backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

2

Tanya Doktor
Simpan

Anda Ada Benjolan Pada Kulit? Hati-Hati! Anda Mungkin Menghidap Lipoma!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2021

    Anda Ada Benjolan Pada Kulit? Hati-Hati! Anda Mungkin Menghidap Lipoma!

    Benjolan kulit kadangkala boleh membawa maksud masalah kulit yang lain, seperti lipoma yang terdiri daripada tisu-tisu lemak.

    Masalah kulit ini bukan sekadar benjolan yang biasa! Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca artikel ini sampai habis ya!

    Apa itu masalah kulit lipoma?

    Lipoma adalah benjolan kulit daripada pertumbuhan tisu lemak yang perlahan-lahan berkembang di bawah permukaan kulit anda.

    Individu daripada mana-mana kumpulan usia boleh mengalami masalah lipoma ini, namun masalah benjolan kulit ini jarang terkena pada kanak-kanak.

    Lipoma boleh terjadi dan timbul di mana-mana bahagian badan, tetapi biasanya ia muncul di:

    • Leher
    • Bahu
    • Bawah lengan
    • Lengan
    • Paha

    Benjolan kulit ini boleh dikelaskan sebagai satu ketumbuhan, tumor, atau tisu lemak.

    Oleh yang demikian, ini bermaksud lipoma bukanlah bersifat cancerous (potensi menjadi kanser) dan ia jarang berbahaya.

    Rawatan untuk merawat lipoma biasanya tidak diperlukan melainkan ia mengganggu kesejahteraan hidup anda.

    Simptom

    lipoma

    Terdapat banyak jenis tumor kulit, tetapi lipoma biasanya mempunyai ciri yang berbeza.

    Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mempunyai lipoma, berikut adalah cara untuk mengenal pasti masalah ini secara amnya:

    • Lembut pada sentuhan
    • Bergerak dengan mudah jika ditolak menggunakan jari anda
    • Berada di bawah permukaan kulit
    • Tidak berwarna
    • Tumbuh dengan perlahan

    Lipoma paling kerap terjadi di leher, lengan atas, paha, lengan bawah, tetapi ia juga boleh berlaku di kawasan lain seperti perut dan punggung.

    Selain itu, ia hanya akan menyakitkan jika saraf di bawah kulit dimampatkan. Varian yang dikenali sebagai angiolipoma juga lebih sering menyakitkan daripada lipoma yang biasa.

    Penyebab benjolan kulit

    Doktor mahupun golongan profesional masih tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang menyebabkan terjadinya lipoma.

    Sebilangan individu mewarisi gen yang salah daripada ibu bapa mereka yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku, namun hakikatnya ia jarang berlaku.

    Benjolan kulit yang dikenali sebagai lipoma ini boleh berlaku lebih kerap pada individu dengan keadaan perubatan tertentu, seperti:

    Faktor-faktor risiko

    Pakar menganggarkan bahawa sekitar 1% individu dengan masalah kulit lipoma.

    Individu yang mempunyai keluarga dengan satu atau lebih lipoma mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap keadaan ini.

    Lipoma juga lebih cenderung berlaku pada orang berusia antara 40 hingga 60 tahun.

    Faktor risiko lain yang berpotensi mendapat lipoma mungkin termasuk:

    Bagaimanakah lipoma didiagnosis?

    Doktor mahupun golongan profesional sering dapat mendiagnosis lipoma dengan melakukan pemeriksaan fizikal.

    Rasanya lembut dan tidak menyakitkan, malahan kerana ia terdiri daripada tisu berlemak, lipoma mudah bergerak ketika disentuh.

    Dalam beberapa kes, pakar dermatologi mungkin mengambil biopsi lipoma.

    Semasa prosedur ini, mereka akan mengambil sampel daripada sebahagian kecil tisu dan menghantarnya ke makmal untuk diuji.

    Ujian ini dilakukan untuk memeriksa jika ada kemungkinan untuk menjadi barah.

    Sekiranya benjolan kulit anda terus membesar dan menyakitkan, doktor anda boleh mengeluarkannya melalui pembedahan untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu.

    Namun begitu, ujian lebih lanjut menggunakan imbasan MRI dan CT mungkin diperlukan jika biopsi menunjukkan bahawa lipoma yang disyaki sebenarnya adalah liposarcoma.

    Apakah rawatan bagi lipoma?

    rawatan lipoma

    Lipoma yang dibiarkan begitu sahaja biasanya tidak akan menimbulkan sebarang masalah.

    Walau bagaimanapun, pakar dermatologi boleh merawat benjolan tersebut jika ia mengganggu anda.

    Mereka akan membuat cadangan rawatan yang terbaik bagi pesakit berdasarkan pelbagai faktor termasuk:

    Setelah pakar dapat mengambil kira faktor-faktor di atas, mereka akan melakukan rawatan sama ada melalui:

    • Pembedahan

    Cara yang paling biasa dilakukan untuk merawat lipoma adalah dengan membuangnya melalui pembedahan.

    Kaedah ini sangat berguna jika anda mempunyai tumor kulit besar yang masih tumbuh.

    Lipoma kadang-kadang boleh tumbuh kembali walaupun selepas pembedahan dibuat.

    Prosedur ini biasanya dilakukan di bawah anestesia tempatan melalui prosedur yang dikenali sebagai eksisi.

    • Liposuction

    Liposuction adalah pilihan rawatan lain dalam merawat masalah ini. Oleh sebab lipoma berasaskan lemak, prosedur ini dapat berfungsi dengan baik untuk mengurangkan ukurannya.

    Liposuction melibatkan jarum yang melekat pada jarum suntik besar, dan kawasan ini biasanya dibius sebelum prosedur.

    • Suntikan steroid

    Suntikan steroid juga boleh digunakan tepat di kawasan yang terjejas. Rawatan ini dapat mengecilkan lipoma, tetapi tidak mampu menghilangkannya sepenuhnya.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/08/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan