backup og meta

5 Petua Mudah Untuk Membantu Mencegah & Melegakan Sakit Kepala Anda!

Kepala pening dan berpusing sememangnya boleh menjejaskan aktiviti harian anda. Malah, kepala berdenyut ini juga boleh menyebabkan anda berasa loya, persekitaran berpusing dan mahu pengsan. Jangan bimbang! Terdapat beberapa cara hilangkan pening kepala berpusing yang akan kami kongsikan khas buat anda di dalam artikel ini.

5 Petua Mudah Untuk Membantu Mencegah & Melegakan Sakit Kepala Anda!

Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahui tip berkesan bagi merawat masalah sakit kepala anda.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Otak dan Saraf, anda boleh klik di sini.

Apa sebenarnya punca pening kepala berpusing?

Sakit kepala adalah keadaan yang sangat biasa dan boleh menyerang setiap individu tanpa mengira peringkat umur dan keadaan sekeliling.

Walaupun ia adalah bentuk kesakitan yang paling biasa, serangan penyakit ini perlu dirawat dengan segera kerana ia boleh menjejaskan rutin harian anda.

Secara umumnya, sakit kepala berpunca daripada isyarat yang berinteraksi antara otak, saluran darah dan saraf di sekeliling anda.

Semasa sakit kepala, pelbagai mekanisme mengaktifkan saraf tertentu menjejaskan otot dan saluran darah. Saraf tersebut menghantar isyarat sakit ke otak anda dan menyebabkan anda sakit kepala.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa punca lain yang boleh mencetuskan kepala anda berpusing seperti yang dinyatakan berikut:

  • Pengambilan makanan tertentu (kafein, alkohol, coklat, keju)
  • Pendedahan kepada alergen
  • Bau yang kuat daripada bahan kimia atau minyak wangi
  • Pendedahan terhadap asap
  • Kemurungan
  • Sakit gigi dan tulang rahang
  • Tekanan darah tinggi
  • Kejang otot
  • Kecederaan kepala dan tengkuk/leher
  • Angin ahmar

Jenis ubat pening kepala berpusing

ubat sakit kepala

Secara amnya, sakit kepala akan hilang dengan sendiri. Walau bagaimanapun, dalam beberapa kes, serangan sakit kepala ini boleh berpanjangan dan menganggu kegiatan harian anda.

Terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang anda boleh dapati di farmasi yang berhampiran bagi melegakan sakit kepala.

Namun begitu, anda perlu mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu mengenai simptom sakit kepala yang anda alami sebelum mengambil sebarang ubat-ubatan.

Anda boleh mengambil ubat sakit kepala seperti paracetemol, acetaminophen, aspirin, capsaicin, ibuprofen atau naproxen.

Pastikan anda tidak mengambil dos yang berlebihan daripada apa yang disyorkan pada label ubat.

Apa pula petua hilangkan sakit kepala berdenyut?

Tahukah anda bahawa anda juga boleh melegakan sakit kepala yang berdenyut tanpa sebarang ubat-ubatan?

Ya, mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian merupakan cara hilangkan pening kepala berpusing yang paling efektif.

Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang dapat memberi impak yang positif terhadap tahap kesihatan seseorang individu.

Berikut merupakan beberapa amalan gaya hidup sihat yang boleh anda lakukan:

Cara hilangkan pening kepala berpusing #1. Makan makanan yang sihat

pemakanan sihat

Elakkan diri anda daripada melangkau waktu makan terutamanya sarapan pagi. Ini kerana sarapan pagi penting untuk membekalkan tenaga yang diperlukan badan anda untuk kekal cergas dan produktif sepanjang hari.

Pastikan juga anda banyak minum air putih sekurang-kurangnya enam gelas pada setiap hari.

Cara hilangkan pening kepala berpusing #2. Banyakkan bersenam

Senaman sebenarnya dapat melepaskan bahan kimia dalam badan anda yang menghalang isyarat sakit ke otak.

Anda boleh bersenam dengan berjalan kaki, berenang atau berbasikal.

Mulakan secara perlahan-lahan dan senaman ringan terlebih dahulu kerana bersenam terlalu kuat dan laju boleh mencetuskan beberapa jenis sakit kepala.

Cara hilangkan pening kepala berpusing #3. Dapatkan tidur yang mencukupi

Tidur malam yang mencukupi dapat membuatkan anda berasa lebih segar dan bertenaga pada esok hari.

Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang berkualiti, anda pasti akan berasa lemau, mengantuk, tidak bermaya dan kemurungan.

Anda dinasihati untuk bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari walaupun pada hujung minggu.

Jika anda tidak tertidur dalam masa 15 minit, lakukan sesuatu yang menenangkan sehingga anda mengantuk.

cara hilangkan pening kepala berpusing

#4. Elakkan pengambilkan kafein yang berlebihan

Walaupun kafein boleh membantu melegakan sakit kepala anda, penggunaan kafein harian yang berlebihan iaitu lebih daripada 400 miligram kafein sehari (kira-kira empat cawan kopi biasa) juga boleh menyebabkan serangan sakit kepala.

Untuk makluman anda, kafein akan menyebabkan salur darah di dalam otak menjadi sempit dan tanpanya salur darah akan menjadi lebar.

Ini akan mengakibatkan darah masuk lebih banyak sekali gus menyebabkan anda pening kepala.

#5. Berhenti merokok

Kandungan nikotin dalam asap rokok boleh mengurangkan aliran darah ke otak, dan mencetuskan tindak balas pada saraf di bahagian belakang tekak. Keadaan ini akan menyebabkan kepala anda berdenyut.

Kesimpulannya, semoga cara hilangkan pening kepala berpusing ini dapat membantu anda. Namun begitu, jangan ambil mudah tentang kondisi anda dan berbincanglah segera dengan doktor anda mengenai simptom yang anda alami bagi mendapatkan rawatan yang terbaik.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sakit Kepala. http://www.myhealth.gov.my/sakit-kepala-2/. Diakses pada November 1, 2023.

Headaches. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9639-headaches. Diakses pada November 1, 2023.

Home Remedies: Relief From Tension-Type Headaches. https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/home-remedies-relief-from-tension-type-headaches/. Diakses pada November 1, 2023.

Migraine Home Remedies. https://americanmigrainefoundation.org/resource-library/migraine-home-remedies/. Diakses pada November 1, 2023.

Headaches. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/headache. Diakses pada November 1, 2023.

Versi Terbaru

22/09/2026

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

10 Masalah Ini Punca Anda Alami Tangan Bergetar, Jangan Ambil Ringan!

Aduh, Kerap Sakit Belakang Kepala Hingga Rasa Tegang, Ini 7 Punca Mengapa Ia Terjadi


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada 7 jam lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan