backup og meta

5 Punca Mulut Terasa Pahit Semasa Puasa

Selain lapar dan dahaga, lidah terasa pahit sering menjadi keluhan semasa puasa. Rasa pahit mulut boleh menandakan penyakit yang serius, seperti masalah ginjal, penyakit hati, diabetes yang tidak terdiagnosis, hingga kanser tertentu.

5 Punca Mulut Terasa Pahit Semasa Puasa

Tapi sejumlah alasan ini tidak umum, dan biasanya akan disertai dengan simptom lain. Tetapi jika ketika anda sihat, penyebab lidah terasa pahit semasa puasa biasanya tidak berbahaya — boleh jadi kecuaian adalah penyebabnya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

5  Punca mulut terasa pahit semasa puasa

1. Kekurangan cecair menyebabkan mulut pahit

pahit mulut
Tidak dapat minum dalam tempoh yang lama menyebabkan tekak terasa kering dan mulut berbau. 

Kenapa dalam mulut terasa kering? Hal ini disebabkan pengeluaran air liur yang berkurang akibat tubuh kekurangan cecair semasa berpuasa. Kelenjar liur dalam mulut menjadi kering kerana tubuh terpaksa menumpukan pengumpulan cecair ditempat lain yang lebih memerlukannya.

Kesannya, jumlah oksigen di mulut juga berkurang sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria anaerob (organisma yang tidak memerlukan oksigen untuk hidup). Bakteria tersebut menghasilkan sulfur yang menyebabkan bau tidak sedap dan rasa pahit di lidah.

2. Jarang gosok gigi

Mulut merupakan rongga yang hangat dan lembap, tempat ideal untuk pertumbuhan bakteria. Jika anda tidak menggosok gigi dan membersihkannya secara teratur, bakteria dan kuman boleh berkumpul di mulut.

Ini menyebabkan masalah gigi dan gusi seperti gingivitis (radang pada gusi), periodontitis, dan jangkitan gigi. Ini mungkin yang menjadi penyebab pahit mulut semasa puasa.

3. Asid perut naik

Hal ini ini disebabkan seharian perut kosong yang boleh memburukkan lagi asid perut pada waktu siang semasa berpuasa. Simptom utama dari asid perut naik, dikenal sebagai Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD) dunia perubatan, melibatkan rasa asid atau pahit di mulut.

Ini disebabkan oleh aliran balik dari cecair asid perut yang naik ke kerongkong.

4. Berhenti merokok

Puasa umumnya dijadikan sebagai waktu untuk berhenti merokok bagi sebahagian besar orang. Tetapi siapa sangka bahawa niat baik mungkin menjadi penyebab mulut pahit semasa berpuasa.

Pendedahan kepada bahan kimia daripada rokok yang diterima oleh tubuh anda pada akhirnya merosakkan sistem saraf yang ada di lidah, yang berfungsi untuk membezakan antara rasa masin, masam, manis, dan pedas dari setiap makanan yang anda makan. Rokok juga boleh merosakkan struktur papila, nodul kecil di atas permukaan lidah yang menerima rangsangan saraf dari luar.

Akhirnya, merokok akan mengurangkan kemampuan citarasa anda walaupun selepas anda menghentikan tabiat ini. Dengan erti lain, mulut pahit yang anda rasa semasa puasa adalah kesan tabiat merokok anda selama ini.

pahit mulut
Kenali warna lidah yang anda alami!

5. Pahit mulut tanda anda sedang hamil

Mulut pahit semasa mengandung adalah salah satu simptom kehamilan umum selama trimester pertama. Malah, deria rasa ini juga berlaku semasa makan dan berpuasa.

Psstt… tidur ternganga juga boleh menjadi penyebab lidah terasa kering dan pahit semasa puasa!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

8 Possible Causes for That Metallic Taste in Your Mouth https://health.clevelandclinic.org/2015/04/8-possible-causes-for-that-metallic-taste-in-your-mouth/

Bitter Taste in Mouth https://www.healthgrades.com/symptoms/bitter-taste-in-mouth

Dry Mouth (Xerostomia): Causes, Diagnosis, and Treatment http://www.medicalnewstoday.com/articles/187640.php

Maryam Rad, N. (2010). Effect of Long-term Smoking on Whole-mouth Salivary Flow Rate and Oral Health. Journal of Dental Research, Dental Clinics, Dental Prospects, [online] 4(4), p.110. Available at: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3429961/

Versi Terbaru

01/12/2025

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Lelangit Bengkak & Merah? Awas, 5 Punca Ini Paling Kerap Berlaku!

Rasa Pedih Sebab Ulser Bibir? Ini 3 Kaedah Rawatan Berkesan Boleh Anda Cuba


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Farah Aziz · Dikemas kini 01/12/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?