4. Perlu berkongsi
Bagi ibu bapa, mainan atau apa-apa barangan yang dibeli adalah untuk kegunaan bersama. Namun tidak bagi anak-anak. Bagi mereka, mainan atau barangan merupakan hak persendirian. Disebabkan ini, mereka gemar bergaduh sesama sendiri demi mendapatkan hak menggunakan sesuatu mainan atau barangan tersebut.
5. Perbezaan peribadi
Bagi kanak-kanak, individu yang dianggap sebagai kawan adalah individu yang mempunyai banyak persamaan dengan mereka. Namun begitu, jika peribadi sesama adik-beradik sangat berlainan antara satu sama lain, ini akan mengakibatkan persaingan. Sebagai contoh, jika kedua-dua mereka gemar menonton rancangan televisyen yang berbeza tapi ditayangkan pada waktu yang sama, ini tidak langsung akan mengundang persaingan dan pergaduhan.
6. Ketidakadilan
Kanak-kanak merupakan individu yang sangat mementingkan kesaksamaan. Mereka akan mudah menurut perintah atau arahan anda sekiranya adik-beradik yang lain juga mendapatkan tugasan yang sama. Namun jika bagi mereka tugasan tersebut tidak adil dan berat sebelah, ini akan mendatangkan pergaduhan yang akan mengakibatkan persaingan sesama mereka kelak.
Cara-cara mengendalikan persaingan anak anda dengan hubungan adik-beradik:

- Paling penting, anda sebagai ibu bapa tidak boleh membanding-bandingkan anak anda sesama adik-beradiknya. Ini hanya akan mendatangkan perasaan cemburu sekaligus merenggangkan hubungan sesama mereka.
- Beri tanggungjawab kepada anak anda yang lebih tua untuk menjaga adik-beradik yang lebih muda. Ini dapat menanam sikap matang terhadap anak yang lebih tua selain memupuk perasaan kasih sayang sesama mereka.
- Hormati privasi anak anda. Sebagai contoh, lindungi barangan setiap barangan peribadi mereka. Jika adik-beradik mahu meminjam barangan tersebut, pastikan anda memberitahu mereka terlebih dahulu dan mengawasi penggunaan barang tersebut.
- Jangan masuk campur pertelingkahan anak-anak anda. Jika anak anda sudah besar dan mampu berfikir baik buruk sendiri, biarkan mereka menyelesaikannya sendiri. Namun jika anak anda masih kecil dan tidak boleh membuat keputusan sendiri lagi, tenangkan anak-anak anda namun jangan sesekali memenangkan satu pihak dan menyalahkan pihak yang lain.
- Jangan bertoleransi dengan sebarang keganasan. Anda perlu lebih tegas dalam memastikan anak anda mematuhi prinsip anda ini. Jika masih berlaku, nasihat mereka dengan tegas dan sekiranya berlaku lagi, berikan hukuman yang tidak berat namun setimpal dengan kesalahan mereka.
- Jangan menghukum seorang anak di hadapan adik-beradik mereka. Ini hanya akan mendatangkan perasaan malu dan benci terhadap adik-beradik yang lain. Jika anda masih berasa perlu untuk melakukan hukuman, lakukannya tanpa pengetahuan anak anda yang lain.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen