backup og meta

Waswas Atau OCD?

Waswas Atau OCD?

Anda mungkin sering rasa waswas dengan wuduk yang anda ambil, adakah ia sah atau tidak. Kadangkala, tangan yang baru dibasuh terasa masih kotor. Lalu, anda pun membuat keputusan bahawa ia adalah permainan syaitan yang membuatkan anda rasa waswas.

Namun, anda jangan terkejut. Keadaan yang dialami mungkin disebabkan satu keadaan mental yang disebut sebagai OCD, iaitu obsessive compulsive disorder atau gangguan obsesif kompulsif.

Apa itu OCD?

OCD atau gangguan obsesif kompulsif adalah sejenis keadaan mental di mana pesakit mengalami pemikiran yang kerap berulang (obsesif) tentang sesuatu perkara tertentu, diikuti dengan tindakan (paksaan/kompulsif) yang tidak boleh dikawal oleh pesakit.

Jadi, ia dibahagikan kepada dua: obsesif dan kompulsif/paksaan

Obsesif adalah pemikiran, keinginan atau imej mental yang menyebabkan keresahan. Contohnya:

  • Takut kepada kuman dan kotoran.
  • Fobia terhadap perkara seperti seks dan agama.
  • Pemikiran agresif terhadap orang lain atau diri sendiri.
  • Obses untuk memastikan setiap perkara selari dan tersusun rapi.

Kompulsif/paksaan pula adalah tingkah laku yang berulang kali dilakukan atas desakan dan tindak balas daripada pemikiran obsesif tersebut. Contohnya:

  • Membersihkan atau membasuh tangan secara berlebihan.
  • Melakukan pemeriksaan banyak kali jika pintu sudah dikunci atau gas sudah ditutup.
  • Menyusun barang dalam susunan tertentu dan sangat spesifik.
  • Membuat kiraan berulang kali.

Apa beza OCD dan waswas?

Tidak semestinya apabila seseorang itu teliti dan selalu mengulangi sesuatu perkara, maka dia mengalami keadaan ini. Biasanya pesakit OCD:

  • Tidak dapat mengawal fikiran dan tindakan tersebut walaupun mereka sedar tentang apa yang dilakukan adalah berlebihan.
  • Menghabiskan masa dengan fikiran dan tindakan ini sekurang-kurangnya 1 jam sehari.
  • Masih tidak berpuas hati selepas melakukannya berulang kali, cuma lega untuk seketika waktu sahaja.
  • Keadaan tersebut mengganggu kehidupan harian.

Sesetengah pesakit turut mengalami gangguan tic (tic disorder), iaitu kerap melakukan tabiat tertentu berulang kali. Contohnya, berkelip mata, muka berkerut, menyentak bahu, berdehem atau batuk berulang kali.

Bagaimana ingin menguruskannya?

Pilihan rawatan yang ada adalah terapi psikologi kognitif dan tingkah laku. Ia membantu pesakit mengenal pasti masalah serta mengawal pemikiran dan diri mereka. Sebahagiannya mungkin memerlukan ubat anti-obsesif seperti chlomipramine dan fluxomine bagi membantu menenangkan keadaan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Obsessive-Compulsive Disorder – https://www.nimh.nih.gov/health/topics/obsessive-compulsive-disorder-ocd/index.shtml

Obsesif Kompulsif – http://mmha.org.my/obsesif-kompulsif-ocd/

Versi Terbaru

15/11/2019

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Helma Hassan


Artikel Berkaitan

Kenali Ciri Ciri Anxiety, Adakah Ia Stres Biasa Atau Kegelisahan Melampau?

Kenapa Saya Selalu Ketawa & Menangis Tanpa Sebab? Kenali Penyakit 'Joker'!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 15/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan