backup og meta

Tip Kekal Gembira Di Tempat Kerja

Tip Kekal Gembira Di Tempat Kerja

Kita boleh berusaha untuk menjadikan kehidupan lebih produktif dengan pelbagai cara. Tetapi kita masih tidak boleh melakukan pekerjaan dengan baik jika diri kita tidak berasa gembira. Pelbagai faktor boleh menjadi punca diri anda tidak gembira. Ikut artikel ini untuk mengetahui antara tip kekal gembira di tempat kerja yang mungkin dapat membantu meningkatkan prestasi kerja anda.

  1. Hal peribadi

Apabila anda sentiasa memikirkan tentang hal peribadi, adalah sukar untuk anda menumpukan perhatian anda menjadi gembira di tempat kerja. Sememangnya tidak ada kehidupan peribadi yang dapat lari dari masalah, tetapi sebaiknya, anda tidak mencampurkan urusan peribadi dengan urusan kerja, dan begitu juga sebaliknya. Tinggalkan masalah dan hal peribadi di rumah, dan fokus dan jadilah individu yang produktif di tempat kerja.

  1. Ganjaran

Walau betapa anda menggemari kerja anda, pasti akan hadir satu ketika anda merasa bosan dengan apa yang anda lakukan, lebih-lebih lagi jika tugasan itu adalah tugasan berulang dan sama setiap hari. Sebagai inisiatif, anda boleh memberikan diri anda ganjaran, sebagai contoh, ‘Kalau saya siapkan laporan ini, saya boleh dapatkan sepotong kek dari kafe berhampiran’. Berikan apa sahaja sebagai ganjaran untuk memberikan diri motivasi.

  1. Ubah waktu pagi

Jika sebelum ini, waktu pagi anda adalah masa yang penuh dengan kekalutan untuk mempersiapkan segalanya, anda perlu mengubah cara tersebut untuk menyingkirkan tekanan. Misalnya, anda boleh menyediakan pakaian kerja anda pada malam sebelum anda tidur. Bagaimana anda memulakan hari anda adalah amat penting untuk memberikan emosi yang baik. Jadi perhatikan kepada rutin anda, tukar dan cari penyelesaian terbaik untuk mendapatkan perubahan yang positif.

  1. Fokus pada perkara positif, senyum

Seandainya anda mungkin tidak menyukai pekerjaan anda, pasti akan wujud aspek yang anda suka tentang kerja anda. Cari aspek tersebut dan jadikan ia kekuatan untuk anda tersenyum ketika melaksanakan tugasan. Dengan tersenyum, ia secara tidak langsung menyampaikan mesej kepada otak untuk menjadi lebih gembira. Malahan, senyum juga satu penyakit berjangkit – ia akan membuatkan rakan sekerja anda turut tersenyum.

  1. Menjaga diri

Merupakan perkara yang paling penting dan paling mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu pastikan diri anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya. Elakkan membawa balik tekanan di tempat kerja ke rumah, kerana ia boleh mendatangkan impak yang tidak baik untuk tidur anda. Apabila anda mendapat tidur dan rehat yang mencukupi serta berkualiti, anda akan cenderung menjadi lebih sihat, lebih gembira. Pastikan anda turut meluangkan sedikit masa untuk bersenam.

Aspek penjagaan diri ini juga melibatkan soal pemakanan. Menjaga diet pemakanan dan menjaga tahap gula dalam darah dengan mengelakkan makanan yang tidak sihat, pengambilan alkohol yang berlebihan dan merokok, pasti memberikan anda tahap kesihatan yang lebih baik, sekali gus menjadikan emosi anda lebih gembira dan bahagia, membantu anda untuk menjadi lebih fokus dalam kehidupan.

Pilih untuk menjadi gembira di tempat kerja adalah bermaksud untuk mengelakkan sebarang perbualan yang berunsur negatif, gosip dan individu yang tidak gembira sedaya yang termampu. Tidak kira betapa positif diri anda, berada dan dikelilingi individu yang negatif boleh menjejaskan diri anda. Jangan biarkan sesuatu yang negatif ‘menjatuhkan’ hari anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

37 Ways to Be Happier at Work ASAP

https://www.themuse.com/advice/37-ways-to-be-happier-at-work-asap /Accessed on March 13, 2019.

 

10 Tips for Staying Happy at Work

https://www.monster.com/career-advice/article/ten-tips-for-staying-happy-at-work /Accessed on March 13, 2019.

 

13 ways you can be happier at work, according to career experts

https://www.businessinsider.my/how-to-be-happier-at-work-career-experts-2018-12/?r=US&IR=T /Accessed on March 13, 2019.

 

5 Proven Tips To Be Happier At Work
https://www.forbes.com/sites/deeppatel/2017/07/23/5-proven-tips-to-be-happier-at-work/#5851d3dc1580 /Accessed on March 13, 2019.

 

Top 10 Ways to Be Happy at Work

https://www.thebalancecareers.com/top-ways-to-be-happy-at-work-1919219 /Accessed on March 13, 2019.

 

15 Proven Tips to Be Happy at Work

https://www.inc.com/john-rampton/15-proven-tips-to-be-happy-at-work.html /Accessed on March 13, 2019.

Versi Terbaru

14/07/2020

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Ingin Tahu Tahap Stres Dan Anxiety Anda? Lakukan Ujian DASS, Buat Online Lebih Cepat Tahu!

Nampak Tenang Namun Jiwa Bergejolak, Usah Normalisasi Sindrom Itik!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 14/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan