backup og meta

Bagaimana Mengekalkan Semangat Hidup

Bagaimana Mengekalkan Semangat Hidup

Ketika pertama kali jatuh cinta, seks selalunya bersemangat. Tetapi apabila hubungan berkembang dan memasuki peringkat seterusnya dalam kehidupan seperti perkahwinan atau mepunyai anak, kehidupan seks mungkin menjadi kurang penting daripada keperluan lain. Bagaimanapun, komitmen terhadap anak-anak dan matlamat lain tidak bermakna anda perlu melepaskan kehidupan seks.

Anda masih boleh mengekalkan kehidupan seks dengan bercakap antara satu sama lain. Kesunyian adalah racun terhadap apa-apa hubungan. Adalah penting untuk anda bercakap dengan pasangan tentang perasaan anda dan mendengar perasaannya juga. Walau bagaimanapun, jika pasangan anda sedih dan tidak mahu bercakap sekarang, berikannya ruang. Jangan memaksanya kerana ia hanyak membuatkan jarak perhubungan anda semakian jauh. Anda boleh kembali kepada topik sebelumnya apabila pasangan sudah mempunyai masa untuk memikirkannya.

Hubungan yang terlalu lama boleh menyebabkan anda mula lupa untuk mengungkap “I Love You’. Itu juga perlu diselesaikan dengan segera. Menyatakan betapa anda sayangkan pasangan bukan sekadar tindakan romantik. Pasangan anda ingin tahu saman ada bahawa anda masih mencintainya dan bahagia bersamanya. Walaupun anda tidak lagi mahu seks seperti dulu, ia tidak mengubah cinta anda kepada pasangan anda. Seperti yang sudah anda ketahui, cinta bukanlah semuanya mengenai seks. Perasaan anda ketika bersama boleh menjadi lebih penting daripada orgasma. Luangkan masa anda untuk meneroka setiap badan yang lain, mandi bersama, membasahi rambut dan kulit mereka. Itu boleh membawa kehangatan ke dalam diri anda.

Jumlah seks yang anda perlukan kadang-kadang akan berbeza daripasa pasanga perlukan. Jangan biarkan ia menjadi masalah antara anda berdua. Cari masa yang sesuai apabila pasangan anda berasa lebih baik dan cuba mencadangkan idea anda. Dengan usaha, anda benar-benar dapat penyelesaian yang sesuai untuk anda berdua. Pelukan dan ciuman adalah penting untuk hubungan. Walaupun anda tidak mahu melakukan hubungan seks, memeluk pasangan dan menciumnya seperti masa lalu ketikaa di awal perhubungan.

Walaupun ia mungkin sukar untuk dibincangkan, kehidupan seks anda adalah penting untuk hubungan anda. Jangan abaikannya, anda perlu menjaganya. Cara terbaik untuk mengekalkan semangat anda hidup adalah untuk memberi perhatian dan usaha sebanyak mungkin.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

27/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 27/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan