Bayangkan jika suatu hari, kekasih anda ingin meminta perpisahan. Apa yang anda rasa? Terkejut? Anda juga mungkin akan tertanya-tanya mengapa perhubungan anda berakhir. Bahkan, seandainya anda merupakan individu yang meminta perpisahan, anda tetap akan merasa patah hati dan kecewa. Hubungan berakhir disebabkan pelbagai faktor yang sukar untuk dijelaskan. Sekiranya anda merasakan rasa kasih serta cinta kepada pasangan anda semakin berkurangan dan memutuskan untuk berpisah, maka lakukan perpisahan itu secara matang.
Pelbagai cara untuk berpisah
Anda mempunyai pelbagai cara untuk mengakhiri perhubungan anda. Antaranya termasuk dengan mengelakkan sebarang perhubungan atau pertemuan dengan kekasih anda, tidak membalas teks, tidak berkomuniksi tanpa sebarang penjelasan, menghantar pesanan mesej “segalanya telah berakhir”, dan sebagainya.
Terdapat sesetengah individu tidak mahu menjadi pihak yang meminta perpisahan, jadi mereka akan menimbulkan banyak masalah agar pasangan mereka yang akan mengakhiri hubungan tersebut. terdapat juga individu yang akan menunggu perhubungan itu berakhir secara semulajadi kerana tidak mahu menyakiti hati sesiapa.
Berpisah pastinya satu fasa yang amat menyakitkan apabila anda mahupun pasangan anda merupakan individu yang ingin memutuskan perhubungan. Kenapa tidak kita berdepan dengan realiti, jadi berani untuk mengakhiri sesuatu hubungan sebagai seorang yang matang dan tetap kekal bahagia walau apa yang terjadi.
Terima seadanya
Sekiranya anda adalah pihak yang menerima permintaan selamat tinggal atau perpisahan, jangan menjadikan diri anda sebagai individu yang menjengkelkan dengan mengemis, merayu atau mengugut sesiapa. Anda mungkin kehilangan si dia dan merasakan hidup anda akan berakhir, tetapi cuba untuk bertenang. Hubungan anda sudah tamat, dan itu hakikat yang anda perlu terima. Biarkan masa merawat segala duka dan kesakitan, cuba biasakan diri tanpa kekasih mahupun pasangan anda, dan terus melangkah ke hadapan untuk masa depan yang lebih baik.
Lakukan secara peribadi
Perpisahan merupakan satu situasi yang sebaiknya dilakukan secara peribadi. Elakkan berpisah melalui email atau menghantar mesej pesanan. Pasangan anda pastinya memerlukan penjelasan yang munasabah dan kepastian tentang perpisahan yang anda minta. Panggilan telefon merupakan pilihan yang terakhir dan kekalkan ia secara satu hal peribadi sehingga secara rasminya anda dan pasangan anda berpisah.
Tidak perlu kongsi di media sosial
Ramai individu memilih untuk berkongsi maklumat peribadi mereka di media sosial dan cenderung untuk menyatakan setiap perincian kehidupan mereka termasuklah status perhubungan. Walau bagaimanapun, anda tidak digalakkan untuk menularkan tentang perpisahan anda. Apa yang penting adalah menjalani kehidupan baru tanpa dibayangi kisah sedih anda.
Berpisah bukanlah suatu perkara yang mudah. Emosi anda pastinya akan terganggu dan tidak stabil pada mulanya, dan langkah seterusnya: sama ada terus bersedih atau memulakan kehidupan baru. Anda pastinya menyimpan pelbagai pengalaman berharga akan menjadi lebih dewasa dan matang. Cuba sesuatu yang baru seperti menyertai kelab baru, kelas baru atau mengambil hobi baru. Hari yang sibuk pastinya akan dapat membantu anda untuk keluar dari keadaan yang menyedihkan.
[embed-health-tool-ovulation]