backup og meta

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Sifat berkongsi sememangnya sikap yang terpuji, tetapi bukan semua perkara boleh dikongsi. Apatah lagi jika berkaitan dengan kesihatan diri seperti penggunaan berus gigi.

Dalam hal penjagaan diri, sebaiknya kita tidak berkongsi barangan peribadi dengan orang lain.

Pasti ada di antara kita yang mungkin sering berkongsi pakaian, pinggan mangkuk dan alat tulis, tetapi janganlah sampai berus gigi anda pun mahu berkongsi bersama.

Mungkin anda tertanya-tanya ada ke orang yang berkongsi berus gigi? Mana tahu, ada pasangan kekasih atau suami isteri yang sedang mabuk cinta sehinggakan berus gigi pun dikongsi bersama. Romantik katanya.

Kajian menunjukkan ramai sedia kongsi berus gigi!

berus gigi

Mengikut kajian yang dijalankan di Britain, 1 dalam setiap 4 individu menyatakan bahawa mereka bersedia untuk berkongsi berus gigi dengan individu lain.

Mereka bukan sahaja sanggup berkongsi dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan juga pasangan masing-masing, malah bersama jiran dan juga selebriti.

Agaknya, jika kajian sebegini dijalankan di Malaysia, adakah keputusan akan menunjukkan hasil yang sama atau lebih daripada jumlah ini.

Berkongsi berus? Anda juga akan berkongsi bakteria

Anda mungkin tidak berkongsi berus gigi, tetapi akan ada situasi di mana anda tersalah guna berus gigi milik individu lain yang lebih kurang sama dengan berus gigi anda.

Ini juga boleh dianggap berkongsi kerana anda menggunakan berus gigi yang sama dengan individu lain.

Apabila guna berus gigi yang bukan milik anda, sebenarnya ia telah mendedahkan gigi dan gusi anda kepada bakteria baharu, dan ia mungkin tidak begitu ‘ngam’ dengan bakteria sedia ada yang terdapat dalam tubuh anda.

Jenis-jenis bakteria tertentu yang terdapat dalam mulut anda adalah jenis yang unik untuk anda.

Oleh itu, jika terdapat kehadiran bakteria baharu dalam mulut, anda akan lebih mudah untuk mengalami selesema, flu atau mendapat sebarang kuman lain daripada berus gigi milik individu lain.

Walaupun individu tersebut kelihatan sihat dan tidak mempunyai sebarang jangkitan, perkongsian berus gigi masih lagi memberikan risiko kepada gigi dan gusi anda.

Bakteria penyebab kaviti iaitu streptococcus mutans adalah sangat mudah untuk berjangkit. Jika anda berkongsi atau terkongsi berus gigi dengan individu lain, peluang untuk anda dapat kaviti juga meningkat. 

Selain itu, anda juga mungkin tidak tahu bahawa berus gigi juga turut mempunyai bakteria dan virus yang boleh menyebabkan penyakit seperti E.coli dan juga staph.

Ia akan meningkatkan risiko anda untuk terdedah kepada penyakit berkaitan virus seperti herpes pada mulut dan juga kemaluan.

Terdedah kepada HPV jika kongsi berus gigi

berus gigi

Selain itu, berus gigi juga mampu untuk membawa human papillomavirus atau dikenali sebagai HPV.

Apabila anda berkongsi berus gigi, air liur yang dijangkiti HPV akan saling bertukar. Virus HPV ini amat sukar untuk dibasmi dan boleh hidup tanpa air pada bekas di mana berus gigi disimpan

Perkongsian berus gigi merisikokan anda kepada penyakit yang boleh berpindah melalui darah

Gusi yang mengalami pendarahan boleh menunjukkan pelbagai tanda. Mungkin anda telah flos gigi anda terlalu kasar.

Mungkin juga anda memberus gigi dengan terlalu kuat atau mempunyai penyakit periodontal. 

Jika anda mengalami gusi yang berdarah, bakteria yang terdapat pada berus gigi yang dikongsi boleh memasuki aliran darah dalam tubuh.

Anda juga berisiko untuk mendapat penyakit yang boleh berjangkit melalui darah seperti HIV dan hepatitis. 

Elak kongsi berus gigi, ini cara cegah jangkitan bakteria mulut!

Berikut merupakan antara kaedah atau langkah pencegahan untuk elak daripada jangkitan bakteria mulut:

Selain daripada aspek penjagaan berus gigi, anda juga dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan mulut dan gigi secara berkala.

Pergilah berjumpa dengan doktor gigi sekurang-kurangnya dua kali dalam setahun atau setiap 6 bulan sekali. 

Anda perlu membuang segala plak dan tartar yang bersarang dalam gigi bagi memastikan anda tidak mendapat penyakit berkaitan gusi dan memiliki nafas yang tidak berbau busuk.

Lebih baik untuk beli yang baharu

berus gigi

Jika anda pergi melancong bersama-sama rakan dan terlupa membawa atau tertinggal berus gigi di rumah, maka dapatkanlah yang baharu.

Seakrab mana pun anda dengan rakan-rakan, jangan sesekali berkongsi berus gigi milik rakan anda.

Tambahan lagi, harga sebatang berus gigi juga bukanlah terlalu mahal. Jika anda mampu membiayai kos pelancongan anda sendiri, kenapa tidak dengan harga sebatang berus gigi, kan?

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.dentalhealth.org/news/when-sharing-isnt-caring-why-sharing-your-toothbrush-is-a-very-bad-idea

Should you share a toothbrush?

https://www.nationaldentalcare.com.au/article/should-you-share-a-toothbrush#:~:text=The%20health%20risks%20of%20sharing,blood%2C%20such%20as%20hepatitis%20C.

https://www.abc.net.au/life/is-sharing-a-toothbrush-with-your-partner-ok/11147236

The Gross Details Behind Sharing A Toothbrush

The Consequences of Sharing a Toothbrush

Versi Terbaru

24/03/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Berus Gigi 2x Sehari Tak Cukup! Lakukan Lebih Kerap Jika Tak Nak Jadi Begini!

Ini 7 Tip Jaga Berus Gigi, Salah Satunya Kena Rendam Dalam Cecair Pengkumur Mulut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 24/03/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan