejumlah besar keupayaan untuk menapis, memproses atau membuang bendasing dari tubuh badan.
Persoalannya, apa pula simptom sakit buah pinggang di tahap kronik ini? Adakah ia sudah tidak boleh diselamatkan?
Ketika berada di tahap 4 (atau mungkin 5), organ ini sudah tidak lagi mampu atau gagal untuk menjalankan fungsi utamanya sekali gus menyebabkan wujudnya lebihan toksik di dalam darah.
Kesannya, ia akan menjejaskan segenap aspek tubuh badan. Di bawah simptom sakit buah pinggang di tahap kronik:
Masalah pada saluran dan aliran darah di dalam buah pinggang itu tentu sahaja akan menjejaskan tekanan darah. Ia adalah antara faktor bacaan tekanan darah meningkat dengan mendadak.
Lama-kelamaan, risiko masalah kardiovaskular lain seperti hipertensi dan strok juga akan menjadi lebih tinggi!
Lanjutan di atas, ia juga akan memberi kesan kepada organ jantung. Apa yang lebih menakutkan, peningkatan risiko penyakit organ buah pinggang dan jantung ini boleh berlaku secara sejajar tanpa anda sendiri sedar.
Kadar ketumpatan tulang anda akan mula berkurang lantas membuat tulang anda menjadi rapuh lantas mudah retak atau patah. Akibatnya, risiko kondisi seperti artritis, osteoporosis dan lain-lain juga akan meningkat.

Fungsi buah pinggang yang telah terjejas akan membawa kepada pertambahan bendalir dalam badan angkara retensi natrium. Dalam pada itu, kebocoran protein ke dalam air kencing juga memicu kesan sama.
Akibatnya, bendalir ini akan bergerak menuju ke dalam tisu badan lantas membuat anggota badan membengkak.
Anemia juga akan berlaku kerana buah pingang anda tidak lagi mampu untuk menghasilkan hormon erythropoietin (EPO) yang akan menguatkan tisu-tisu dan organ-organ dalam badan.
Kesan daripada penurunan kadar EPO, sel darah merah anda juga akan menurun lalu memicu masalah anemia ini.
Jadi, anda perlu segera menilai simptom sakit buah pinggang lantas mencari cara menjaga buah pinggang dengan baik tanpa mengira ia masih di tahap 1, 2, 3 atau 4.
Seperti kata pepatah, mencegah itu jauh lebih baik daripada mengubati!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor