backup og meta

Tips ‘Terbang’ Bersama Kanak-kanak

Tips ‘Terbang’ Bersama Kanak-kanak

Ingin bercuti ke destinasi jauh yang memerlukan anda menaiki kapal terbang? Namun, masalahnya, bolehkah anak kecil anda berkelakuan baik di dalam penerbangan nanti? Bagaimana jika mereka meragam dan mengganggu penumpang lain? Jangan bimbang kerana dengan perancangan yang betul, impian anda untuk bercuti menaiki kapal terbang bersama anak-anak akan berjalan lancar.

  • Sebelum bercuti, berikan gambaran kepada anak anda tentang percutian yang bakal mereka lalui. Maklumkan kepada anak-anak anda mengenai gambaran sebelum menaiki kapal terbang, seperti prosedur yang perlu dilakukan dan tempoh perjalanan.

  • Semasa mengemas bagasi untuk percutian, asingkan barang anak anda seperti mainan untuk dibawa bersama di atas penerbangan. Cara ini dapat mengalih perhatian mereka untuk tidak meragam dan bermain dengan barang kesayangan mereka semasa di dalam kapal terbang.
  • Selain barang mainan bayi, letakkan juga lampin pakai buang (jika anak anda belum bercerai lampin) dan tisu basah bayi secukupnya di dalam beg yang akan anda bawa naik dalam penerbangan.
  • Letakkan tiket dan pasport anda sekeluarga di dalam beg tangan anda.
  • Pastikan anda turut membawa beberapa helai baju anak di dalam beg tersebut sebagai persediaan jika anak anda muntah kerana mabuk kapal terbang.

  • Sementara menunggu penerbangan, bawa anak anda berjalan-jalan di sekeliling lapangan terbang. Gunakan masa tersebut untuk anak berjalan kerana di dalam kapal terbang nanti mereka perlu duduk sahaja.
  • Pastikan anak anda sudah pergi ke tandas/ ditukarkan lampin sebelum berlepas.

  • Bawa snek yang mencukupi untuk setiap anak-anak bagi mengelakkan mereka bertelagah kerana berebut makanan. Snek ini boleh diletakkan dalam beg mereka masing-masing.
  • Bawa pelekat kartun untuk anak anda. Mengapa? Sepanjang perjalanan pasti anak anda akan berasa bosan. Jadi, berikan aktiviti untuk dia lakukan. Salah satunya adalah dengan memberikan pelekat untuk dilekatkan pada botol air mineral.

  • Kanak-kanak yang pertama kali menaiki kapal terbang pasti akan teruja. Jadi, teruskan keterujaan si kecil dengan memberikannya ruang melihat pemandangan di tingkap. Bersedialah untuk menjawab soalan-soalan yang tidak dijangka daripada si kecil!
  • Bawa bantal kecil semasa dalam penerbangan. Anak kecil mungkin memerlukan bantal untuknya mengalas tempat duduk bagi melihat pemandangan di tepi tingkap. Sementara anak yang lebih besar mungkin memerlukan bantal tersebut untuk tidur dengan selesa di dalam penerbangan.
  • Biarkan penumpang lain turun dahulu. Pastikan tempat duduk anda dan anak-anak anda kosong serta tiada barang tertinggal.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.todaysparent.com/family/parenting/10-tips-for-taking-your-kids-on-an-airplane/

Versi Terbaru

03/12/2019

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 03/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan