Selalunya, perjalanan jarak jauh sering kali dilihat sebagai mempunyi status sosoal yang lebih tinggi. Mereka istimewa bagi penerbangan kelas pertama, peluang melawat tempat-tempat penting, program penerbangan yang kerap. Walaubagimana pun, menurut penyelidikan yang dilakukan oleh Universiti Surrey, UK, tidak ada sebab untuk cemburu terhadap orang-orang ini.
Menurut Dr Scott Cohen dari Universiti Surrey, seorang lelaki dalam berpakaian kemas, berbaring di kerusi kulit, komputer riba terbuka hadapannya, seorang pramugari tersenyum yang melayaninya adalah keadaan yang selalu digambarkan bagi lawatan perniagaan oleh iklan televisyen dan majalah. Tetapi pada sisi lain, mereka juga mengabaikan media dan masyarakat.
Jadi apa kelemahan isu ini?
Satu Langkah ke Arah Penuaan
Ada gen tertentu yang boleh menjejaskan proses penuaan anda. Menurut Dr Cohen, penerbangan yang kerap boleh menyebabkan lesu jet (jet lag) kronik, yang boleh menyebabkan gangguan memori dan dikaitkan dengan kajian untuk mengganggu ekspresi gen yang mempengaruhi penuaan dan sistem imun, dan meningkatkan risiko serangan jantung atau angin ahmar.
Lebih Terdedah kepada Radiasi
Menurut Dr Cohen, ada yang mengelaskan pengembara perniagaan yang kerap sebagai pekerja radiasi. “Pekerja sinaran” ini terdedah kepada tahap radiasi yang lebih tinggi daripada had tertentu, kerana pendedahan sinarannya beratus-kali lebih tinggi pada altitud tinggi daripada tanah.
Melemahkan Sistem Imun
Pada penerbangan jarak jauh, semua orang sedang bernafas dengan kitaran udara yang sama. Ini bermakna bahawa mereka terdedah kepada lebih banyak kuman serta jet lag dan keletihan yang berkaitan dengan perjalanan kerap. Bahkan ia dapat mematikan gen yang dikaitkan dengan sistem kekebalan tubuh. Hasilnya, mereka yang sudah biasa selalunya tidak bersedia untuk memerangi penyakit seperti orang yang kurang berkunjung.
Risiko Obesiti
Diet yang tidak sihat, ditambah dengan peningkatan pengambilan minuman beralkohol dan kekurangan senaman ketika membuat lawatan kerja menyebabkan kecenderungan terhadap obes.
Risiko Tinggi Masalah Kesihatan Mental
Pengembara perniagaan yang kerap biasanya menghadapi banyak perkara yang berkaitan dengan perjalanan yang boleh menyebabkan peningkatan risiko masalah kesihatan mental. Menurt Dr Cohen, gangguan ritma sirkadian dari jet lag mempengaruhi mood, penghakiman dan konsentrasi hingga enam hari.
Lawatan perniagaan juga bermakna menghabiskan banyak masa berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan. Ini menyebabkan mereka kerap merasa bersalah dan pasangan mereka menjadi tertekan. Apabila tekanan berhubung dengan kesunyian dan rasa bersalah, tidak mengejutkan mereka mudah mengalami masalah kesihatan mental yang serius.
[embed-health-tool-ovulation]