Apakah itu Helicopter Parenting?
Istilah “helicopter parent” pertama kali digunakan oleh remaja yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka diibaratkan seperti ‘terbang di atas mereka seolah-olah sebuah helikopter’ untuk melindungi anak mereka. Istilah ini lazim digunakan sehingga dimasukkan ke dalam entri kamus pada tahun 2011. Istilah yang sama seperti “lawnmower parenting”, “cosseting parent”, atau “bulldoze parenting”. Helicopter parenting merujuk kepada sekelompok golongan ibu bapa yang terlalu menumpukan perhatian terhadap anak mereka. Mereka biasanya akan berasa terlalu bertanggungjawab terhadap keadaan anak mereka terutamanya tentang kejayaan atau kegagalan anak mereka.
Siapakah yang boleh menjadi helicopter parent?
Meskipun istilah ini seringkali diguna pakai oleh pelajar sekolah menengah atau menengah atasan terhadap ibu bapa yang melakukan tugasan yang perlu dilakukan oleh anak mereka dengan sendirinya (sebagai contoh, menelefon profesor tentang keputusan yang gagal, menguruskan jadual kelas, menguruskan masa bersenam), helicopter parenting juga boleh dilihat pada sebarang usia. Semasa anak kecil, helicopter parent mungkin akan sentiasa mengikuti anak mereka, selalu bermain dengan mereka dan mengarah tingkah laku mereka, dan tidak memberikan masa untuk anak bersendirian. Semasa sekolah rendah, helicopter parenting boleh dilihat sebagai ibu bapa yang sentiasa memastikan anak tersebut mempunyai guru atau jurulatih yang tertentu, memilih rakan dan aktiviti kepada anaknya atau membantu anaknya melakukan kerja atau projek sekolah dengan berlebihan.