backup og meta

'Secondary Dysmenorrhea' Bukan Senggugut Biasa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/09/2022

    'Secondary Dysmenorrhea' Bukan Senggugut Biasa

    Dismenorea adalah satu istilah perubatan yang merujuk kepada senggugut wanita, iaitu kesakitan yang berkaitan dengan haid.

    Ia dibahagikan kepada dua jenis dismenorea, primer dan sekunder.

    Dismenorea primer adalah kesakitan senggugut yang biasanya akan berulang kembali dan tidak disebabkan oleh penyakit atau masalah kesihatan lain.

    Ia adalah satu keadaan yang akan dilalui oleh hampir kesemua wanita yang kedatangan haid. Kesakitan ini biasanya bermula satu atau dua hari sebelum munculnya haid, atau ketika pendarahan haid bermula.

    Dismenorea sekunder pula adalah kesakitan senggugut wanita yang berlaku apabila kekejangan haid disebabkan keadaan yang tidak diketahui atau tidak dapat dilihat. Antaranya ialah penyakit atau gangguan pada organ pembiakan wanita, seperti endometriosis, adenomyosis, fibroid rahim.

    Selain itu, ia juga berpunca daripada jangkitan seperti ketidakstabilan struktur atau alat kawalan kelahiran dalam rahim (intrauterine).

    Kesakitan dismenorea sekunder ini biasanya bermula lebih awal dalam kitaran haid, lebih menyakitkan dan berlangsung lebih lama dari kesakitan senggugut haid yang biasa, iaitu dismenorea primer.

    Apakah punca dismenorea atau senggugut wanita?

    Kesakitan senggugut wanita ini berlaku disebabkan oleh kontraksi iaitu pengetatan dalam otot rahim oleh bahan kimia yang dikenali sebagai prostaglandin.

    Rahim, bahagian di mana janin membesar menjadi bayi, akan mengalami kontraksi sepanjang kitaran haid wanita.

    Semasa pendarahan haid, rahim akan mengalami kontraksi yang lebih kuat.

    Sekiranya kontraksi ini terlalu kuat, ia boleh menekan ke atas saluran darah berhampiran, memotong bekalan oksigen ke tisu otot rahim.

    Kesakitan berlaku apabila bahagian otot secara ringkasnya kehilangan bekalan oksigen.

    Majoriti wanita yang mengalami dismenorea primer tidak mempunyai sebarang faktor risiko yang menyebabkan wujudnya gangguan ini.

    Senggugut wanita: dismenorea primer atau dismenorea sekunder?

    telur wanita

    Salah satu tanda untuk menentukan bahawa kesakitan senggugut yang anda hadapi berkemungkinan besar adalah sekunder  adalah apabila kesakitan yang anda rasai tidak beransur pulih.

    Ia juga tidak sembuh walaupun selepas tiga bulan anda mengambil ubatan seperti ubat menghilangkan kesakitan sebagai kaedah rawatan.

    Tanda alternatif lain adalah apabila anda menyedari bahawa sebelum ini, anda tidak pernah mengalami atau merasai kesakitan seperti yang anda lalui kini.

    Dan, kesakitan itu mula muncul dan berlaku apabila anda mula mencecah usia sekitar 25 tahun.

    Bagaimana dismenorea sekunder menyebabkan senggugut wanita?

    Kesakitan haid yang disebabkan oleh dismenorea sekunder adalah kerana wujudnya penyakit dalam organ pembiakan wanita. Antara keadaan yang boleh menyebabkan dismenorea sekunder adalah:

    Endometriosis

    telur wanita

    Keadaan di mana lapisan tisu rahim (endometrium) dijumpai di luar rahim. Ia merupakan salah satu penyebab utama dismenorea sekunder.

    Seperti dismenorea primer, kesakitan pada bahagian belakang boleh berlaku pada ketika kedatangan haid, tetapi ia juga boleh berlaku di luar tempoh yang tidak berkaitan dengan haid.

    Kesakitan ini amat menyakitkan dan kronik sehingga boleh menyebabkan seseorang individu itu tidak dapat melakukan tugasan harian seperti pergi ke sekolah atau kerja.

    Antara tanda lain simptom ini adalah merasai kesakitan ketika melakukan perhubungan seksual, kesakitan senggugut wanita tidak beransur pulih walaupun selepas mengambil ubatan seperti ibuprofen, malah kesakitan menjadi bertambah serius.

    Penyakit radang pelvik

    Jangkitan yang disebabkan oleh bakteria yang bermula dalam rahim dan boleh merebak ke organ pembiakan yang lain dan akhirnya menjejaskan fungsinya.

    Bakteria ini dipercayai mempunyai keupayaan memasuki faraj ketika perhubungan seksual dan merebak ke rahim serta saluran kelamin.

    Antara simptom penyakit ini adalah apabila faraj mengeluarkan sesuatu yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan, haid tidak teratur, kesakitan pada bahagian perut, mengalami mual dan muntah serta cirit-birit.

    Stenosis serviks

    Mengetatkan pembukaan ke rahim. Ini bermakna laluan melalui serviks, dari faraj ke bahagian utama rahim, menjadi sempit atau berkemungkinan ditutup sepenuhnya.

    Sesetengah individu wanita dilahirkan dengan masalah kesihatan ini, namun, dalam sesetengah kes, stenosis serviks boleh berlaku disebabkan keadaan seperti menopaus.

    Bagi individu wanita yang masih mengalami pendarahan haid, darah haid yang bercampur dengan sel-sel dari rahim boleh mengalir ke pelvis dan berisiko menyebabkan endometriosis.

    Fibroid (tumor jinak)

    Ketumbuhan yang melekat pada dinding dalaman rahim.

    Mungkin wujud satu atau beberapa fibroid yang berkembang dan kebiasaannya ia tidak mendatangkan bahaya, tetapi boleh menyebabkan pendarahan dan kesakitan yang teramat sangat ketika kedatangan haid.  

    Adenomyosis

    telur wanita

    Keadaan di mana lapisan tisu rahim tumbuh dalam otot rahim dan menyebabkan kesakitan semasa haid kerana peningkatan saraf kesakitan yang dirangsang apabila otot rahim mengalami kontraksi ketika haid.

    Walau bagaimanapun, kesakitan adenomyosis tidak akan berlaku sehinggalah seseorang individu wanita itu berusia 35 tahun dan kesakitan bahagian belakang dan sekitar pelvik juga boleh berlaku pada di luar tempoh kedatangan haid.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Gabriel Tang Pei Yung

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/09/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan