backup og meta

Haid Wanita Boleh Terganggu Jika Mengalami Demam Denggi? Adakah Ini Tanda Bahaya?

Haid Wanita Boleh Terganggu Jika Mengalami Demam Denggi? Adakah Ini Tanda Bahaya?

Sehingga kini, demam denggi masih lagi berlaku dan mencatatkan bilangan kes yang tinggi, Tetapi persoalannya sekarang, adakah ia mampu mempengaruhi menstruasi seseorang wanita?

Masalah haid yang tidak teratur atau menyakitkan bukan lagi perkara yang asing buat golongan wanita.

Terdapat ura-ura mengatakan bahawa demam denggi mampu mempengaruhi kitaran menstruasi pesakit wanita yang mengalaminya. Sejauh manakah kebenaran ini?

Sebelum kita kupas isu ini dengan lebih lanjut, mari kenali dahulu serba sedikit mengenai demam denggi dan komplikasi-komplikasinya.

Komplikasi-komplikasi demam denggi

nyamuk-denggi

1. Kegagalan organ

Demam denggi dikatakan mampu menyebabkan kegagalan organ untuk berlaku.

Antara organ utama yang menjadi kebimbangan adalah otak, jantung, hati dan buah pinggang.

Justeru, kegagalan organ-organ ini pastinya akan mengganggu fungsi badan yang normal.

Jika tidak diuruskan segera, atau kegagalan yang berlaku menjadi terlalu teruk sehingga tidak dapat diselamatkan, pesakit mungkin akan berakhir dengan kematian.

2. Kejutan (shock)

Shock atau kejutan adalah antara komplikasi lain yang mungkin berlaku. Perkara ini terjadi apabila tekanan darah pesakit menurun secara tiba-tiba dengan mendadak.

Ia berlaku kerana jangkitan denggi menyebabkan sebahagian daripada cecair di dalam darah keluar daripada peredaran darah.

Kesannya, isi padu darah akan berkurang seterusnya mengurangkan tekanan darah.

Apabila tekanan menjadi rendah, darah gagal untuk dibekalkan kepada organ di seluruh badan, terutamanya organ-organ utama seperti otak, jantung, hati dan buah pinggang.

3. Paru-paru berair

Paru-paru berair atau pleural effusion berlaku kerana demam denggi menyebabkan cecair di dalam salur darah keluar daripada peredaran darah.

Antara tempat cecair tersebut akan terkumpul adalah di sekeliling paru-paru. Pengumpulan cecair ini bakal menyukarkan paru-paru untuk mengembang dan menjalankan fungsinya dengan baik.

Selain paru-paru, organ lain juga boleh terkesan seperti jantung (pericardial effusion) dan abdomen (ascites).

Ini adalah antara komplikasi utama demam denggi. Berhati-hati dengan penyakit ini. Nyamuk aedes meskipun bersaiz kecil, mampu membawa maut kepada manusia.

4. Pendarahan

Salah satu jenis demam denggi yang paling bahaya adalah demam denggi berdarah. Dalam kes ini, pesakit boleh mengalami pendarahan di seluruh badan.

Ini termasuk hidung, gusi, mata dan di bawah kulit. Kadangkala, pendarahan boleh berlaku di dalam faraj, dan boleh membuatkan darah haid menjadi lebih banyak.

Air kencing turut boleh bercampur darah jika berlaku pendarahan di dalam pundi kencing.

Tidak terkecuali juga usus berdarah di mana najis akan berubah warna, dan bagi kes yang paling parah adalah pendarahan di dalam otak.

Bolehkah demam denggi mempengaruhi haid?

haid-tidak-teratur-punca-pendek-usia

Berbalik kepada persoalan utama kita, adakah demam denggi boleh mempengaruhi menstruasi pesakit?

Apa yang anda perlu tahu, masalah haid yang tidak teratur adalah satu perkara normal ketika seseorang wanita menghampiri usia menopaus.

Walau bagaimanapun, haid tidak teratur pada orang dewasa muda mampu menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan.

Ia boleh terjadi kerana beberapa sebab di bawah, tetapi tidak terhad kepada tekanan, diet, gaya hidup dan sebagainya.

#1 Penyakit tiroid

Kelenjar tiroid mengatur metabolisme tubuh. Apabila ia menjadi tidak seimbang, ia mampu menyebabkan ketidakseimbangan pengeluaran hormon dalam tubuh wanita.

Kedua-dua hipotiroidisme serta hipertiroidisme boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh manusia, yang menyebabkan masalah kelewatan atau haid yang tidak teratur.

#2 Mempunyai penyakit

Penyakit yang disebabkan oleh virus atau bakteria, penyakit kronik, atau prosedur perubatan seperti pembedahan boleh memberikan stres kepada badan, yang menyebabkan pengeluaran kortisol.

Sekiranya kitaran haid anda terganggu kerana menghidap penyakit seperti demam denggi, kepialu, malaria, atau penyakit autoimun yang lain, anda tidak perlu terlalu risau.

Ini kerana tubuh anda berada dalam survival mode buat masa ini, dan akan kembali normal, setelah semua fungsi tubuh yang lain kembali mengikut rentaknya yang normal.

#3 Diet

Diet yang buruk adalah penyumbang terbesar kepada beberapa masalah kesihatan, ternyata frasa ‘you are what you eat’ adalah benar.

Sekiranya diet anda terdiri daripada makanan ringan dan berminyak, ia boleh menyebabkan anda mengalami kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting yang diperlukan tubuh.

Perkara ini juga akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon di dalam badan yang membawa kepada masalah haid yang tidak teratur dan menyakitkan.

#4 Stres dan tekanan

Tekanan fizikal dan psikologi adalah musuh terburuk tubuh badan. Ini kerana perkara yang memberikan kesan kepada minda mampu mempengaruhi tubuh secara fizikal.

Tambahan itu, para wanita cenderung mengalami tekanan kronik yang boleh disebabkan oleh ketidakseimbangan sama ada dalam kehidupan atau apabila mempunyai sebarang penyakit seperti yang telah disebut di atas.

Tekanan kronik ini akan melepaskan hormon kortisol dalam sistem mereka, membuatkan tubuh masuk dalam mod kecemasan, dan menyebabkan badan ‘menutup’ semua fungsi tubuh yang tidak diperlukan seperti haid.

Apa yang dapat dirumuskan?

Menstruasi pesakit yang menderita demam denggi mungkin boleh terjejas akibat komplikasi yang berlaku.

Pun begitu, ia bukan sesuatu yang perlu dikhuatirkan kerana sistem badan akan kembali berfungsi secara normal apabila pesakit bertambah pulih.

Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kebimbangan, pastikan untuk mendapat pandangan atau nasihat yang lebih pakar.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dengue-fever/symptoms-causes/syc-20353078
  2. https://www.cdc.gov/dengue/symptoms/index.html
  3. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14633-abnormal-menstruation-periods
  4. https://www.atmph.org/article.asp?issn=1755-6783;year=2013;volume=6;issue=2;spage=265;epage=265;aulast=Wiwanitkit
  5. https://kidshealth.org/en/teens/irregular-periods.html
  6. https://www.nhs.uk/conditions/irregular-periods/
  7. https://www.nichd.nih.gov/health/topics/menstruation/conditioninfo/causes

Versi Terbaru

12/07/2022

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Sedang Mengalami Fasa Menopaus Yang Teruk? Hati-Hati! Anda Mungkin Ada Penyakit Tiroid

Benarkah Jika Kerap Mandi Malam Boleh Buat Paru-Paru Berair? Ini Jawapannya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan