Hal tersebut menyebabkan endometrium saat menstruasi menjadi lebih sedikit.
2. Polycystic ovary syndrome (PCOS)
Sindrom ovarium polikistik adalah kelainan hormon wanita yang menghasilkan banyak sista-sista kecil di ovari.
Selain dapat menghasilkan hormon lelaki, dikenali sebagai androgen, penyakit ini juga mempengaruhi kitaran haid dan pendarahan anda- ini yang mengakibatkan hipomenorea.
Oleh itu, jika anda mengalami gejala PCOS dan darah haid sedikit, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
3. Tekanan psikologi/ stres
Jika anda mengalami stres yang berpanjangan, hal tersebut akan memberikan kesan terhadap menstruasi anda.
Otak anda mampu mengubah hormon kitaran haid yang boleh menjadikan anda sama ada tidak mengalami haid atau hanya sedikit darah yang keluar.
4. Hormon anda tidak seimbang
Kitaran haid anda diatur sebahagian besarnya oleh dua hormon iaitu estrogen dan progesteron.
Hormon ini akan menurun dan meningkat sepanjang kitaran anda dan sekiranya anda mengalami ketidakseimbangan hormon, logiklah jika kitaran haid anda akan berubah.
Mempunyai hormon testosteron yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan darah haid sedikit.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tahap hormon anda, anda harus meminta doktor untuk melakukan ujian ke atas anda.
5. Anda menghidap hipertiroidisme
Tiroid anda berfungsi dalam mengawal bagaimana sel anda memetabolismekan tenaga, yang mempengaruhi tubuh anda dalam banyak cara.
Sekiranya anda mempunyai hipertiroidisme, itu bermakna kelenjar tiroid anda menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan.
Hal ini akan dapat menyebabkan anda berasa gugup dan cemas, mengalami masalah tidur, atau penurunan berat badan.
Ia juga boleh menyebabkan haid anda lebih sedikit atau kurang daripada biasa.
6. Anda menuju menopause

Sekiranya anda berada dalam lingkungan umur di mana anda mungkin akan mengalami menopaus dan anda sedari bahawa haid semakin sikit, itu mungkin merupakan tanda yang anda sedang mengalami perimenopause.
Haid anda tidak akan berhenti secara tiba-tiba, ia bakal menjadi perlahan mungkin selama beberapa bulan.
Oleh itu, dalam tempoh berkenaan, darah haid sedikit dan ini adalah perkara biasa.
Diet dan gaya hidup untuk wanita haid sedikit
Diet dan gaya hidup seseorang individu memainkan peranan yang sangat penting dalam faktor kualiti kesihatan.
Bagi para wanita yang mempunyai haid sedikit, terdapat senaman dan diet tertentu yang dapat diamalkan.
Bagi diet pemakanan:
Bagi aktiviti senaman:
Aktiviti yang ringan amat disyorkan seperti brisk walking, berkebun, yoga dan sebagainya.
Rumusan
Selalunya, haid sedikit tidak akan memberikan kesan yang serius terhadap kesihatan dan kebanyakan penyebab ini mudah diselesaikan.
Walau bagaimanapun, penting untuk anda mengetahui punca terjadinya masalah ini, supaya anda dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sama ada dengan melakukan rawatan mahupun ubat-ubatan.