
Keadaan ekonomi pada hari ini kadangkala memaksa anda untuk bekerja lebih masa demi menyara kehidupan diri, keluarga dan anak-anak. Anda terpaksa membuat lebih dari satu kerja. Pagi di pejabat, malam menjadi pemandu di grabcar.
Tanpa menafikan keperluan tersebut, anda masih perlu menjaga kesihatan anda. Jika tidak, kesannya akan lebih berpanjangan dan memberikan masalah yang lebih besar kepada anda.
Sila perhatikan 5 tanda amaran ini. Jika anda mengalaminya, anda mungkin terlebih bekerja dan pelru berhenti.
1. Produktiviti anda berkurang
Jika anda menambahkan waktu bekerja anda tanpa menambahkan hasil, jam lebihan itu mungkin akan mengurangkan produktiviti anda. Tempoh yang lama tidak semestinya memberikan hasil yang lebih banyak.
Jika ini berlaku, ia adalah petanda untuk anda berhenti berehat.
2. Anda tidak mendapatkan tidur yang cukup dan mengantuk di siang hari
Jika anda sibuk bekerja sepanjang hari, fikiran anda akan sentiasa berfikir tentang kerja. Badan akan susah untuk tidur dalam keadaan fikiran yang aktif bekerja. Kurang tidur mengurangkan produktiviti dan mendedahkan anda kepada risiko banyak penyakit seperti obesiti, diabetes dan penyakit jantung.
3. Sakit belakang dan leher
Kajian di dalam Occupational & Environmental Medicine journal menemui bahawa mereka yang bekerja lebih jam adalah lebih berisiko mengalami sakit belakang. Sila berhati-hati. Badan anda sedang berkomunikasi dengan anda. Fahami bahasa badan anda.
4. Hubungan anda terjejas
Salah satu sebab pergolakan rumah tangga adalah apabila masing-masing terlalu sibuk dengan urusan di luar rumah sehingga tiada lagi masa untuk urusan di dalam rumah. Ironinya, tujuan asal anda bekerja adalah untuk mengharapkan rumah tangga yang bahagia apabila ekonomi menjadi lebih stabil.
Tapi jika sampai anda terlalu kerap bergaduh dengan pasangan, mungkin anda perlu dapatkan rehat sebentar untuk membetulkan semula keadaan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.