Namun, anda mesti mengawal diri untuk tidak makan secara berlebihan. Makan dengan saiz hidangan yang sepatutnya dan elakkan memakan makanan berlemak serta kurangkan makanan manis.
Kesimpulannya, ketika berpuasa di bulan Ramadan anda perlu terapkan pola pemakanan yang betul dan sihat supaya risiko meningkatnya kadar gula darah atau menurunnya kadar gula darah yang membuatkan anda sakit kepala semasa puasa dapat dielakkan.
3. Rehat secukupnaya
Kurang tidur atau rehat adalah salah satu penyebab anda berasa sakit kepala semasa puasa. Untuk mengatasinya, anda perlu cukupkan waktu rehat atau tidur anda. Berusaha untuk tidur lebih awal ketika malam hari atau tidur sekejap pada wakti siang dalam 20-30 minit. Jangan tidur siang terlalu lama kerana itu juga akan menyebabkan pening.
4. Jumpa doktor
Jika anda ada penyakit atau gangguan kesihatan yang lain, segera maklumkan kepada doktor. Kerana bukan sahaja sakit kepala tetapi yang ada rasakan itu adalah simptom bagi penyakit lain yang anda alami.
Bagi anda yang ada penyakit tertentu, sebelum menjalani puasa sebaiknya lakukan pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu dengan doktor anda.
Berikut tip mengelakkan sakit kepala semasa puasa. Ketika puasa gaya hidup dan amalan pemakanan sememangnya cenderung akan berubah. Untuk itu, teruskan amalan gaya hidup dan pemakanan yang baik supaya tubuh sentiasa sihat walaupun sedang berpuasa.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen