Definisi
Apakah itu penyalahgunaan narkotik?
Penyalahgunaan narkotik adalah keadaan di mana anda terus menggunakan dadah walaupun ia menyakiti anda atau orang lain. Narkotik adalah ubat yang digunakan untuk mengurangkan atau menghilangkan kesakitan yang teruk. Narkotik juga boleh dipanggil opioid. Anda mungkin mengalami masalah berikut yang berterusan atau berulang:
- Kesukaran melakukan kerja anda, pergi ke sekolah, atau melakukan perkara-perkara penting di rumah, seperti menjaga anak-anak anda
- Memandu kenderaan atau mengendalikan mesin semasa berada di bawah pengaruh narkotik
- Masalah perundangan, seperti ditangkap semasa berada di bawah pengaruh narkotik
- Masalah yang berterusan dengan rakan-rakan, keluarga, atau orang lain yang disebabkan atau diburukkan lagi dengan menggunakan narkotik
Adakah penyalahgunaan narkotik biasa berlaku?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Simptom-simptom
Apakah tanda-tanda penyalahgunaan narkotik?
Tanda dan simptom penyalahgunaan opioid termasuk:
- Analgesia (tidak merasa sakit)
- Sedasi (penenang)
- Euforia (rasa riang)
- Depresi respiratori (nafas pendek atau perlahan)
- Anak mata mengecil
- Loya, muntah
- Gatal-gatal atau kulit kemerahan
- Sembelit
- Pertuturan yang tidak jelas
- Kebingungan atau pertimbangan yang bermasalah
Jika seseorang menggunakan opioid untuk jangka masa yang panjang, mereka biasanya akan mula dapat kebergantungan dan tolerans fizikal. Seringkali, orang yang menyalahgunakan opioid akan mengambilnya dalam kuantiti yang banyak untuk terus berada dalam keadaan khayal. Sekiranya seseorang berhenti menggunakan opioid selepas mereka bergantung kepada ubat secara fizikal, mereka akan mengalami simptom sarak / gian.
Simptom pemberhentian opioid termasuk:
- Kebimbangan
- Rasa hendak marah
- Terlalu menginginkan dadah tersebut
- Pernafasan laju
- Menguap
- Hidung berair
- Peliuran
- Meremang bulu roma
- Hidung tersumbat
- Sakit otot
- Muntah
- Kejang perut
- Cirit-birit
- Berpeluh
- Kekeliruan
- Anak mata membesar
- Menggeletar
- Hilang selera makan
Simptom pemberhentian dadah opioid tidak berbahaya secara perubatan. Tetapi ia boleh menyakitkan dan keterlaluan, menyumbang kepada penyalahgunaan dadah yang berterusan. Secara umum, keterukan simptom pemberhentian dadah opioid, dan berapa lama simptom ini dialami bergantung kepada ada berapa lama orang itu menyalahgunakan opioid dan kuantiti apa mereka ambil opioid.
Terdapat ubat-ubatan yang boleh diambil dalam pelbagai bentuk dan digunakan untuk mencegah simptom pemberhentian dadah selepas seseorang berhenti menggunakan dadah, iaitu satu proses yang dipanggil penyahtoksikan (detoks). Methadone digunakan secara meluas untuk mengurangkan simptom pemberhentian opiate dan kadangkala ia digunakan untuk jangka masa panjang (dikenali sebagai pengekalan methadone) untuk mencegah kambuh. Buprenorphine (Subutex) adalah alternatif kepada methadone untuk penyahtoksikan akut daripada opiat. Ia kadang-kadang digabungkan dengan naloxone (gabungan yang dipanggil Suboxone) untuk rawatan simptom pemberhentian opiate akut. Pilihan ubat-ubatan lain untuk merawat simptom pemberhentian akut termasuk ubat tekanan darah clonidin. “Detoks cepat’ menggunakan naltrexone (ubat yang menghalang reseptor opiate) kadang-kadang dilakukan di bawah anestesia umum di pusat rawatan khas, walaupun pendekatan ini tidak terbukti mempunyai hasil yang lebih baik daripada kaedah detoks yang lebih tradisional.
Selepas pemberhentian dadah selesai, seseorang itu tidak lagi bergantung kepada dadah secara fizikal. Tetapi pergantungan secara psikologi dapat diteruskan. Sesetengah orang dengan ketagihan dadah mungkin mengalami kambuh (relaps) sebagai tindak balas kepada tekanan atau pencetus yang kuat.
Mungkin terdapat beberapa gejala yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang gejala, sila berjumpa dengan doktor anda.
Bilakah saya perlu berjumpa dengan doktor saya?
Jika anda mempunyai sebarang tanda atau gejala yang disenaraikan di atas atau mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor anda. Tubuh setiap orang bertindak secara berbeza. Ia adalah yang terbaik untuk membincangkan dengan doktor anda apa yang terbaik untuk keadaan anda.
Punca
Apakah yang menyebabkan penyalahgunaan narkotik?
Ubat narkotik berfungsi dengan merangsang reseptor opioid dalam sistem saraf pusat dan tisu di sekelilingnya.
Penyalahgunaan narkotik berlaku akibat euforia dan penenang (sedasi) yang dihasilkan dadah tersebut dalam sistem saraf pusat. Orang yang menyalahgunakan heroin secara suntikan intravena menggambarkan kesannya sebagai “kerubut’ atau perasaan orgasmik diikuti dengan kegirangan, relaksasi, dan kemudian penenang atau tidur.
Narkotik yang digunakan untuk keadaan perubatan jangka masa yang pendek jarang memerlukan pemisahan kerana menghentikan ubat selepas tempoh yang singkat jarang menimbulkan kesan buruk. Sekiranya keadaan membenarkan, dos untuk orang yang menggunakan narkotik untuk tempoh masa yang lama bagi tujuan perubatan perlahan dikurangkan sedikit demi sedikit selama beberapa minggu untuk mengelakkan gejala pemberhentian dadah. Matlamatnya adalah untuk memisahkan individu tersebut daripada narkotik supaya mereka bebas rasa sakit atau dapat menggunakan analgesik bukan-narkotik.
Faktor-faktor risiko
Apakah yang meningkatkan risiko saya untuk mengalami penyalahgunaan narkotik?
Terdapat banyak faktor risiko penyalahgunaan narkotik, seperti:
- Sikap antisosial dan ingin bereksperimen (iaitu sifat memberontak) semasa remaja
- Faktor persekitaran
- Masalah keluarga
- Keahlian dalam kumpulan samseng
- Budaya bahagian tengah bandar
- Kemiskinan
- Kekayaan atau pendapatan boleh guna
- Sejarah keluarga dalam penyalahgunaan bahan dan ketagihan dadah
- Kurang keyakinan diri
Diagnosis & rawatan
Maklumat yang diberikan bukan pengganti untuk sebarang nasihat perubatan. SENTIASA berunding dengan doktor anda untuk maklumat lanjut.
Bagaimanakah penyalahgunaan narkotik didiagnosis?
Diagnosis awal daripada terlebih dos narkotik di jabatan kecemasan dibuat berdasarkan sejarah, tanda-tanda dan simptom-simptom yang dialami oleh pesakit. Hampir semua pesakit yang tidak sedarkan diri diberikan ubat yang dipanggil naloxone (Narcan), yang juga dikenali sebagai antagonis narkotik kerana ia menghalang dan membalikkan kesan narkotik. Selepas resusitasi (pemulihan) awal, opioid mudah dikesan melalui ujian kencing rutin. Maklumat dari rakan dan keluarga atau penunjuk seperti botol pil atau peralatan ubat boleh memberikan petunjuk penting kepada doktor di bahagian kecemasan mengenai penggunaan dan penyalahgunaan dadah seseorang.
Maklumat dari rakan dan keluarga atau penunjuk seperti botol pil atau peralatan ubat boleh memberikan petunjuk penting kepada doktor di bahagian kecemasan mengenai penggunaan dan penyalahgunaan dadah seseorang.
Bagaimanakah penyalahgunaan narkotik dirawat?
- Terlebih dos: Orang yang tidak sedar dan disyaki terlebih dos narkotik akan diberikan naloxone, sejenis antagonis narkotik. Apabila diberikan secara intravena, ubat ini berkesan dalam masa satu hingga dua minit untuk membalikkan koma dan depresi respiratori yang disebabkan oleh narkotik
- Pemberhentian: Merawat orang yang mengalami ketagihan narkotik adalah sukar. Rawatan jangka panjang yang biasa digunakan dalam sindrom pemberhentian narkotik adalah menggantikan dadah haram dengan methadone, diikuti dengan proses mengurangkan dos methadone secara perlahan-lahan dan kemudian pemisahan. Buprenorphine (Buprenex) adalah ubat lain yang boleh digunakan dalam proses detoksifikasi, dengan konsep menggantikan satu opioid (contohnya, heroin) dengan yang opioid lain dan kemudian mengurangkan dos opioid kedua secara perlahan-lahan
- Clonidine ubat (Catapres) telah terbukti melegakan beberapa simptom-simptom pemberhentian terutamanya pengliuran, hidung berair, berpeluh, kekejangan abdomen, dan sakit otot. Clonidine, apabila digunakan bersama dengan naltrexone (ReVia), antagonis narkotik yang bertindak lama, menghasilkan detoksifikasi yang lebih pantas
- Buprenorphine juga digunakan dalam rawatan gejala pemberhentian
Perubahan gaya hidup & rawatan sampingan
Apakah beberapa perubahan gaya hidup atau rawatan sampingan yang boleh membantu saya menguruskan penyalahgunaan narkotik?
Sila berbincang dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila berunding dengan doktor untuk memahami dengan lebih baik penyelesaian terbaik untuk anda.