4 Tip Menjaga Kesihatan Gigi Semasa Berpuasa

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 04/12/2019 . 2 minit bacaan
Share now

Biasanya bau mulut akan menjadi kurang sedap ketika berpuasa. Hal ini disebabkan tiada aktiviti makan dan minum dalam tempoh yang agak lama. Makanan dan minuman yang berbau akan membuatkan mulut berbau lebih segar dan wangi. Mari kita lihat bagaimana ingin memberus gigi sewaktu berpuasa.

Bilakah saya harus memberus gigi ketika berpuasa?

American Dental Association menyarankan setiap individu untuk memberus gigi dua kali sehari, dengan menggunakan ubat gigi yang mengandungi florida. Hal tersebut merupakan peraturan standard dan wajib dilakukan setiap hari.

Sedikit berbeza, memberus gigi ketika berpuasa boleh dilakukan sebelum tidur di waktu selepas berbuka dan selepas menikmati hidangan sahur. Kedua-duanya boleh dilakukan pada saat di mana anda boleh makan dan minum.  

Apabila anda memberus gigi, anda berupaya menghilangkan sisa makanan, plak, dan aroma tidak enak pada mulut. Ramai yang mengambinghitamkan puasa sebagai alasan tidak memberus gigi kerana takut puasanya terbatal. Malangnya, hal itu jelas salah dah berbahaya jika dilakukan secara berterusan.

Jika anda sering tidak berus gigi ketika puasa, bakteria dan kotoran sisa makanan sahur dan berbuka boleh memecahkan enamel gigi dan menyebabkan pembentukan rongga kecil. Lama kelamaan, sisa makanan tersebut akan berubah menjadi plak yang mengeras menjadi kalkulus (tartar), sehingga lebih sukar dan susah untuk dibersihkan.

Tip menjaga kebersihan gigi sewaktu berpuasa

Selain memberus gigi, American Dental Association menyarankan anda untuk melakukan penjagaan tambahan terhadap kebersihan gigi semasa berpuasa. Anda juga boleh menambahnya dengan membersihkan gigi menggunakan benang gigi atau floss, dan ubat kumur. Ikuti tip berikut!

1. Berus semua bahagian gigi anda

Pastikan anda memberus semua bahagian gigi anda. Memberus gigi dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu memberus permukaan bahagian dalam, permukaan luar dan permukaan gigi yang mengunyah.

2. Jangan terus berkumur

Selepas memberus gigi, jangan terus berkumur. Mengapa demikian? Berkumur pada dasarnya akan membersihkan dan mengurangkan kesan zat florida pada sisa ubat gigi, sehingga hasil penggunaan ubat gigi menjadi tidak maksimum. Sebaiknya tunggu sehingga 5-10 minit, sebelum anda berkumur.

3. Gunakan benang gigi (dental floss)

Anda boleh membersihkan gigi menggunakan benang khas yang mampu membasmi sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi, kerana kebanyakan berus tidak boleh menjangkau ke celah-celah bahagian gigi.

Flossing atau benang gigi bukan hanya berguna mencapai makanan yang menyelit di celah gigi anda, ia juga biasanya mengurangkan risiko jangkitan gigi, bau mulut, dan bahkan menghilangkan plak yang terbentuk di sepanjang gusi. Ini adalah cara menggunakannya:

  • Ambil 20-30 cm benang atau pita gigi. Pegang pada dua hujungnya sehingga ada sisa benang yang boleh digunakan untuk membersihkan gigi.
  • Letakan benang di celah gigi dan ke bahagian antara gigi dan gusi.
  • Angkat dengan gerakan naik turun di antara gigi, untuk mengeluarkan sisa makanan dan plak.

4. Gunakan ubat kumur

Selepasselesai memberus dan membersihkan gigi, kini tiba masanya anda boleh menggunakan ubat kumur yang mengandungi florida untuk membantu mencegah kerosakan gigi. Pilih cecair ubat kumur yang tidak mengandungi alkohol. Anda juga boleh menggunakannya di waktu sahur, untuk mendapatkan aroma dan wangian yang segar pada mulut anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Ini 5 Petua Hilangkan Nafas Berbau Lepas Makan Bawang, Confirm Tak Segan Lagi!

    Bau mulut boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor, terutamanya selepas makan bawang. Tetapi kenapa ia berlaku dan adakah cara untuk menghilangkannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Sekiranya Anda Alami Kondisi Tulang Hidung Patah, Ini Senarai Perkara PERLU & JANGAN Buat!

    Sekiranya anda alami kondisi tulang hidung patah, apa perlu dilakukan? Tenang, klik sahaja artikel untuk tahu jawapan kepada soalan ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Keadaan Telinga, Hidung/Tekak, Pusat Kesihatan 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Elak Makan Makanan Ada Karbohidrat Sebab Takut Gemuk, Efektif Ke Cara Ini?

    Sumber karbohidrat boleh membingungkan kerana sebilangan pihak mendakwa pengambilannya menghalang penurunan berat badan dan menyebabkan masalah kegemukan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Obesiti, Pemakanan Sihat 20/01/2021 . 3 minit bacaan

    Posisi Tidur Mana Yang Paling Sihat? Cara Tidur Ini Boleh Buat Awet Muda Juga, Tau!

    Tahukah anda posisi tidur berkaitan dengan keperibadian seseorang? Bukan itu saja, posisi yang betul memberikan manfaat kesihatan dalam jangka masa panjang!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Tidur Berkualiti, Tidur Nyenyak 19/01/2021 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    posisi rahim

    Condong Ke Hadapan Atau Belakang, Mana Satu Posisi Rahim Normal?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    cincin zakar

    Kalau Tak Nak Dikejarkan Ke Hospital Angkara CINCIN ZAKAR, Patuhi Syarat Ini Sebelum Pakai

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    virus korona

    Vaksin COVID-19 Sudah Ada! Bersediakah Kita Terima Suntikan Februari Ini?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan
    penyakit mata kuning jaundis

    Mata Kuning Sebab Jaundis? Bukan Saja Berlaku Pada Bayi, Tapi Juga Kanak-kanak & Orang Dewasa

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 20/01/2021 . 3 minit bacaan