Laura Markham, seorang ahli psikologi kanak-kanak yang juga merupakan penulis buku Peaceful Parent, Happy Siblings: How to Stop the Fighting and Raise Friends For Life, berkata, beliau percaya bahawa minta maaf tidak semestinya merupakan perkataan yang baik. Lebih penting lagi, paksaan dalam minta maaf membawa lebih kemudaratan berbanding kebaikan, walaupun tujuan utama kemaafan dibuat adalah untuk membetulkan kesilapan dan ketidakadilan.
Anak anda boleh meminta maaf seperti yang anda mahukan, tetapi ia akan jadi tidak bermakna. Ini kerana, ia bukannya boleh menyelesaikan masalah atau mengubah hubungan antara dua pihak. Dalam temuramah yang dijalankan dengan Yahoo Parenting, Markham berkata, seseorang itu akan meminta maaf untuk menunjukkan kekesalan mereka bagi membaiki semula hubungan. Walau bagaimanapun, jika seseorang individu itu merasa terpaksa untuk mengucapkan “Saya minta maaf”, walhal mereka belum bersedia untuk memaksudkannya, maka ianya tidak bermakna apa-apa. Perkara ini benar untuk hubungan antara orang dewasa dan juga kanak-kanak dengan rakan ataupun adik-beradik mereka.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen