backup og meta

Apa Perlu Dilakukan Jika Anak-anak Bertumbuk Sesama Sendiri?

Apa Perlu Dilakukan Jika Anak-anak Bertumbuk Sesama Sendiri?

Kebanyakan ibu bapa mahukan anak yang ramai, bukan? Alangkah indah jika kita dapat melihat mereka gembira bermain sesama sendiri. Namun begitu, akan tiba masanya mereka berkelahi antara mereka. Jika anak-anak bertumbuk sesama sendiri, apakah yang ibu bapa perlu lakukan? Ikuti artikel ini untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Apa perlu dilakukan?

Halang pergaduhan daripada berlaku

Kanak-kanak akan mudah marah dan gagal mengawal perasaan ketika mereka berasa penat, lapar atau sakit hati. Antara punca utama anak-anak bertumbuk pula adalah akibat perasaan cemburu. Disebabkan itu, apabila anda perasan konflik bakal berlaku, pisahkan anak-anak anda. Sebaiknya, peluk seeratnya anak anda yang sedang marah dan pujuk mereka. Selepas itu, minta mereka bercerita tentang mengapa kemarahan itu timbul dan cari jalan penyelesaiannya.

Pujuk anak-anak anda mengikut turutan yang betul

Jika percubaan menghalang pergaduhan gagal, ibu bapa perlu bertindak memujuk anak-anak yang sedang bergaduh. Caranya, berikan perhatian kepada anak yang dipukul. Bantu dia dengan menggunakan perkataan yang lembut atau bantuan perubatan jika dia cedera. Yakinkannya bahawa anda ada bersama dan dia adalah selamat bersama anda. Untuk anak yang sedang marah pula, biarkan dahulu dia sehingga perasaan marah itu mulai reda. Berikan mereka masa untuk mengawal kembali diri mereka.

Pastikan anda sendiri kekal tenang

Ketika menghadapi situasi anak-anak bertumbuk sesama mereka, anda sendiri perlu kekal tenang. Jangan sesekali tunjukkan kemarahan anda terhadap kedua-dua mereka. Jika anda juga gagal mengawal kemarahan, bagaimana anda mahu mengawal kemarahan individu lain, bukan?

Tip bagi ibu bapa menghadapi situasi anak-anak bertumbuk sesama sendiri

“Time-out’’ perlu dilaksanakan. Sebagai ibu bapa, anda tidak disarankan untuk memberikan hukuman yang terlalu berat kerana ia hanya akan mendatangkan dendam lalu menyebabkan mereka saling membalas dendam. Biarkan mereka tenang terlebih dahulu, kemudian bercakap dengan mereka menggunakan nada yang tenang. Beritahu mereka bahawa anda faham akan perasaan mereka dan semuanya boleh diselesaikan.

Bertolak ansur dengan mereka. Jika mereka mahu menangis, biarkan mereka. Air mata yang mengalir keluar akan melegakan tekanan yang dihadapi. Jika tidak, mereka mungkin akan melampiaskan kemarahan mereka dengan menggunakan perkataan kesat terhadap adik-beradik mereka dan juga anda. Namun begitu, anda tidak perlu untuk mengambil hati dengan kelakuan mereka itu kerana ia hanyalah satu tindak balas mereka untuk melawan kesakitan dalaman yang dialami. Sebaliknya, anda sendiri perlu bersimpati dengan mereka.

Berikan mereka tip mengawal emosi. Kanak-kanak sudah boleh memahaminya. Biarkan mereka tahu bahawa terdapat banyak jalan penyelesaian yang lain selain daripada bertumbuk sesama sendiri. Sebagai contoh, ajar mereka untuk menggunakan teknik mengawal pernafasan setiap kali timbul perasaan marah.

Selesaikan masalah mereka. Selepas pergaduhan mulai reda, cari penyelesaian kepada masalah mereka. Jika boleh, berikan tanggungjawab itu kepada mereka. Paling penting, ajar mereka untuk saling bermaafan sesama sendiri untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Baca juga:

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

When Your Child Hits Your Other Child. https://www.psychologytoday.com/blog/peaceful-parents-happy-kids/201306/when-your-child-hits-your-other-child. Accessed April 18, 2017.

Versi Terbaru

17/07/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan