backup og meta

4 Kitaran Tindak Balas Seksual Yang Kita Semua Mungkin Tidak Tahu Jika Belum Baca Ini!

Buat semua pasangan di luar sana terutamanya yang bergelar suami dan isteri, seks itu adalah antara perkara yang paling penting dalam rumah tangga.

Ini kerana ia bukan sahaja dituntut secara fitrah malahan juga mampu memberikan pelbagai kesan positif terhadap aspek mental dan fizikal tubuh badan.

Namun pernahkah anda terfikir dan tertanya mengenai apa sebenarnya yang akan berlaku dalam tubuh badan kita semasa melakukan hubungan intim?

Ia adalah berkaitan dengan kitaran tindak balas seksual manusia. Jom baca artikel ini untuk mengetahui mengenai perkara ini dengan lebih mendalam lagi!

Seks & orgasma

Setiap kali berbicara mengenai seks, sudah pasti kita semua akan mengaitkannya dengan suatu perkataan yang dikenali sebagai orgasma bukan? Apakah ia?

Buat anda yang mungkin belum tahu, orgasma atau klimaks adalah satu fasa kemuncak nafsu syahwat tatkala sedang asyik berasmaradana bersama pasangan.

Pada waktu ini, fizikal manusia akan mengalami perubahan fisiologi manakala mental manusia pula akan mengalami perubahan emosi yang sangat positif.

Antara perubahan yang akan berlaku adalah perembesan hormon dalam tubuh badan serta pengeluaran air mani bagi menandakan kepuasan seksual.

Pun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa orgasma bukan satu-satunya tahap yang akan berlaku ketika projek asmara berlangsung.

Terdapat beberapa lagi fasa lain juga! Teruskan membaca artikel ini untuk ambil tahu tentangnya.

Apa berlaku pada tubuh badan ketika seks?

Menurut Pakar Terapi Seks Masters dan Johnson, akan wujud satu urutan berkenaan apa yang berlaku pada tubuh badan kita ketika seks.

Untuk pengetahuan anda, urutan ini dikenali sebagai kitaran tindak balas seksual dan mempunyai 4 fasa iaitu seronok, mendatar, klimaks dan resolusi.

Apa yang aneh, tiada penanda pemula atau penamat yang jelas di antara fasa-fasa ini kerana setiap individu itu sendiri adalah berbeza cara bersenggama di ranjang.

Apa yang pasti, setiap individu semestinya akan mengalami atau merasai setiap fasa ini pada setiap kali melakukan seks bersama pasangan mereka masing-masing.

Berikut merupakan huraian 4 fasa yang dinyatakan sebentar tadi mengikut laman sesawang Cleveland Clinic:

Fasa #1: Keinginan

Fasa ini adalah permulaan kepada segala aktiviti seksual anda dan sangat berkait rapat dengan kemampuan dan kemahuan libido seseorang.

Ia boleh bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam dan akan menyebabkan perubahan pada tubuh badan seperti berikut:

  • Otot tubuh badan mula mengalami tekanan
  • Kadar degupan jantung mula laju
  • Kadar tekanan darah mula tinggi
  • Kadar pernafasan juga kian cepat
  • Kulit mula menjadi kemerahan
  • Puting mula mengeras atau menegang
  • Darah akan mengalir ke alat sulit
  • Zakar lelaki akan mengalami ereksi
  • Faraj wanita akan mengeluarkan cecair
  • Testis lelaki akan membengkak dan mengetat
  • Payudara wanita akan membesar dan mengembang

Fasa #2: Rangsangan

Selepas fasa keinginan, maka kalian berdua akan beralih pula kepada fasa kedua iaitu rangsangan di mana kedua-dua pasangan sedang terangsang dengan hebatnya.

Ia boleh bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam dan akan menyebabkan perubahan pada tubuh badan seperti berikut:

  • Perubahan yang berlaku semasa fasa keinginan tadi akan berlanjutan dengan lebih hebat
  • Otot tubuh badan terus mengalami tekanan
  • Ketegangan otot akan berlaku bermula pada kaki, tangan dan muka
  • Kadar degupan jantung akan makin laju
  • Kadar tekanan darah akan mula tinggi
  • Kadar pernafasan juga akan makin cepat
  • Dinding faraj akan terus membengkak
  • Klitoris wanita akan jadi sensitif
  • Testis lelaki akan menaik ke dalam skrotum

Fasa #3: Orgasma seks

Kemudian, kita semua akan masuk ke fasa ketiga yang paling ditunggu dan dinanti ketika bersetubuh dengan pasangan iaitu orgasma seks.

Ia boleh bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam dan akan menyebabkan perubahan pada tubuh badan seperti berikut:

  • Kontraksi luar kawalan pada otot akan bermula
  • Kadar pernafasan, tekanan darah dan degupan jantung akan berada pada tahap yang paling tinggi
  • Ketegangan otot akan berlaku pada setiap otot tubuh badan
  • Wanita akan mengalami kontraksi pada otot faraj
  • Lelaki akan mengalami kontraksi pada otot zakar
  • Badan mula menjadi kemerahan (sex flush)
  • Terpancutnya air mani
  • Berlakunya kepuasan seksual

Fasa #4: Resolusi

Fasa ini adalah fasa yang terakhir dan ia merupakan tempoh waktu untuk mengembalikan tubuh badan kita kepada keadaan yang normal.

Ia selalunya bertahan selama beberapa minit ke beberapa jam atau mungkin lebih dan biasanya lebih lama untuk wanita berbanding lelaki.

Ketika fasa ini, pembengkakan yang berlaku pada alat sulit akan surut dan segala sex flush juga akan hilang.

Selain itu, otot tubuh badan yang dahulunya mengalami ketegangan akan mula menjadi sedikit relaks.

Selepas fasa terakhir ini, maka kitaran tindak balas seksual akan bermula kembali ke fasa pertama dan seterusnya.

Akhir kata, sila amalkan seks yang sihat agar kitaran tidak balas seksual ini akan berlaku dan berulang secara normal dan tidak akan menimbulkan sebarang masalah lain pula kelak!

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://my.clevelandclinic.org/health/articles/9119-sexual-response-cycle
  2. https://www.ourbodiesourselves.org/book-excerpts/health-article/models-sexual-response/
  3. https://www.islandsexualhealth.org/body/sexual-response/
  4. https://scholar.valpo.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1061&context=psych_fac_pub
  5. http://www.soc.hawaii.edu/ws350/spr04/sexresponse.htm
  6. http://humanbehaviors.free.fr/References%20-%20Articles/The%20human%20sexual%20response%20cycle%20%20Brain%20imaging%20evidence%20linking%20sex%20to%20other%20pleasures%20-%20PN_Georgiadis2012.pdf

Versi Terbaru

07/11/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: [email protected]


Artikel Berkaitan

4 Puncak Syahwat Orang Lelaki, Lepas 'Dapat' Kena Tunggu 15 Minit Untuk Sambung Bersetubuh

Ini Sebab Klimaks Penting Semasa Hubungan Intim, Ada Kaitan Dengan Otak


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/11/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan