backup og meta

Malas Pergi Kerja? Atasi Monday Blues

Badan anda rasa ‘lemau’ bila muncul sahaja hari Isnin? Anda tidak berseorangan. Fenomena Monday Blues tidak asing lagi pada mereka yang bekerja/bersekolah. Ia merupakan stres berkaitan dengan tempoh peralihan daripada hari tidak bekerja kepada hari bekerja. Jika anda sering berasa tidak bersemangat apabila tibanya hari Isnin, ikuti artikel ini untuk mengetahui cara mengatasi perasaan tersebut.

Kenapa anda benci hari isnin? 

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh laman web Gallup pada tahun 2015, hanya 32% pekerja di Amerika Syarikat yang betul-betul memberikan komitmen terhadap kerja masing-masing. Penerangannya cukup mudah, jika anda tidak suka kerja yang anda buat sekarang, anda akan mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami fenomena psikologi Monday Blues. Jika setiap hari anda merasakan perasaan yang sama, lebih baik anda membuat pertimbangan sama ada hendak mencari kerja yang anda suka atau terus bekerja dalam bidang anda sekarang.

Namun adakah Monday Blues hanya mempengaruhi mereka yang tidak suka pada kerja mereka sahaja? Kajian oleh pengeluar makanan Marmite di United Kingdom telah mendapati bahawa mereka yang berusia di antara 45 hingga 54 tahun sering menjadi mangsa kepada fenomena ini. Fenomena Monday Blues ini mempunyai presentasi yang pelbagai bergantung kepada individu yang terlibat. Ada yang lambat tiba di pejabat, ada yang menjadi kurang produktif sepanjang hari dan ada juga yang hanya mula tersenyum seawal 11.16 pagi. Ia menunjukkan kesan psikologi tempoh peralihan hari cuti kepada hari bekerja terhadap tahap produktiviti pekerja. 

Sekejap. Bagaimana pula dengan mereka yang cuti pada hari Jumaat dan Sabtu seperti mereka yang bekerja di Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu? Tiada bezanya. Menurut satu kajian yang diterbitkan di Journal of Positive Psychology pada tahun 2012, dapatan perubahan mood individu pada hari Isnin sehingga Khamis tidak menunjukkan kesan yang ketara. Perubahan mood yang signifikan hanya dapat disaksikan sehari sebelum tiba cuti hari minggu. Ada juga kajian yang dijalankan oleh universiti berbeza yang menunjukkan fenomena Monday Blues lebih ketara pada hari selain daripada hari Isnin. Senang cerita, jika esok kerja, atau esok kerja bertimbun, maka ber ‘Monday Blues’ lah kita.   

Cara atasi Monday Blues

  • Jaga waktu tidur di hujung minggu: Menurut pakar perubatan tidur, Dr Gregory Carter, mereka yang ingin ‘ganti’ tidur pada hujung minggu digalakkan untuk tidur awal dan bangun pada waktu yang sama. Ini kerana jika anda tidur melebihi masa anda bangun pada hari bekerja, ritma sirkadian anda akan terganggu. Ini seterusnya akan mempengaruhi jam biologi individu menyebabkan rasa susah untuk bangun pada hari isnin.
  • Makan coklat: Kajian yang dijalankan pada tahun 2013 oleh Astrid mendapati bahawa coklat boleh membuatkan anda berasa lebih gembira. Ia mengandungi hormon serotonin dan boleh merangsang perembesan endorfin. 
  • Rancang percutian anda: Jika anda tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk bercuti, masa untuk mencari destinasi menarik. Ini merupakan salah satu cara yang berkesan bagi mengalihkan perhatian individu daripada fenomena Monday Blues.
  • Baca artikel yang anda gemari di dalam surat khabar, majalah ataupun menerusi internet. Ini merupakan tip yang berkesan. Ia dapat memberikan pengetahuan di samping ketenangan kepada pembaca.

Konklusi

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. ‘Monday Blues’ – Fakta atau Mainan Psikologi? (https://www.majalahsains.com/monday-blues-fakta-atau-mainan-psikologi/). Diakses pada 14 November 2019.
  2. Employee Engagement in U.S. Stagnant in 2015. (https://news.gallup.com/poll/188144/employee-engagement-stagnant-2015.aspx). Diakses pada 14 November 2019.
  3. The neuroprotective effects of cocoa flavanol and its influence on cognitive performance. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3575938/). Diakses pada 14 November 2019.
  4. Sleeping In on the Weekend WIll Not Help You Catch Up. (https://lifehacker.com/sleeping-in-on-the-weekend-will-not-help-you-catch-up-5943317). Diakses pada 14 November 2019.

Versi Terbaru

29/06/2020

Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Bukan Sombong Tetapi Hanya Berwaspada, 5 Cara Dekati Individu Yang Introvert!

Kerja 'Overtime', Adakah Ia Perlu Semata Mahu Tunjuk Budaya Kerja Cemerlang?


Disemak oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group · Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli · Dikemas kini 29/06/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan