backup og meta

Benarkah Memakai Gigi Palsu Menjejaskan Keyakinan Diri?

Benarkah Memakai Gigi Palsu Menjejaskan Keyakinan Diri?

Pemakaian gigi palsu sering kali dianggap satu tanda penuaan dan menjadi satu perkara yang memalukan untuk mengakuinya. Lebih-lebih lagi apabila pemakaiannya membabitkan golongan muda.

Namun, terdapat pemakai yang mula memakai gigi palsu seawal usia 38 tahun dan hakikatnya 10% daripada rakyat Malaysia adalah pemakai gigi palsu.

Menurut Prosthodontist dan Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Natasya Ahmad Tarib, pemakaian gigi palsu boleh menjejaskan keyakinan diri seseorang terutamanya bagi mereka yang pertama kali memakai gigi palsu.

“Mereka biasanya biasanya bimbang pemakaian gigi palsu menyebabkan mereka tidak dapat bercakap atau makan secara normal dan bimbang sekiranya pemakaian gigi palsu akan mengubah penampilan secara drastik.

“Akibat keyakinan yang rendah, pemakai gigi palsu enggan membincangkan cabaran dihadapi apabila membabitkan gigi palsu dan akhirnya terpaksa menghadapi masalah pemakaian gigi palsu bersendirian”, katanya ketika ditemui pada program “It’s Time To Uncover The Truth About Dentures!” di Botanica & Co, Bangsar South.

Bagaimanapun, forum “Makan, Berbual dan Senyumlah dengan Yakin” yang diadakan baru-baru ini berjaya mempertemukan pakar dengan pemakai gigi palsu dalam satu sesi interaktif untuk membincangkan masalah mengenai pemakaian gigi palsu.

Forum itu juga memaparkan pendidikan dan demonstrasi penjagaan gigi palsu bagi melengkapi pemakai dengan ilmu berkenaan kaedah penjagaan gigi yang terbaik.

Malah, penggunaan pelekat gigi juga disyorkan bagi membantu pemakai penyelesaikan masalah gigi palsu seperti gigi palsu yang longgar dah mudah tertanggal semasa mengunyah makanan.

Menurut Pengurus Pemasaran Penjagaan Mulut, GSK Consumer Healthcae Sdn Bhd Alyscia Tan, menerusi forum berkenaan pihaknya dapat menangani perasaan bimbang dan keterasingan yang biasanya dialami dalam kalangan pemakai gigi palsu.

“Kami menggalakkan pemakaian gigi palsu sebagai penyelesaian terbaik untuk memastikan penjagaan kesihatan mulut dan keselesaan yang optimum dalam pemakaian gigi palsu,” katanya.

Oleh itu, produk pelekat gigi Polident dirumus khas untuk memastikan gigi palsu melekat dengan kuat sehinggan 12 jam dan lebih bersih kerana ia menghalang cebisan makana terperangkap antara gigi palsu dan gusi.

Jadi, pemakai gigi palsu dapat meneruskan aktiviti harian dengan lebih selesa, berkeyakinan dan tanpa rasa bimbang.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Kosmetik Pergigian: 5 Jenis Yang Perlu Anda Tahu


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan