backup og meta

5 Sebab Kenapa Suami Cenderung Untuk Curang Semasa Isteri Hamil, Tak Kasihan Isteri Ke?

5 Sebab Kenapa Suami Cenderung Untuk Curang Semasa Isteri Hamil, Tak Kasihan Isteri Ke?

Di saat sebahagian lelaki beranggapan wanita hamil itu seksi, ramai juga yang mengatakan suami paling cenderung curang sewaktu isteri hamil.

Adakah ini hanya mitos yang berakar daripada rasa insecure wanita atau adakah terdapat penjelasan sains disebaliknya?

Benarkah suami cenderung curang sewaktu isteri hamil?

Scott Haltzman, MD, pembantu profesor psikiatri di Brown University Medical School menegaskan bahawa tidak benar kehamilan membuatkan suami menjadi lebih tertarik kepada wanita lain.

Tidak ada kajian atau teori sains yang boleh membuktikan bahawa lelaki paling cenderung untuk curang sewaktu isterinya hamil.

Meskipun begitu, segala macam perubahan fizikal, psikologi dan perilaku yang dialami oleh perempuan sewaktu hamil juga dirasakan oleh sang suami. Pelbagai perubahan ini boleh membuatkannya berasa diabaikan.

Contoh paling mudah adalah waktu dan perhatian isteri yang hampir sebahagian besar tercurah untuk menjaga kandungannya.

Ini adalah wajar kerana sudah menjadi naluri seorang bakal ibu untuk cuba menjaga kesihatan tubuhnya sebaik mungkin sewaktu hamil demi kesihatan anaknya sewaktu dalam kandungan dan di masa hadapan.

Di sisi lain, pertukaran fokus perhatian isteri ini boleh menimbulkan cemburu dalam diri si suami kerana berasa diabaikan.

Ada juga yang berasa takut jika apabila bayinya lahir, si isteri menjadi tidak lagi mencintainya seperti dahulu.

Contohnya, anda ingin mengajak isteri dating ke tempat kegemaran berdua, tetapi dia lebih memilih untuk berehat sahaja di rumah kerana takut kepenatan.

Anda juga yang mungkin lebih banyak menghabiskan waktu makan sendirian, atau malah makan di luar rumah, kerana isteri jadi lebih jarang memasak sewaktu hamil.

Selain daripada keperluan emosi, lelaki juga mungkin berasa bahawa keperluan seksnya turut diabaikan.

Ramai suami yang mengaku bahawa mereka semakin jarang berhubungan seks sewaktu isteri hamil kerana kegairahan seks isteri yang menurun.

Isteri juga mungkin berfikir tidak seharusnya berhubungan seks sewaktu hamil kerana takut memudaratkan bayi.

Selain itu, rasa tidak percaya diri kerana berasa gemuk dan tidak menarik mungkin menghantui beberapa isteri untuk berhubungan seksual.

Namun, Haltzman sekali lagi menegaskan bahawa segala perubahan yang terjadi pada hidup wanita dan lelaki sepanjang waktu kehamilan tidak patut dijadikan sebagai alasan membenarkan kecurangan.

Suami dan isteri harus sama-sama saling mengerti

Untuk menghindari konflik dan rasa cemburu buta, baik suami mahupun isteri harus saling mengerti dan peduli dengan keadaan masing-masing.

Anda perlu mengubah cara anda berfikir dan memandang sesuatu. Segala perubahan fizikal, perilaku, dan emosi yang dialami oleh isteri sewaktu hamil adalah wajar dan hanya bersifat sementara.

Anda boleh menunjukkan rasa mengambil berat pada isteri dengan lebih terlibat dalam urusan kehamilannya.

Contohnya dengan mengajaknya membeli-belah barangan bayi, berbincang memilih nama bayi, menemani isteri ke spa kehamilan, atau bahkan bercuti untuk babymoon.

Para isteri, yakinkan juga pada pasangan bahawa dia masih lagi menjadi keutamaan anda meskipun anda hamil.

Beri dorongan dan sokongan kepada suami anda untuk menjadi suami yang lebih bertanggungjawab dan menjadi ayah yang hebat.

Sewaktu bersamanya, minta suami anda mengerti bahawa segala perubahan yang anda alami sewaktu ini mungkin membuatkan anda berasa tidak selesa dengan tubuh sendiri.

Jika tidak ingin berhubungan seks, anda berdua masih boleh bermesra dengan berpelukan, berciuman, atau bersentuhan secara seksual.

Selain itu, ingatkan kembali komitmen yang kalian berikan sejak pertama kali menjalinkan hubungan dahulu. Kalau anda sudah yakin bahawa dia mencintai anda sepenuh hati (begitu juga anda padanya), apa lagi yang harus dirisaukan?

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.parents.com/pregnancy/my-life/sex-relationship/infidelity-during-pregnancy/ Diakses pada 05 Juni 2018.

http://www.health.com/relationships/cheating-during-pregnancy  Diakses pada 05 Juni 2018.

https://www.psychologytoday.com/us/blog/love-sex-and-babies/201106/are-men-likelier-cheat-when-their-wives-are-pregnant  Diakses pada 05 Juni 2018.

 

Versi Terbaru

06/05/2020

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ayu Idris


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 06/05/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan