home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa Anda Perlu Buat Jika Anak Tidak Mendengar Kata Anda (Bahagian 2)

Apa Anda Perlu Buat Jika Anak Tidak Mendengar Kata Anda (Bahagian 2)

Pernahkah anda berada dalam senario di mana waktu makan malam semakin hampir, tetapi anak anda masih duduk menonton televisyen (TV)? Anda cuba memanggil mereka untuk makan tetapi tiada guna, anak anda masih melekat di hadapan TV. Jika ini telah beberapa kali terjadi, anda mula naik marah. Walau bagaimanapun, bertenang sebentar dan fikirkan begini: ia adalah sesuatu yang normal apabila sesekali anak tidak mendengar kata anda.

Kanak-kanak selalunya tidak mendengar kata orang dewasa atas beberapa sebab: Mereka mungkin memberi lebih perhatian kepada apa yang mereka sedang lakukan, atau anak tidak mendengar kata anda, atau kadangkala mereka tidak mengendahkan anda dengan bersebab. Semasa peringkat perkembangan, kanak-kanak meningkatkan skil kognitif mereka dan cuba untuk bertindak sebagai orang dewasa. Maka, mereka mungkin mahu melakukan perkara dengan cara mereka sendiri.

Jika anak anda tidak mengendahkan anda atau anak tidak mendengar kata anda, apa yang anda perlu lakukan adalah dengan bertanyakan diri anda sendiri: “Mengapa anak-anak berbuat seperti itu? Apa yang mereka inginkan?” Anda perlu meletakkan had kepada apa yang anak anda boleh lakukan dan apa yang tidak boleh mereka lakukan. Biarkan mereka tahu jika mereka tidak mengendahkan atau tidak mendengar kata anda, mereka akan mendapat balasan. Apabila mereka sudah bertenang dan boleh berbicara, duduk bersama anak anda dan berborak dengan mereka. Anda perlu cuba untuk tidak menjerit atau meninggikan suara kepada anak anda kerana mereka tidak mendengar kata anda. Ini hanya akan membuatkan hubungan anda lebih teruk.

Berikut adalah beberapa situasi di mana anak anda mungkin tidak mendengar cakap anda ataupun mengendahkan anda. Dalam kes sebegini, anda perlu menggunakan pendekatan atau cara mendidik yang lembut dan bijak dengan anak anda.

Situasi jika anak tidak mendengar kata:

Anak saya tidak mengendahkan bila saya memintanya melakukan kerja rumah atau kerja sekolah

Masa paling sukar untuk bercakap dengan kanak-kanak adalah apabila mereka menonton TV atau bermain dengan telefon pintar. Dengan menyuruh mereka mula melakukan kerja di rumah, ataupun melakukan kerja sekolah mereka ketika ini adalah sukar kerana mereka akan sengaja tidak menghiraukan kata-kata anda bagi mengelak mematuhi arahan anda.

Ini mungkin pernah berlaku kepada anda (atau semasa anda kecil dengan melakukan perkara ini). Sebelum anda mengetahuinya, anda akan mula cakap berulang-ulang beberapa kali. Berbanding mengulang semula kata-kata anda, adalah lebih berkesan jika anda menetapkan masa bila kerja rumah tersebut perlu diselesaikan.

Bagi kerja sekolah pula, tetapkan masa tertentu untuknya. Semasa melakukan kerja sekolah, hindarkan semua peralatan elektronik dekat dengan anak anda sehinggalah kerja tersebut selesai sepenuhnya.

Anak saya tidak mengendahkan saya dengan memakai iPod sepanjang masa

Jika kanak-kanak memakai fon kepala semasa anda sedang bercakap dengan mereka, terdapat hanya satu jawapan: mereka melakukannya dengan sengaja untuk menghindarkan anda. Ini adalah tindakan yang amat tidak sopan dan perlu diajar segera. Pada ketika ini, anda perlu bertanya mereka untuk menanggalkan fon kepala keluar daripada telinga mereka.

Jangan cuba untuk bercakap dengan anak anda semasa mereka sedang memakai fon kepala. Walaupun jika anak anda mengatakan yang mereka sedang mendengar anda berkata-kata. Anda perlu menjadi konsisten dan tegas. Ingatlah, saling hormat-menghormati amat penting apatah lagi jika kanak-kanak sudah meningkat usia.

Ini adalah sesuatu yang semula jadi jika anda berasa kecewa apabila anak menolak untuk berkelakuan baik atau tidak mendengar kata anda. Akan tetapi, ingatlah bahawa ini bukan masa yang sesuai untuk anda memulakan pertengkaran. Apa yang kita ibu bapa tidak mahukan adalah memberi kanak-kanak kuasa dan membesar-besarkan benda yang kecil. Oleh itu, anda perlu kekal tenang dan membuat keputusan yang betul untuk menangani situsi seperti di atas.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

What to do when your child ignores you
https://www.babycentre.co.uk/a1022230/what-to-do-when-your-child-ignores-you. Accessed May 15, 2017.

Answer Me When I’m Talking to You!” What to Do When Your Child Ignores You

https://www.empoweringparents.com/article/answer-me-when-im-talking-to-you-what-to-do-when-your-child-ignores-you/ Accessed May 15, 2017.

Gambar penulis
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin pada 26/04/2019
Maklumat perubatan disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x