backup og meta

9 Punca Darah Masih Keluar Sedikit Walaupun Sudah Habis Period

9 Punca Darah Masih Keluar Sedikit Walaupun Sudah Habis Period

“Alamak, kenapa keluar darah sedikit tapi bukan haid?” Bagi wanita yang sedang menghadapi masalah ini, tidak dinafikan, sebarang pendarahan abnormal pasti akan mencetuskan rasa panik. Manakan tidak, pendarahan yang di luar daripada kebiasaan, terutamanya pada bahagian intim wanita pasti akan membuatkan kita rasa takut dan risau.

Tetapi, mengapakah anda yang dilanda masalah ini? Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan 9 sebab mengapa masalah ini berlaku dan bila anda perlu berjumpa doktor.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Mengapa saya sering keluar darah sedikit tapi bukan haid?

Ada banyak punca masalah pendarahan antara haid. Walau bagaimanapun, bukan semuanya serius dan perlu rawatan lanjut.

Masalah ini turut dikenali sebagai metrorrhagia yang bermaksud pendarahan antara haid atau spotting.

Ada banyak punca pendarahan tetapi bukan haid. Antaranya:

1. Kenapa ada spotting darah? Pemakaian kontraseptif hormon

keluar darah sedikit tapi bukan haid
Kaedah kontraseptif untuk lelaki dan perempuan.

Kenapa darah keluar dari faraj?

Kontraseptif hormon merupakan antara punca lazim spotting di antara haid. Adakah spotting dikira haid?

Jika pengambilan pil perancang menyebabkan kitaran haid anda terganggu, ia selalunya hanya akan berlaku pada 3 bulan pertama penggunaan kontraseptif.

Antara jenis kontraseptif yang boleh menyebabkan gangguan ketika haid ialah:

  • Pemakaian IUD.
  • Patch. 
  • Cincin vagina.
  • Pil kontraseptif.
  • Implan kontraseptif.

Jika anda mengalami masalah spotting selama 3 bulan, anda perlu jumpa doktor untuk sesi konsultasi.

Kadangkala, wanita yang terlupa makan pil perancang juga boleh mengalami masalah pendarahan yang sedikit antara haid.

2. Penggunaan pil kontraseptif kecemasan punca keluar darah sedikit tapi bukan haid

Penggunaan pil kontraseptif kecemasan juga boleh menyebabkan pendarahan. Ini termasuklah pengambilan morning after pill atau penggunaan IUD.

3. Pendarahan implantasi

Kenapa ada spotting darah?

Ada juga wanita yang mengalami spotting sejurus selepas hamil. Pendarahan ini juga dikenali sebagai pendarahan implantasi.

Pendarahan ini berlaku apabila ovum melekat pada dinding uterus. Pada masa yang sama, wanita juga akan rasa sakit perut seakan-akan senggugut.

4. Keguguran punca keluar darah sedikit tapi bukan haid

Kadangkala, pendarahan di luar kitaran haid merupakan tanda keguguran. Wanita boleh gugur pada bila-bila masa. Malah, ada juga wanita yang keguguran sebelum sedar akan kehamilan sendiri.

5. Menghidap jangkitan kelamin

keluar darah sedikit tapi bukan haid
Penting untuk mengutamakan keselamatan ketika berhubungan.

Jangkitan kelamin (STI) boleh menyebabkan pendarahan antara dua haid. Sebagai contoh, klamidia boleh menyebabkan pendarahan atau spotting. Malah, mereka yang menghidap penyakit ini juga sering alami pendarahan selepas atau ketika melakukan hubungan seks.

Individu yang melakukan seks tanpa perlindungan sangat berisiko untuk menghidap STI, lebih-lebih lagi jika kerap bertukar pasangan. Oleh sebab itu, pastikan anda sentiasa memakai kondom ketika melakukan hubungan seks.

6. Luka di kawasan kelamin

Kenapa ada spotting darah?

Kadangkala, Miss V wanita boleh tercedera ketika melakukan hubungan seks. Selalunya, ia berlaku disebabkan kurangnya foreplay atau vagina terlalu kering.

Badan wanita akan menghasilkan cecair pelincir untuk mempersiapkan vagina sebelum seks. Walaupun begitu, vagina yang terlalu kering boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Antaranya ialah perubahan hormon disebabkan menopaus, diabetes atau sedang melakukan rawatan kanser.

7. Menopaus atau pramenopaus

Menopaus selalunya berlaku ketika wanita berusia 45-55 tahun. Seorang wanita dikatakan telah mencapai menopaus jika tidak datang haid selama setahun.

Disebabkan perubahan hormon, wanita mungkin akan mengalami masalah kitaran haid yang tidak stabil. Kadangkala, mereka akan alami spotting atau pendarahan yang berat.

8. Menghidap kanser tertentu

keluar darah sedikit tapi bukan haid
Reben dengan warna tertentu melambangkan jenis kanser khusus.

Pendarahan antara haid boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor. Salah satunya ialah kanser. Namun, jarang sekali masalah keluar darah sedikit tapi bukan haid berlaku disebabkan kanser, terutamanya kanser serviks.

Selain itu, kanser serviks juga akan menyebabkan simptom seperti sakit ketika melakukan hubungan seks atau bau vagina yang pelik dan abnormal.

9. Kenapa ada spotting darah? PCOS

Penghidap PCOS selalunya akan menyebabkan period yang tidak teratur. Selain itu, penghidap PCOS juga boleh mengalami masalah kesuburan, peningkatan berat badan dan mempunyai masalah jerawat disebabkan kulit wajah yang berminyak.

Keluar darah sedikit tapi bukan haid, bila saya perlu berjumpa doktor?

Jangan abaikan masalah pendarahan yang luar biasa, terutamanya pendarahan vagina. Jika anda mempunyai simptom lain, anda perlukan rawatan kecemasan.

Antara simptomnya ialah:

  1. Rasa sakit.
  2. Penat dan sering letih.
  3. Pening kepala.
  4. Demam.

Kesimpulan

Jika anda mempunyai masalah pendarahan yang abnormal, jumpa doktor secepat mungkin. Punca pendarahan yang anda alami mungkin serius dan berlaku disebabkan penyakit berbahaya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Bleeding And Spotting From The Vagina During Pregnancy. https://www.marchofdimes.org/complications/bleeding-and-spotting-from-the-vagina-during-pregnancy.aspx. Accessed on July 25, 2022.
  2. Spotting During Pregnancy. https://americanpregnancy.org/healthy-pregnancy/pregnancy-concerns/spotting-during-pregnancy/. Accessed on July 25, 2022.
  3. Vaginal bleeding. https://www.mayoclinic.org/symptoms/vaginal-bleeding/basics/definition/sym-20050756. Accessed on July 25, 2022.
  4. What causes bleeding between periods? https://www.nhs.uk/common-health-questions/womens-health/what-causes-bleeding-between-periods/. Accessed on July 25, 2022.
  5. What Is Spotting and When Is It Normal? https://flo.health/menstrual-cycle/health/symptoms-and-diseases/what-is-spotting. Accessed on July 25, 2022.

Versi Terbaru

15/08/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Perlu Jalani Histerektomi? Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim!

Rasa Nak Muntah Setiap Kali Selepas Bersama Pasangan, Ini Bukan Tanda Hamil?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 15/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan