backup og meta

Kenapa Sebilangan Wanita Memilih Untuk Menggugurkan?

Kenapa Sebilangan Wanita Memilih Untuk Menggugurkan?

Anak adalah rezeki yang tidak semua orang miliki namun yang demikian, bagi sesetengah wanita, membesarkan anak itu bukan pilihan mereka dan menggugurkan kandungan mereka adalah jalan penyelesaian yang mereka ambil. Memilih untuk menggugurkan kandungan atau meneruskan kandungan adalah pilihan peribadi akibat masalah tersendiri dan walau ramai yang menentangnya, ada pelbagai sebab kenapa seorang wanita itu pilih untuk menggugurkan.

1. Kekangan Kewangan

Bunyinya seakan-akan tidak munasabah namun bayangkan membesarkan anak dalam kemiskinan? Ianya akan menjadi pengalaman yang cukup mendugakan untuk anak dan ibunya.

Banyak hak atau idaman anak tersebut tidak mampu dipenuhi jadi sesetengah wanita yang tidak berdaya dari segi kewangan memilih untuk menggugurkan.

2. Kesilapan Zaman Remaja lalu menggugurkan kandungan

menggugurkan kandungan

Kurangnya pengetahuan tentang kaedah pencegah kehamilan dan malang yang tidak berbau ketika seks menyebabkan ramai remaja perempuan akhirnya mengandung.

Zaman remaja bukanlah zaman di mana seseorang itu sudah bersedia untuk membesarkan anak dengan sendirinya.

Tambahan lagi, bapa muda mereka juga mungkin tidak mahukan anak dan masih lagi hanyut dengan hiburan dan kawan-kawan.

Lebih malang, kebanyakkan remaja hamil ini diugut oleh pasangan mereka untuk menggugurkan kandungan.

3. Darjat Perkahwinan Dan Adat

Di kebanyakkan negara-negara asia, mereka melihat adat dan budaya itu sebagai sesuatu yang wajib diikuti.

Contohnya, dalam budaya keluarga cina, mereka lebih gemar kepada anak-anak lelaki jadi sekiranya si isteri hamil dengan anak perempuan, terdapat kemungkinan di mana si isteri akan tertekan dengan kehendak budaya dan akhirnya menggugurkam kandungan.

Dalam budaya India misalnya, wanita yang tidak berkahwin tidak dibenarkan untuk ada anak tanpa nikah dan sekiranya didapati mengandung, mereka akan dibuang daripada keluarga dan komuniti malahan boleh diserang. Untuk itu, mereka memilih untuk menggugurkan.

4. Mengggangu Pelan Kerjaya Dan Pendidikan Mereka

menggugurkan kandungan

Dalam dunia di mana wanita kini memegang jawatan besar dan memainkan peranan penting dalam pelbagai sektor, kebanyakan daripada mereka terpaksa melepaskan kerjaya mereka kerana tanggungjawab ingin membesarkan anak.

Dalam industri pemodelan dan lakonan misalnya, mereka terpaksa direhatkan seketika daripada berkerja untuk melalui fasa mengandung dan membesarkan anak-anak.

Dalam masa ini, mereka akan banyak terlepas kursus dan perkembangan kerjaya untuk kareer mereka.

Untuk tujuan ini, demi membina kerjaya dan pendidikan mereka, mereka memilih untuk menggugurkan.

5. Anak Akibat Mangsa Rogol Atau Mangsa Penderaan Seksual, lalu menggugurkan kandungan

Mengandung akibat jenayah seperti rogol atau deraan seksual adalah bebanan berganda kepada seorang wanita.

Ianya menggangu kestabilan emosi mereka dan kesihatan mental mereka.

Masyarakat juga akan bertindak memulaukan mereka sekiranya mereka melahirkan anak ini dan untuk tujuan itu, mereka memilih untuk menggugurkan kandungan mereka.

6. Masalah Fizikal Atau Kesihatan Mental

Ketika trimester kedua, terdapat beberapa ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan kecacatan bayi dan kewujudan penyakit tertentu yang akan menggangu pembesaran bayi tersebut apabila mereka lahir.

Impak melahirkan anak yang cacat atau tidak sihat boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan mental ibu bapa.

Ada juga kes di mana penyakit tersebut berbahaya kepada ibu mengandung dan ada juga kes di mana ibu itu tidak sihat untuk membawa kandungan.

Untuk tujuan itu, mereka memilih untuk menggugurkan.a

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Reasons U.S. Women Have Abortions: Quantitative and Qualitative Perspectives. https://www.guttmacher.org/sites/default/files/pdfs/journals/3711005.pdf. Accessed January 19, 2017.

WHY WOMEN CHOOSE ABORTION. http://europe.newsweek.com/memo-mike-pence-why-women-choose-abortion-485560?rm=eu. Accessed January 19, 2017.

Abortion – Reasons Women Choose Abortion. http://www.webmd.com/women/tc/abortion-reasons-women-choose-abortion. Accessed January 19, 2017.

Versi Terbaru

08/10/2020

Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Lelaki Juga Berisiko Jadi Punca Isteri KEGUGURAN - Ini Antara Sebabnya!

Ini Sebabnya Kenapa Perlu Cuci Rahim Selepas Gugur, Ibu Lepas Keguguran Kena Tahu!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab · Disemak pada 08/10/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan